Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Duit Raya

Assalamualaikum. 
Hi.

raya ke-11 pergi mana? duduk rumah sahaja? sama la kita (gimme five).

hari raya ke-4 hari tu ada buat open house kecil-kecilan. panggil saudara mara & kenalan rapat sahaja. maaf kepada yg tak terpanggil. ada few students nak datang beraya (depa rancang masa kat sekolah lagi) tapi tunggu punya tunggu hareeeemmmmm. sekoq pun tak muncul. panas je hati ni. sebaik kawan-kawan lain tak menghampakan. yg panggil semua datang. yay!

nak dijadikan cerita, students (form1 kelas 1C) yang hari tu tak jadi datang sekali lagi cuba nasib tanya ke aku nak datang rumah. tetamu nak datang mana boleh tolak. jadi, datang la depa masa raya ke-8 kot kalau tak silap, Khamis. 

perbualan cikgu dan murid:

murid 1: kami datang beraya lewat ni takpa kot, kan cikgu? hari tu nak datang tapi...blablabla....(explain panjang lebar kenapa tak boleh datang hari tu)

cikgu: itsokay (insert smile face)

murid 2: rumah cikgu jadi rumah terakhir kami datang beraya sebab nak cukupkan duit raya jerrr (insert annoy face)

(kuajaq punya budak kecik. niat tu. niat tu. haishh.)

cikgu: oh yer ke? berapa dah duit raya terkumpul? macam la saya nak bagi duit raya ke kamu.

murid 2, 3, 4, 5, 6, 7 etc: masing-masing cakap amount duit raya masing-masing.

murid 1: saya dah kumpul RM140. saya nak cukupkan RM150 je.

cikgu: #$%*(**^^#@!%*(&@!& RM10? 

dasar kanak-kanak ribena. niat beraya tak pernah terpesong. datang beraya, makan, minum. yang pasti duit raya tak pernah lupa nak mintak!

belum terlambat nak cakap kat semua, 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


Tuesday, October 30, 2012

49. apam polkadot (second attempt)

Assalamualaikum. 

sepanjang keberadaan dirumah, satu keja apa pun tak buat. itu kata emak yg selalu nak protes semua tindak tanduk aku. aku bosan, aku baring, tgk tv, online etc itu pun dikatakan tak berbuat apa-apa. baiklah, emak sentiasa betul (kasi chance emak menang sekali sekala)

di pendekkan cerita, ini second attempt kami adik beradik (perempuan sahaja) buat apam polkadot. first attempt tak berapa berhasil sebab kekurangan barang. masa tu, kami gunakan barang-barang yg sedia ada kat rumah je. bedal apa yg ada depan mata. untuk kali kedua, kami tekad cari semua barang-barang untuk hasilkan apam polkadot yang gebu dan menarik (kononnya). hasilnya lumayan.....

saja nak share resipi yg mudah ni dengan hampa semua. dijamin MUDAH !  tak leceh punya.


bahan-bahan yg diperlukan:

150 ml susu segar 
275 tepung gandum (diayak)
250 gula halus (diayak)
1 sudu teh ovalette
3 sudu teh baking powder (diayak)
1 sudu teh essen vanila
3 biji telur
jem (blueberry, strawberry, nanas etc)
pewarna (pilihan sendiri)

cara:

  • pukul telur dengan gula, baking powder, essen vanila, ovalette hingga sebati
  • masukkan tepung dan susu secara selang seli (pukul hingga sebati)
  • bahagikan adunan (campurkan pewarna untuk dapatkan warna yg berbeza)
  • masukkan sedikit adunan kedalam paper cup, picitkan jem kemudian penuhkan semula paper cup dengan adunan
  • hiaskan bahagian atas apam dengan corak (ikut kreativiti i.e dot dot)
  • kukus selama 10 hingga 15 minit (pastikan letak paper cup dalam acuan kuih lompang)
  • tunggu hasilnya....
selamat mencuba !


masa cubaan pertama hari tu, kami tak letak ovalette so tak berapa menjadi la. tak comel. tak gebu dan tak berapa menarik walaupun warnanya terang benderang. 

pewarna
beli tiga warna asas cukup (kuning, merah, biru). untuk dapatkan warna pilihan sila try test. campur-campurkan warna mengikut kesesuaian dan kesukaan.



adunan tadi isikan dalam palstik kecik dan potongkan hujung (muncung) plastik untuk kita picit masukkan dalam acuan. 


