Friday, September 27, 2019

Terminate / Cancel Account Astro

Hi.
Assalamualaikum.
Dalam hidup aku seharian ni, beberapa minit/jam je yang aku sempat nak tengok tv. Kadang tv tu tergantung tanpa dibuka langsung (tv dalam bilik. Tapi tv kat depan tu 24jam tak tutup!). Aku nak habaq kata aku ni jarang tengok tv la sebenaqnya. Tengok handphone yang selalunya tu.

Oleh sebab semua orang dah gunakan teknologi dihujung jari tu maka penggunaan tv semakin merosot. Untuk bahagian bil astro, atas tanggungan aku. Sejak bila aku galas tanggungan ni aku pun lupa, tuptup aku dah kena bayaq bil astro. To cut it short, aku nak katup buang saluran astro yang tak beri manfaat pada kehidupan seharian aku ni. Jadi, aku perlukan persetujuan daripada semua ahli keluarga aku. Alhamdulillah depa setuju sebab depa pun bosan dok ulang tengok benda yang sama setiap hari.

So, proses katup buang saluran Astro pun bermula. I read a lot of bad review regarding this matter. A lot of people/customer complaint that the process is complicated. But there was one review showed crystal clear flow/process of termination. So, I try my luck. Ada beberapa step yang perlu kita go through sebelum proses termination ni. First, I called the customer service at +603 9543 3838. Aku beritahu yang aku nak terminate account. As they check the details, account Astro rumah family ni atas nama Pak Ngah (bapa saudara), jadi pihak Astro nak cakap sendiri dengan penama. Malangnya, penama untuk akaun Astro ni dah meninggal dunia. Dah terangkan semua dekat depa, depa suruh kita hantaq email pulak untuk terangkan sebab penutupan dan sertakan bersama sijil kematian ke wecare@astro.com.my .

Second step, aku submit email berkenaan penutupan akaun pagi – 12 sep 2019, 10:06am. Email replied at 10:09am on the same day. Third step, tunggu feedback dari Astro. Jam 18:49pm bahagian termination/technical call untuk buat pengesahan. Lepas semua disahkan, dia cakap yang bil baru keluar pada 12 Sep. Malang memang tak berbau, kan? I have to pay lagi satu bulan bil Astro ni. Silap timing la ni. Kalau aku submit awal, confirm dah potong ni. Jadi, mak boleh la menikmati langganan Astro lagi sebulan HEHE

Next month aku kena monitor balik proses ni. Nak tengok valid ke tidak report sebelum ni dekat Astro. Bukan apa, ada kes yang Astro tak katup/terminate pun akaun customer ni. Lepas buat siasatan, rupanya customer ni ada pi langgan pakej movie pulak dalam tempoh nak katup tu. Punggah! Laki dia kena bayaq la pulak harga pakej tu. Suppose Astro kena habaq la T&C semasa dalam tempoh penutupan tu. Ni tak, buat diam je, memang customer kena la.
Till next time.

Bye.

Tuesday, June 12, 2018

My First Born

Hai.

Assalamualaikum.

Glad to announce to the entire world that my first born just arrived.

Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana telah menganugerahkan kepada kami suami isteri seorang cahaya mata lelaki yang sempurna sifatnya.

Nama : Muhammad Irfan Danial bin Mohammad Hairi
Tarikh Lahir : 06hb Jun 2018 (21 Ramadhan 1439)
Tempat Lahir : Hospital Sultan Abdul Halim
Berat : 3.35kg

MUHAMMAD --- Nama Nabi

IRFAN --- Kebijaksanaan, Kesyukuran, Pengetahuan

DANIAL --- Nama Nabi

Semoga anak Mama Papa menjadi orang yang bijak dalam membuat keputusan dalam hidup. Bijak memilih baik buruk. Serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Insya Allah. Aamiin.


Baby Adan (Ramadhan)

Till next time.

Love,
Suraya

Monday, May 14, 2018

The Day has finally come

Assalamualaikum.

Seperti dalam perbincangan yang lalu, kami dah setuju dan sepakat untuk memilih 25hb Ogos 2017 sebagai hari membina "masjid" kami. Semua persiapan, Alhamdulillah, dah 99% selesai (lagi 1% tu mungkin kekurangan daripada pihak kami sekiranya ada, because as we know, no one is perfect, kan?). 

