Saturday, May 9, 2009

lipas lagi???

bla dh tertarik dgn isu lipas nih aku pon mula searching info menarik n tertarik pasal lipas
"si serangga perosak"
ada la beberapa (2 je) kesah yg sempat aku search
yang aku rasa agk menarik
luangkan masa utk membaca kesah di bawah

kesah pertama:
Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya
tapi
sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya.
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak.
Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil
dan bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.
Tetapi setelah hari berganti hari.
Bengak pada lidah
wanita tersebut semakin membesar.
Dengan rasa yang tidak
puashati beliau terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu
menjalani ujian x-ray.
Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu
benjolan pada lidah wanita itu
lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca
benjol pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong
bahagian yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.

kesah kedua:
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."
"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki
pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka
benda yang
terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"
"Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul surat sebaliknya
saya menggunakan span basah."
"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan.
Majikan tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak
2500kotak.
Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan
telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas.
Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

+++ sejauh mana kebenaran kesah diatas saya pon krg pasti +++
=)

No comments:

Post a Comment