ini la hasil cubaan pertama. tak gebu, kan? warna terang sangat. nak makan pun takut. bukan apa, takut lekat kat lidah, susah tanggal KAHKAH


hasil kedua agak menjadi. boleh lah daripada hasil pertama. kanak-kanak baru belajar memang beriya  kemain kalau hasil tangannya berjaya. bukan senang nak jadi serajin dan secekal ini untuk tunggu depan periuk pengukus. Alhamdulillah. boleh bawak pegi kenduri raya kedua (qurban) dekat rumah Pak Ngah topup dengan yg Mak Cik tempah.

aku share resipi yang aku rasa mudah dan senang sahaja. yang susah nanti akak aku share kat blog dia pulak, okay?

selamat mencuba dan bergembira dengan hasilnya. 

kbai.

peace.no.war :)

Thursday, August 30, 2012

#34 Family Day edisi Raya

Asssalamualaikum. 

tahun ni bukan saja kita sambut raya tapi kita jugak ada Family Day. raya tu raya jugak, dah alang-alang semua sedara mara dah berkumpul dekat rumah apa kata kita buat Family Day terus. baju tak sempat nak buat sbb semua kalut budget dah lari merata tempat. so, tangguh dulu la. next year inshaAllah boleh teruskan dengan idea depa tu. baju semuanya nak grand belaka. tambah lagi, idea semua orang perlu diambil kira, perlu diguna pakai jugak. plus minus dok ada 50 kepala/ideas kita nak kena consider. sebaiknya tangguh dulu la bab baju tu. takda pakaian seragam pun Family Day still can go on as planned.


seperti perancangan yg dikira last minit tu (semalaman construct soalan explorace) Family Day Tok Tommy berlangsung jgk seperti tarikh dan hari bulan yg telah dirancang seawal sebelum puasa lagi. well done mak cik mak cik! tarikh, hari, masa dan lokasi adalah seperti berikut:

Tarikh: 21 Ogos 2012 / 3 Syawal 1433
Hari: Selasa 
Masa: 9.00 pagi- 6.00 petang
Lokasi: Tanjung View Resort, Pulau Sayak


aktiviti bermula dengan sarapan pagi. home made bihun goreng yg super simple from three different stove/house. brought by mum, Mak Tam & Mak Chaq. let's jom breakfast dulu sebelum next activity takes place. semuanya berbaju kurung bertudung litup. as for men, berbaju melayu bersampin siap! songket tak songket sangat la HAHA sebelum nak berhura huray main-main / makan-makan, kitorang buat tahlil dulu. jemputan tak ramai sgt cuma panggil close relatives je 4, 5 keluarga. selebihnya kami sekeluarga (big family, seayah seibu).


habis je tahlil, Pak Ngah (AJK Makanan) dah ready dok senduk lauk masuk tray. Pak Ngah tak join tahlil sbb beliau sekeluarga br sampai dari KL (beraya umah Mak Ngah). so, dia dulu la dok pongpangpongpang master chef kat sana, prepare makanan. keluar je dari dewan terus terjah makanan. perut dah berkeroncong haruslah diisi kasi penuh dulu. games are coming so be prepared lah, kan? usai makan, semua dah change outfit. yg mana bersemangat daripada semalam tu mmg dah sedia nak transform dah pun, yg baru tahu nak join tu berbaju melayu seperti biasa. never mind. asalkan semua orang gembira.


teams dah dibahagikan drpd semalam lagi. tu semua kerja aku dgn pak cik-pak cik (Abah, Pak Lang, Pak Teh, Pak Uda, Uncle & Pak Su). yg mana stay dekat rumah aku memang dah aku kaborkan sesiap team member diorang. esok tinggal bersedia je la. games ada dua kategori, 1) kanak-kanak & 2) dewasa. oleh sebab kitorang buat explorace, perlu la ada soalan mencabar IQ disetiap check point. kan dah cakap tadi, preparation last minit apa je yg nak ada kan? TAPI TAPI kita ada pak cik pak cik yg super awesome here. brainstorm soalan mencabar minda. village, crosswords, heritage whatsoever. print dekat cc terdekat around 12 midnight gara-gara takda printer. pun boleh...


