Tuesday, March 16, 2010

H.U.J.A.N

Sejak 2 menjak nih cuaca stil panas…suam2 kuku je (sesuai ke nk gna kt sni) bila mn kdg2 hujan band dtg menjengah…tp, awan masih malu2 lagi nak mencurahkan air dgn banyak atau lebih byk lagi. Knpa malu??? kami memerlukannya!!! Mungkin dia pun nak berjimat juga untuk hari-hari mendatang agaknya. Dh dua ari hujan kt sni tp hari ni tadak plak tanda2 hujan nk turun.

Hurmmmm…ok! mari kita muhasabah diri sebentar kawan-kawan :)

Do u know…..


‘Hujan turun mengikut sukatan’


Wahai bloggers, harus la kita sedar dan sm2 beringat bahawa rahmat yg datang bersama turunnya hujan bknnya hadir tanpa sebab & tujuan. Pasti ada hikmahnya…Kalo korang nk tau, sesungguhnya turunnya hujan itu adalah mengikut sukatan yg tertentu…petikan hadis yg sempat aku google td smbil sibok berblogging & facebook’ing…….. :)

"Dan Kami turunkan air dari langit menurut kadar sukatannya, lalu Kami tempatkan air itu di bumi; dan sesungguhnya Kami berkuasa melenyapkannya." (Al-Mu’minun, 23: 18)

Mungkin sebelum ni kita tak tau atau terlupa mgkin.hehe :) Baru hari ini kita tahu, sedar, dan teringat bahawa Allah SWT turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, dan ada juga sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah. WALLAHU A3LAM…

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami beri kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr, 15: 22)

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi, dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Hud, 11: 123)


‘mustajabnya doa tatkala hujan’


Sedarilah wahai bloggers sekalian, bila turunnya hujan, hakikatnya terlalu banyak rahmat yang Allah limpahkan buat kita sekalian alam. Justeru itu, kita amatlah digalakkan untuk berdoa kepada Allah saat turunnya hujan kerana ianya adalah waktu mustajabnya doa seseorang. So, mari kita sm2 menadah tgn & berdoa…berdoa utk kebaikan kedua ibu bapa kita, kesejahteraan hidup didunia mahupun akhirat etc.

Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

Sekarang ni, di tempat kita, hampir setiap hari hujan. Bkn setiap hari sgt kot…tp kdg2. Xkesah la bila pon tp kalo ada hari yg hujan, pastinya ada masa untuk doa kita menjadi mustajab. Jadi kenapa kita lepaskan peluang keemasan ini dengan rungutan dan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka? Tunggu apa lg tu??? Berdoa jom!

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air yang tertumpah (hujan yang lebat)" (al-Qamar, 54: 11)

Ok

Itu sj yg cuba aku nk kongsikan :)

Obsess sgt nk bercerita pasal hujan sbb berharap hujan dpt taw isi hati aku yg mn aku mengharapkan ‘dia’…owh…hujan…hadirlah dikau membasahi bumi sesungguhnya butiran-butiran hujan yg menyapa keringnya tanah & batuan, menyapa kering pepohonan serta bersilaturahim dgn sawah-sawah yg mmg ingin skali mengajaknya singgah lebih lama. Memberi kesuburan, memberi keuntungan kpd para petani yg gerah & gelisah menunggu utk kembali mengayuh cangkulnya….

Hujan~~~~


*peace*

No comments:

Post a Comment