The day has finally come. Hari yang ditunggu dan dinanti akhirnya tiba. Previously, aku akan excited dan nervous bagi pihak orang lain sahaja and now dah tiba masanya untuk aku excited dan nervous untuk hari bahagia aku sendiri. Finally! Hari tu semua urusan berjalan as we (family) planned. Emak dan Abah adalah orang yang paling sibuk didunia masa tu. Memang tak sempat tengok muka depa la hari tu. Pagi-pagi bangun lepas mandi, benda pertama yang kita akan cari ialah MAKANAN, lah. Masa kenduri ni, makanan ada dimerata-rata dan sentiasa ada dan bekalan makanan tu takkan pernah putus. HAHA ini lah keseronokan kenduri-kendara. 

The day before tu kita dah pakai inai segala mak nenek dah. Mak Tam Awi la yang jadi tukang tumbuk daun inai kita masa tu. Daun inai pulak dapat dari Kak Mah SM kat tempat kerja. Takda pun kita nak lukis-lukis inai kat tangan ke kaki ke. Kita buat yang simple sahaja. Memadai dengan penuhi syarat kahwin-berinai sahaja. Semua kawan-kawan kerja yang mana sempat datang kita jemput la ke majlis makan tengahari. Yang datang tu macam biasa la, kawan-kawan yang datang masa tunang jugak, plus Ida dan Ezzah sahaja, Depa tak boleh nak datang untuk majlis akad nikah nanti sebab masih dalam waktu bekerja, kan. Tak kisah la, janji datang jugak haritu. Syukran. Terima kasih sebab datang sambut hari bahagia kita. 

Dijangka akan berlangsung masjlis akad nikah nanti lepas Asar, so kita pun pergi make up awal sikit. Peneman kita masa tu, Saidatul Afnizan dan Syahirah. Sebaik ada depa. Sebaik depa nak teman. Kusankga nak make up ni sekejap sahaja rupanya makan masa jugak lah sampai kami terlewat ke masjid. Semua orang dah berkumpul, pengantin perempuan masih kat atas jalan raya. Masa kami sampai masjid tu, jemaah tengah sembahyang Asar. Alhamdulillah, masih tah terlewat tapi tercungap-cungap jugak la. HAHA

Masa tu, ada lapan (8) pasangan pengantin yang bakal dinikahkan Tok Kadi. Semua kena ikut turn masing-masing. Kami pasangan yang ke lima (5). Berpeluh jugak la masa nak tunggu turn kita tu. Semua berbaris ikut turutan sambil menunggu giliran dinikahkan. Memandangkan ramai pasangan, jadi Tok Kadi pun macam tak boleh nak buat pop kuiz sangat la. Tak pasal-pasal kang turn kami pukul 8 malam pulak kang. 

Alhamdulillah, Suraya binti Safie sudah sah bergelar isteri kepada Mohammad Hairi bin Hamer dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah. Masa tu mana sempat nak feeling sayu sedih sendu lagi dah. Kaki kebas sebab duduk lama sangat HAHA Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang masa tu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Selesai sudah satu part. Ada lagi dua part untuk esok dan lusa (kenduiri pihak perempuan dan kenduri pihak lelaki).


My First Love with My Forever Love









till we meet again.


Love,
Suraya Safie

Saturday, April 1, 2017

Alhamdulillah - one step closer

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita dah ikat tali pertunangan dengan kekasih hati since forever --- 18 Mac 2017. Berkat restu keluarga, kami decide nak bertunang jugak walaupun pada asalnya aku request kahwin terus (gelojoh). Say it GELOJOH atau tak, I have my own reasons. Of course to save the budget pada awalnya. Reason kedua, aku cuma nak close family je yang ada masa tu (konon nak small & private event). Oleh sebab aku decide on my own (with Hairi je at that time without family involvement & judgement), so keputusan macam agak terburu-buru dan keanak-anakkan. 

Selepas pertemuan dua keluarga, maka tercapailah kata sepakat untuk adakan pertunangan pada tarikh tersebut. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga bersetuju. 

Aku masih dengan pendirian asal -- tak mau bagitau sesiapa yang aku nak bertunang sebab rasa macam dah tua sangat nak feeling excited nak bertunang ni. Ada la beberapa orang rakan sekerja yang tahu (5 6 orang mungkin). Aku remind Hairi not to tell his friends jugak. Tapi, that guy awal lagi dah sebarkan berita ini keseantero dunia. To share with close friends the happiest moments in his life, mungkin HAHAHA

Here are some memorable photos.