Shafiq, Aniq, Kak Long semua pakat pasang telinga masa kitorang tgh construct soalan. soalan drpd Pak Lang yg tak tertahan sekali. can't beat others yg dok sumbang saran soalan masa tu. kalau bagi emak, Mak Teh or Mak Tam jawab sekali pun belum tentu terjawab/betul. KOTA KUALA MUDA tu dah berapa lama kita tinggalkan? ceruk mana mmg kita tak tahu menahu. tanya kawasan Sungai Petani pun belum tentu kitorang bleh jawab. Idea Pak Lang dah bagus dah tp tak applicable untuk generasi muda macam kami ni HAHA


group dewasa dah dibahagikan mengikut empat (4) kumpulan; biru, oren, kuning & hijau. 4 members in each team. ahli kumpulan dibahagikan mengikut fizikal, jantina dan IQ. kononnya la kata Pak Teh. setiap kumpulan consist of 2 men & 2 women. ECEH dikira seimbang dari sudut jantina. saiz badan tak kira lagi HEHE

tengah briefing/discuss peraturan permainan. nampak tak riak muka setiap ahli dok teruja nak lari-lari. fokus. penyampaian daripada Pak Teh selaku orang kedua terkuat acara after AKU. wah. wah. Abg Iman & Amir steady pakai suit Melayu nak ber-explorace. sporting habissss. sebaya dgn Amir, lain pulak caranya dah transform sesiap, Bukhori & Shafiq :)

group kuning & hijau bersama ahli kumpulan masing-masing. balance tak dari segi fizikal? kehkeh. kuning; Shafiq, Uzair, Hafizah & Izzati. terletak dimanakah kekuatan mereka? hijau; Atiqah, Bukhori, Shahida (kaklong) & Raziq the kid. group ni kekuatan mereka terletak di Bukhori HAHA nice collaboration btw

group biru & oren pun not bad. great mix & match I can say. biru; Shariman, Hafiz, Syahirah & Nisa. tema lari langsung, sebaik nampak sedondon lagi. oren; Amir, Hidayah, Najihah & Aniq the ustaz. ganbatte everybody!

titik pelepasan. semangat tak terkira/tak terkata. ada yg pecut sbb nak jadi first group, selebihnya lari-lari anak cucu je diorang. muatan besar selalu ketinggalan kat belakang. dah biasa dah macam tu HAHA dalam first pic tu, aku nampak Najihah (group oren berbaju biru) paling bersemangat, next Nisa. Hidayah & Syahirah pun not bad. nak jugak lari. semangat kesukanan sungguh depa nihh.

first check point ; Rumah Kayu. game 'hitam pahit'. minum ayaq kopi kaw kaw punya! Gasak hampa! first group tiba, group Najihah the runner (oren). tak sia-sia lari sesungguh tadi HAHA silakan minum ayaq kopi pahit plus hangat (mendidih). serius extreme! sbb group ni ada 'pembenci' kopi TEGAR! --->Aniq the ustaz so jadi lembab sikit proses ke check point seterusnya. 

Aniq the ustaz ----> anti-kopi :) walaupun tak suka, habis jugak ustaz ni minum. well done! bukan banyak pun, kan? ahh...ce cuba ce cuba.

antara games yg ada. tak boleh nak describe semua sbb tak terkira (actually tak hingat) HAHA Uncle mmg hebat nak buat games camni sbb dah jadi profession beliau kat atas Gunung Jerai/Sungai Sedim sana nak buat games camni. sayanggg seribu kali sayang aku tak dapat nak join sbb aku dah jadi orang TERKUAT dalam acara ni ECEH (lagi)


second check point ; Musolla (surau). game rungkai tali. gumpal-gumpal tali dan rungkaikan. siapa yg nak cepat ni mmg rasa pressure la nak merungkaikan ikatan tali tu. pada yg chill dan cool sepanjang perjalanan, small matter. 


third check point : teratak Anggerik vs Teratai (bilik). game bawak air guna kain. masa ni kami guna napkin. baby's napkin. habis kain dah kami selongkar kat rumah tu. bantai je lahh. game ni perlukan fully concentration. kerjasama kumpulan tu penting. kalau tumpah kena ulang balik. group yg ulang/redo game ni group biru. selamba nak cepat sampai tertumpah air terus. gampang gila.  

