Sunday, September 25, 2011

no makeup

salam.

beberapa hari yg lalu saya telah didatangi oleh seorang kakak yg segak bergaya. bergaya sungguh. makeup comel, baju rambu ramba, kasut tumit tinggi, persis retisss gitu. sebetulnya saya memang teringin nak letak kepala atas bantal tiba-tiba pintu bilik di ketuk bertalu-talu. niat di hati nak ignore je ketukan tersebut. barangkali kawan-kawan yg selalu datang nak bergurau. tapi...terdetik dihati tak baik buat orang tertunggu diluar. maka ku langkahkan juga kaki ini ke muka pintu. bukak je pintu agak terkejut dan kaget. mata bertentang mata, muka ku cuakkan agar dia mula berkata-kata. tangan bersalaman dan beliau memperkenalkan diri. entah. dah lupa apa namanya. dalam phonebook ada la kot. 


belum sempat bertanyakan tujuan beliau dah pun berada di ruang tengah bilik dan dengan baikkk punyaa beliau bertenggek di atas katil saya yg mana selimut dah pun terbuka td masa teringin nak tidur tu, kan HUJAN. wajib selimut rapat lahh. .HEHE. ok. terlihatkan beg bimbit yg beliau usung saya dapat agak beliau ni promoter terlatih. HAHA. perasaan tak minat tiba-tiba memuncak. dah la ganggu gue mahu tiduran dan sekarang nak promote barang pulak? maaflah, saya takda CASH. ececehh..hehe. 


soalan pertama yg diajukan oleh beliau kepada saya dan roomate,

"adik ni jenis yg makeup tebal-tebal ke?"

muka nak cuak jugak. akak nih saja tau tanya. kami GELENG tanda tak berminat. 

"baguslah. sekarang ni akak nak promote product VICTORIA JACKSON yg bertemakan makeup 'no makeup'. blablablabla dan bla bla bla", kakak tu cuba nak promote.

bersifatkan manusia yg malas nak duduk depan cermin berjam-jam untuk conteng muka, maka saya tak berapa nak confirm dengan perasaan masa tu. plus, jenama makeup yg baru nak naik dekat Malaysia dan langsung TAK RETI nak bermakeup-makeup ni maka saya diam seribu batu dan bersetuju untuk dengar ceramah akak tu. tiba-tiba berminat. nahhh! dah agak dah. tak sampai dua rat (rm200) dah boleh dapat 3jenis barang. memang dibawah pengaruh akak tu la masa tu. tp masa tu je lah. bila fikirkan pasal duit nak beli buku berRATUS ringgit lagi maka sekali lagi aku pasrah dan tolak. tapi serius! memang berminat. kalau terbukak hati nak beli aku akan segera contact akak tu! insyaAllah. 

product ni still baru kat Malaysia. it was the idea of Victoria Jackson sendiri since she has been one of Hollywood punya makeup artists for at least 15years experience. so, VJ nak tukar angin la kononnya dengan establish new product under nama beliau sendiri. just like Chanel yg dah well established dekat Malaysia ni. compete la among them.


Victoria Jackson

ini adalah makeup demo oleh celebrity guest make artist, Mr Sheng Saw keatas Miss World Malaysia 2009, Ms Thanuja Ananthan. 




antara barang yg cuba dipromotekan oleh kakak tersebut kepada aku dan roomate adalah, 

akak tu cakap, don't leave the house without this makeup survival kit. memang curlass akak tu cakap omputeh. memang suits pocket pun. sangat comel! natural color untuk eye shadow, lip gloss & blusher. all in 1 case. features: 10 eye shadow colors, 5 lip colors, 2 powder blushes, 1 each lip pencil, eye pencil & mascara ; 3 applicators &compact mirror. the survival kit retails at RM97(member). non member boleh purchase dgn harga RM130(+/-)




next item, Lip Addiction Lip Gloss. siapa saja yg beli akan dapat pouch with 4 tubs of glosess beserta lip brush. harga agak terkejut sikit pada mulanya. retails at RM65. RM79 for non member.



complete set, shimmer powder brush. dalam 3 warna, bronze, gold and pink. beliau adalah refillable. i am impressed with the glitter. clear palstic tube yg boleh slides up boleh menampakkan kita sama ada powder tu dah nak habis or still boleh bertahan for another month. harga; RM27 (member)


for more information you can read here.


purchased all three items boleh dapat member card teruihh. ini member card yg sgt exclusive! elegant! bila dah jadi member boleh la beli dgn harga yg telah dinyatakan diatas. lagi special! kesemua(3 items) tu boleh beli dgn harga RM127. 

No comments:

Post a Comment