My future MIL

My future MIL 

my highschool sweetheart
InsyaAllah future husband

Rakan sekerja. Terima kasih daun keladi datang. 

Pelamin mini ni DIY je . Pakai barang-barang masa Kak Long Bertunang dulu. Rupa pun lebih kurang sama la jugak. To save the budget, kita gunakan apa yang dah sedia ada je la eh. 

 Thank You, Mira.

Haritu decide nak mekap sendiri je konon nak simple padahal tak berseni sebenarnya HAHA Alhamdulillah ada orang tawar diri nak mekap aku. Turn out well. Ini baru dinamakan simple. Kalau aku mekap sendiri tak tau la guano jadinya.

Beberapa bulan lagi nak prepare. Semoga Allah bantu ringankan beban dan mudahkan kami untuk bina hubungan baru ni. Moga redha Allah dan redha keluarga sentiasa bersama kami. Amin. InsyaAllah.

Alhamdulillah. One step closer to hubungan halal with H. 

Tik Tok Tik Tok

Till we meet again

Love, 
Suraya Safie

Saturday, April 30, 2016

Rayyan Mikail Azfarizal Effendi

Hi,

Here is our new joy. And our new obsession, of course since he is the first in the family. 

I present to you, our first baby boy.




Fresh from the oven. Baby boy ni keluar awal dari tarikh yang sepatutnya. Two weeks earlier. Ibu dia ada problem (darah tinggi yang super tinggi) sikit masa pregnant so baby boy "dipaksa" keluar awal from the expected date (1st May). Alhamdulillah semua baik-baik sahaja.

Nama: Rayyan Mikail bin Azfarizal Effendi
Tarikh : 21hb April 2016
Tempat : Hospital Sultan Abdul Halim
Berat : 2.75 kg


Buat masa ni, itu sahaja update yang terbaru.

Jumpa lagi.

Bye.

Monday, December 14, 2015

Rakan Sebaya

Hi,

Sekarang ni tengah busy attend kenduri kahwin sana sini. Paling WIN sekali ialah kenduri rakan sebaya. So far, lebih dari 6 kenduri rakan sebaya dah pergi tahun ni.

:)

okbai. T_T

Saturday, August 1, 2015

Kakak Sulung OFF-Market

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kakak sulung kite dah nak off-market. Takda la feeling nak nangis-nangis ke apa sebab kite tahu lepas nikah nanti dia masih menghuni rumah ni bersama yang lain seperti sedia kala. Cuma, excited nak kenduri dan jumpa saudara-mara, rakan taulan tu ada la 50%. Another 50%, hilang lari kemana entah lah. Nanti kite cari.

Tempoh bertunang tak lama, 3 bulan. Bertunang, 1 Mei 2015, Nikah, 7 Ogos 2015 dan kenduri kendara, 8 Ogos 2015. Kalau kenduri ni biasalah, sibuknya makcik-makcik kite ni. Tak menang tangan nak buat kerja. Kite tolong sikit je la. Dah terbiasa dengan sikap PEMALAS ni memang macam ni la selamanya. Bukan apa, kite ada 9 orang makcik saudara nak bertungkus-lumus kat dapur tu dan seorang SUPER EMAK of course. Dapur mak kite tu dah la kecik cinonet je haa, mana muat nak tampung sembilan orang makcik dan seorang Suraya. Barang-barang bersepah sana sini lagi kena kira jugak. Terima kasih makcik-makcik saudara kite yang banyak membantu dalam menjayakan majlis kakak sulung kite ni. Muahciked!

Majlis berjalan lancar dan sempurna macam majlis orang kahwin yang lain. Cuma petang tu hujan lebat sikit. 





One Happy Father.


One Happy Mother, Niece and my Mak Tam back there. 


One BIG Family.

my fellow friends


Ada banyakkkkk lagi gambaq nak up. Sendiri tengok la dekat folder dalam laptop ni.

BTW, photographer kita ambil Arip. Harga yang berpatutan PLUS dia kawan kita since high school. Esok lusa kita kahwin pun kita bakal ambil servis dia jugak. InsyaAllah.

till then.


bye.