fourth check point ; Porsche 9979. lokasi kereta Pak Chaq (parking bawah porch). no plate je yg benar sebenar-benarnya. Porsche tu tokok tambah je. nak tgk depa ni alert ke dak. HAHA
game buang air dr botol dgn pegang penjuru tali je. budak-budak PLKN sure tahu game nih. sbb tu la group Syahirah (biru) cepat je solve sbb ada ahli PLKN dalam tu HEHE


last check point ; Dewan orang ramai (hall karaoke). game bawak belon belakang belakang. siapa yg team dengan Bukhori memang cari sakit. HAHA mangsa---->Raziq the kid

 
sesi kira markah oleh juri. memang tak menang kaki la hari tu, berlari sini sana tak kira check point aku hentam. dibantu oleh Mak Uda. masa tu Mak Uda pun dah macam ahli, berlari sana sini. nampak je dia bg jawapan kat team KAK LONG. amboii. ada satu gambar bukti Mak Uda bantu group tu dekat atas HAHA

announce team yg menang. tak sabar semuanya. pakat dok ingat team depa la yg nak juara. asal depa tau markah sampai dekat last check point (Pak Chaq jaga) dan hantar jawapan pun dikira yawww. pemenangnya.....

first : Oren
second : kuning
third : biru
fourth (last) : hijau

ini games kanak-kanak. kesian diorang, masa orang dewasa tgh explorace diorang pun sama naik berlari sana sini dgn orang dewasa. kasi chance diorang pulak la, kan? games; isi air dalam botol (span), passing belon, cari gula-gula dalam tepung & biskut cicah sirap. biskut cicah sirap tu mmg nampak mudah tapi seksanya nak makan sbb biskut tak mau lembik. boleh pulak nak cicah air sirap kan? tak lalu aku!

 


masa mula-mula sampai, yakni sebelum tahlil, aku dah open table untuk orang teka kacang & isi form cabutan bertuah. semua pakat isi, semua pakat meneka. kat bawah ni antara mereka yg terkena cabutan bertuah:

Mak Ngah ---> Ash
Mak Chaq Teh ---> Naufal
Mak Tam Gee ---> Hafizah
Pak Tam Ahyat ---> Izzati
Tok Tom(my) ---> Muna


pemenang teka kacang ---> Syahirah Helmi! hoyeahhh. 196 biji kacang kesemuanya. Syahirah teka hampir-hampir sgt. 195! tahniah! 


kat bawah ni acara yg tak nak acara sangat. kids nak pekena pak cik-pak cik main tipu belon tepung. serius susah nak tiup kalau ada tepung. dah la suruh tiup satu hal, nak suruh pecahkan sekali. Gasak! partner game. nak pekena orang punya pasal, pak cik pak cik pilih partner anak sedara pulak. double gasak la hampa!


Paksu vs anak sedara. tengah tunggu anak mandi kat bawah tu. sempat lagi. 


btw, Family day kali ni terbaik! tapi sayang Mak Ndak tak dapat nak join so tak cukup korum la anak-anak Tok Tom(my). takpa, next time inshaAllah ada semua! 

mutiara kata:
  • mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah nenek moyang mereka
  • keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga
  • komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga
  • apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai


peace.no.war :)

Wednesday, August 29, 2012

#33 Family Day vs 3 Syawal

Assalamualaikum.

salam Syawal. masih dengan mood beraya? Oh come on, raya sebulan okay. selagi Syawal masih ada, selagi itu kita boleh beraya. selagi itu boleh dapat duit raya jgk tak? ahakss. kuih muih dekat dapur masih banyak. masih ada yg belum unpack pun. kerepek berplastik, kuih berbalang tak terkira. sila mai rumah habiskan sebelum nak let go masuk bekas besar (tong sampah). kuih bertepung tak boleh nak simpan lelama nanti hapak jadinya. sebelum nak bazir tak tentu hala, moh ler singgah rumah amek kuih raya yg berbalang tu. HEHE


previous day, big family ada anjurkan Family Day. just Family Day yg biasa-biasa sahaja. pada mulanya memang ingat biasa-biasa sahaja sbb nampak macam takda sambutan lepas je usul nk buat t-shirt family dibatalkan atas sebab musabab yg reasonable. so, persiapannya pun simple sahaja daripada saya and the rest yg membantu. on that day, things turn up sebaliknya. well done! susah payah kita prepare last minute mmg berhasil. Tahniah cousy! 


titik pertemuan adalah di Pulau Syak (feveret port sejak dulu-dulu) setelah sekian lama berjauhan. jauh la sangat, kan? yg mana tahu tu boleh la senyum segera. Pulau Sayak ni memang dah jadi tempat berkumpulnya kami sekeluarga sejak terbinanya bangunan kat situ dan sejak beralih tangan ke Pak Chaq, kuasa memerintah. HEHE bila rasa nak mandi laut kami dah tak layan Pantai Merdeka, kami layan Pulau Sayak je. terasa nak makan mee udang boleh jalan pergi kedai sebelah. pendek kata, everythings here. 


