Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Najihah, Degree, Unimas dan Kota Samarahan.

Assalamualaikum and Hi!

Sekarang ni budak lepasan Matriks & STPM yang telah berjaya menempatkan kaki dan tangan dan segala bahagian tubuh badan (yang paling penting OTAK) di universiti pasti sedang sibuk berorientasi dan bersuai-kenal dengan kawan-kawan baru. Tahniah! Najihah is one of them. Luckily, dia telah berjaya ditempatkan disebuah universiti nun diseberang sana -- Universiti Malaysia Sarawak! Alhamdulillah. Syukur dapat sambung degree. 

Biar tempat jauh or tak best pun (orang cakap tak best, depa tau mana? Bukan alumni Unimas pun depa tu) teruskan belajar! Nawaitu lebih penting. Niat belajar kerana Allah SWT. Persetankan omongan orang. At least, kita masih berkesempatan untuk ke menara gading. Orang lain macam mana? Which menara gading you went to? Kann.....

Persiapan ala-kadar je Najihah ni. Bukan sebab tak suka dapat offer ke Unimas tapi memang jenis yang serba serbi "wat-lek-wat-pis" je dia ni. Tak macam iols yang serba serbi nak ada dan serba serbi kena perfect! Masa iols ke Uitm Shah Alam dulu, gayung/cebok pun iols beli. Pink pulak tu! Padahal mandi pakai shower kot! Ngekk! Iols telah sedaya upaya kerah keringat dan tenaga untuk tolong dia prepare segala benda yang diperlukan. And of course mak dan abah jugak banyak keringat yang telah dilempiaskan. Kakak sulung tak ketinggalan. Many thanks. We didi it! Semua nakkan yang terbaik untuk Najihah.

Selain tolong sediakan, isikan borang dan lain-lain, moral support jugak penting. Kali ni jauh. Tak macam Gambang (matriks pahang) dulu, sekarang ni 6000 batu nautika (mungkin tak tepat tp tibai je la) jauhnya. 4 tahun bukan masa yang singkat, banyak cuti yang tak boleh balik (i guess), so kena bagi sesi kaunseling dari masa ke semasa. HEHE. Apapun belajar dulu. Yang lain kita boleh plan kemudian, kan?

Selama ni, Najihah tak pernah pergi/stay jauh dari family. Mula berdikari masa dapt Matriks Gambang tahun lepas. Jauh terus kau! Seperti selalu, dia sentiasa "wat-lek-wat-pis". Tamat setahun, Alhamdulillah. Dan sekarang di Kota Samarahan, merentas Laut China Selatan. Tersangat jauh. Iols percaya, dia boleh jaga diri. Semua orang percaya, she can do it! Pergi merantau ke negeri orang atas tiket belajar. Gunakan sebaiknya. Belajar rajin-rajin, jenjalan jangan selalu, sekali-sekala nak keluar belikan sesuatu yg dipesan kami apa salahnya, kan? Ekekeke.

Apa pun, selamat belajar!

Saturday, July 26, 2014

Puasa 2014 (July)

Hai Suraya Safie,

Since dah start menulis semula untuk catatan buat diri sendiri, mulai dari saat ni maka greetings akan ditujukan buat tuan empunya badan SAHAJA. (sehingga la blog di publickan kembali)

Summary Puasa Tahun 2014

- This year berpuasa dengan ahli keluarga yang lengkap. Masa bersahur penuh enam buah kerusi, masa berbuka pun enam buah kerusi semuanya fully occupied! Alhamdulillah. Tahun ni Tuhan beri rasa nikmat berbuka bersama keluarga. 

- Emak tak pernah missed untuk sediakan juadah berbuka. Walau sesimple mana pun emak akan buat juga untuk kami sekeluarga. Air tangan ibu sentiasa terbaik! (walaupun kadang tu masak tak sedap jgk pun HAHAHA - not my taste la kot. Gittewww). 

- Setiap hari abah akan call untuk tanya juadah berbuka. Without missed yawww! Always! Just to make sure that abah tak akan terbeli juadah yang sama kat bazar. Yes! Abah memang penggemar bazar Ramadhan. Simple dish yang kalau suruh adik masak pun boleh, pun abah akan beli. Biasa la tekak orang berpuasa ni. Plus minus nafsu orang berpuasa yang macam harimau tak makan seminggu ni plak. Haaa..layankan je la. 

- Perempuan normal mana yang tak tinggal puasa, kan? And of course yours truly pun termasuk sekali. Reminder untuk diri sendiri, tolong ganti puasa ENAM hari hokay.... Muehehe. BTW, perempuan yang tak tinggal puasa untuk tahun ni, ANDA JUARA! Anda dikalangan mereka yang bertuah. Tahniah. Termasuk kakak sulung! Yuhuuuu. Hebatnya awak! :)

Till then, jumpa lagi SURAYA SAFIE.