Saturday, September 10, 2011

I'm not ready

salam.

tinggal sehari lagi untuk melompat bintang dan berlari-lari anak dalam rumah. sobsobsob T__T. kesedihan saya adalah sama dengan mereka yg mula terasa berat hati dan badan untuk berangkat pulang ke kampus masing-masing. heyyy! kita serupa. I wish to REWIND back my semester break! kalau boleh 4 bulan lagi. huhh? melampau ke? OK.FINE.


tak cukup rasanya cuti DUA bulan ni. tak puas lagi berkubang atas katil. tak puas lagi nak gelak-gelak marah dengan siblings. tak sempat lagi badan ni nak GEMUK dgn masakan EMAK. tak puas lagi telinga ni nak dengar ABAH NAGGING. tak puas hati lagi nak dating dgn Mr.H. tak sempat lagi nak TAWAF satu KEDAH ni. perlu ke?? pokoknya saya mogok untuk tidak pulang ke kampus. gila kau! 


perasaan saya ketika ini adalah 50-50. rasa teruja untuk balik ke kampus and start my new semester yg gila MENCABAR nanti! 50% lagi adalah rasa KETIDAKMAHUAN untuk pulang dan berada jauh dari family. I am family oriented person. YES I AM. will not argue. kalau boleh, saya nak bawak MEREKA ikut saya. I mean kalau boleh la. actually, I MEANT IT! itu semua angan-angan sahaja. bermimpilah kau!


hari ni saja dah masuk 4 kali saya keluar masukkan baju dalam beg. macam orang tak betul pun ada. nak buat macam mana. sedih kot. kau apa tau! saya TAK AKAN bukak lagi ZIP beg yg dah tertutup rapat tu. macam NGENG ja dok buat sedih lagu tu. HAISHH...tengok beg je mesti SEDIH. macam mana ni?? gila parah kau SurayaSafie. sebab tu la malas nak cuti lama sangat ni. tekanan betoi.


dah la malas nak berperasaan lagi. nak p tenung dua ketoi beg tu sat.


kbai.

No comments:

Post a Comment