selamat bertemu Syawal TIGA. hari bertemunya sanak saudara. yg jauh kita dekatkan, yg renggang sama kita rapatkan. macam tu la kami adik beradik sepupu sepapat. kitorang memang close sejak kecil. mak bapak didik supaya utamakan keluarga. tanpa keluarga kita tak kemana-mana. susah senang sakit sihat semua dengan keluarga. kalau bukan nk mintak tolong dengan keluarga dengan siapa lagi? tepuk dada tanya diri sendiri. 


ini family besar kami. besar tak besar tapi itu je la yg kami ada. emak 10 beradik semuanya. campur anak menantu dah dekat 20. belum tambah cucu lagi. bila dah tambah semuanya, banyak tu je la kami sekeluarga. Alhamdulillah, semuanya masih sihat. Tok pun sihat je walaupun sedikit pelupa. penyakit orang tua biasa la tu.



Family Pak Chaq selaku anak sulung. dah ada menantu perempuan sorang. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga. Family Pak Ngah ada dua hero. hero kaki bola. siang malam mengadap tv je dua beradik nih. 

family kami dan Pak Lang

Family Mak Tam dan Mak Teh

Family Mak Uda dan Uncle

Family Pak Su dan Mak Tam Gee

ini semua anak Tok Tom. Lima lelaki, Lima perempuan. Mak Ndak je takda dalam gambar ni. sayang sgt. Pak Ndak dah kerja masa hari raya ke tiga.

plus minus anak menantu. pak cik mak cik yg super awesome semuanya. sporting habissss. sayang semua!

ini semua sepupu sepapat. sayang hampa semua! paling dewasa of course kakak tersayang, Kak Long. paling junior, Ash dan Syifa. yg lain-lain semuanya nak sebaya. aku hang aku hang je lahh.


selebihnya biar gambar je la yg bercerita. 


teka kacang. 
semua pulun meneka. kita tengok siapa yg kena....




Tahlil

Hero Remaja vs Dewi Remaja :)

super sporting Pak Teh! 

setakat ni dulu entry raya tak habis ni. kalau rajin, esok bakal post lagi. InsyaAllah. 

Mutiara Kata:
  • mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia
  • sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka
  • sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

peace.no.war :)

Monday, August 27, 2012

#32 Salam Lebaran

Assalamualaikum.

Hye everyone. tanggal 19 Ogos 2012 semua umat Islam telah menyambut hari kemenangan. Alhamdulillah. lepas tahan dahaga & lapar selama sebulan kini kita beraya sebulan pulak. Hoyeahhh. sebulan bermakna setiap hari aku teringin nak pakai baju kurung. yg malasnya cuma nak iron setiap sehelai sehari dan yg paling tak masuk akal, kau nak beraya sebulan di rumah dgn berbaju kurung tanpa alasan yg reasonable samada pergi open house atau pun kau sendiri yg open your house? macam tu? blah la kau pergi sana! cari kerja lagi bagus kot.


letak tepi kejap dgn isu raya sebulan tu, japgi kita sambil lain eh. nak ngomong cerita raya pertama kami yg simple sahaja di rumah tok wan sebelah Yan. Oh. So simply. pergi sana makan koew teow tomyam yg superbbb pedas woo dan kemudian ziarah moyang. itu sahaja. simple kan raya kami? oh lupa. ziarah kubur tok sekali, sedekah Al-Fatihah byk2 buat beliau, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Amin. 


setiap tahun Mak Njang (adik ipar abah) mesti sediakan juadah raya yg superb sbb setiap tahun pun akan ada acara kunjungan. acara wajib orang Kampung Teroi. lepas je sembahyang raya, segerombolan manusia yg keluar daripada masjid akan bergerak (konvoi) sama-sama untuk ziarah orang kampung. ziarah ada makna nyahh, isi perut. breakfast lepas sebulan tahan tak breakfast HEHE acara ni acara orang lelaki, orang pompuan tunggu kat rumah sediakan makanan je. diorang ada check point, untuk setiap satu check point diorang berhenti 15minit je. lepas tank penuh, diorang gerak pegi next check point pulak dan seterusnya sampai ke hujung kampung. seronok. next check point kalau nk tahu rumah dia pulak jadi sasaran, pasti suami/adik/abang/ayah dia akan call dulu untuk inform diorang kat mn, lagi berapa minit nak sampai & berapa orang yg ada. nak sediakan awal-awal supaya mudah bila group konvoi tu sampai terus baham je.


