Thursday, November 10, 2011

selamat hari raya Aidiladha

salam aidiladha.


dah sebulan seminggu rasanya tak update belog. phewww...lately memang sungguh tak rajin. memandangkan sekarang tengah cuti mid-sem maka saya curi sedikit masa untuk meng-update belog ni supaya ianya tak nampak ketinggalan masa. dengan itu saya nak coret pasal raya korban yg dtg setahun sekali tahun depan belum tentu lagi.insyaAllah.


raya tahun ni ada korban dekat kampung. tok wan & abah jarang buat korban tapi kali ni mungkin rezeki lebih diorang sebulat suara nak buat korban. sebahagian daripada lembu tu adalah milik ude (Uzair Safie) yakni daripada 7 bahagian. second time tengok korban secara REAL. sebelum ni jarang dan tak rajin nk pergi surau tengok orang buat korban. bila ada kesempatan macam ni baru la ada personal experience.bg orang lain mungkin pengalaman tengok korban adalah biasa-biasa sahaja tp bagi saya ianya sangat asyik. seorang pentakut darah macam saya mana mungkin dapat bertahan bila tgk darah lembu keluar membuak-buak. semalam lain jadinya. saya seronok dan suka. darah tak jadi masalah.


hujan renyai tak jadi penghalang untuk proses penyembelihan berjalan dgn sempurna. ramai yg turun padang. abah yg paling seronok. semangat tak hingat. sampaikan dia marah tok wan pn dia tak perasan. HAHA. kenduri kecil-kecilan je. walaupun kenduri kecil, tetamu ramai sampaikan penuh rumah.



dalam kesibukan manusia menguruskan masakan dan melayan tetamu, saya dan sepupu dekat belakang terpaksa atau secara tepatnya DIPAKSA utk bersihkan perut lembu. seumur hidup tak pernah makan perut lembu. tak pernah pegang. tak pernah teringin nak tahu macam mana rasa perut lembu tu. tiba-tiba hari tu dalam sejarah perut lembu dalam genggaman. oh no! baunya Tuhan saja yg tahu. nama pun perut kan. mula-mula rasa semacam tp bila dah lama rasa seronok. buang segala lemak tepu yg melekat. seronok tak terkata. first time pulak tu memang semangat lebih. lepas ni kalau ada orang request suruh cuci lagi.....hurmmmm....tak kot. tak nak. cukup la merasa sekali. dua kali akan rasa benda lain pulak.HEHE



Kak Long & Mak Tam
baju macam nak sama je
:)
peace yaww! 


dah jadi lauk pun :)
Ude wakilkan Tok Imam
alhamdulillah
selamat
budak ni ada jugak
kalau takda tak lengkap
Ini kali pertama dan terakhir

No comments:

Post a Comment