macam tu la suasana raya dekat kampung. berbeza/lain sgt dengan cara dan suasana beraya dekat bandar. especially raya dekat rumah taman macam kami. totally different. suram dan takda UMPHH walaupun adik beradik penuh rumah, kereta parking bersimpang siur, walawehh mana boleh tanding dgn 1 Syawal di kampung halaman. 


setiap kali raya pun kami sekeluarga tak reti nak pakai sedondon. kadang tu tersama jgk secara tak sengaja. mak & abah sama takpa sbb depa couple. kahkah.

kekasih dunia akhirat
love them much! 


le Girls
lil girl, big girl, girl's mum, oh girl

bro vs sissy

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin drpd kami sekeluarga. semoga Syawal kali ni membawa seribu erti buat kita. seribu keriangan & seribu perubahan (positif). 

1Syawal 1433/ 19 Ogos 2012  



peace.no.war :) 

Saturday, September 24, 2011

hari raya versi yg lalu

salam.

memandangkan kita raya sebulan maka haruslah sambutannya pun sebulan jgk yer dak? tp yg sadisnya raya untuk sebulan dah pun sampai di penghujungnya. tiba-tiba nak mengimbau kenangan masa beraya ramai-ramai dekat rumah hari tu. saya, sebagai tuan tanah haruslah busy like a bee. kecoh sana sini dan paling seronok saya dapat gambar-gambar BURUK ni dari camera cousin dan adik. sengaja nak post gambar terburuk yg pernah ada. selalu sgt dah letak gambar yg nampak perfect. sekali sekala tukar sikit. jgn delete pulak gambar yg tak jadi tu sebab kadang-kadang boleh buat gelak secara konsert . 


let the pictures talk:


keramaian yang tak berapa nak ramai sgt sebab masih ada segelintir yg tersorok dibelakang lensa camera. ada helmet mat rempit tersadar atas tiang pagar. 
pagi raya semua taknak buat apa dah. nak ngadap kamera ja. amek gambar dan tgk hasil. cuba kalau guna camera yg pakai filem tu, mau berapa gulung filem utk sehari RAYA?? no. satu tak akan cukup! HAHA. bersyukur dengan teknologi masa kini :)


ini masa pengagihan wang saku oleh ketua  jabatan, En. Mohd Helmi Hussin. kelihatan dua orang disebelah sedang tunggu turn masing-masing. sorang tu dah rasa macam mintak bantal lagi baik dari tunggu nak dapat duit saku. mata layu persis pokok kurang air. sorang lagi dah buat muka bosan. 


budak kecil ni nama dia Ash Mif'dal. si  besar plak namanya Mohd Hafiz. diorang ni BFF. tgk lah tu takmau berenggang langsung. HAHA. kamcing sungguh. masa ni la nak eratkan silaturahim yg renggang disebabkan faktor jarak dan masa yg tak boleh nak menyatukan mereka dahulunya. sekarang tak lagi. Lebaran menyatukan mereka kembali. HAHA. babysitter la woiii...jaga la kau budak NAKAL sorang tu. saya tak sanggup layan budak banyak kerenah. byk lagi keja yg nak buat. salah satu darinya ialah layan movies. bukan ke lagi bagus tu??HEHE

beliau ialah my super daddy yadaa yadaa. baju melayu mau matching sama gue. anak kesayangan la katakan. HEHE. kakak aku baca statement ni mesti dia pejam mata jeling-jeling buat muka menyampah. HAHA. silakan.
si baju merah tu la kakak-ku lawan-ku. tengok la depa nih punya semangat nak snap gambar sampaikan terbaring-baring tergolek sana sini. semuanya nak cop tempat paling depan. motif? gambar depa nampak jelassss gitu. HAHA


masa ni perut dah kenyang. mustahil masih teringin nak santap semua lauk kat dapur tu sampai licin walaupun hakikatnya niat tu ADA. duduk dan berehat sambil layan drama kat tv sementara nak tunggu perut kosong balik.HAHA 
ini pasukan keselamatan. duduk luar sedut angin sudah. masa nak makan nanti baru panggil. ok la tu. rasa mcm nk REWIND balik cuti hari raya tu. kalau lah boleh.......poorrff! MENGARUT!