Monday, March 29, 2010

lelaki suka perempuan yang bijak!


selamat hari Isnin! walaupun Isnin bakal meninggalkan kita dlm beberapa jam sj lagi tp aku still nk ckp selamat hari Isnin jugak! aku lebih agresif nak berdiskusi isu lelaki dan wanita skang ni...tak pasti kenapa...kepuasan aku kadang-kadang WEIRD dan diluar jangkaan kalau difikirkan...so, jgn fikirkan! peduli apa dgn percakapan org dibelakang kita...aku tentukan hidup aku sendiri ok!!! hohoho

Lelaki. Kaum yang aku akui senang nk dibuat kawan berbanding wanita. Sejak kecil lagi. Jangan sebut depan aku soal barbie doll korang yang melimbun tu. Macam-macam fesyen baru itu dan ini. Tak perlu. Aku pernah ada patung tak bernyawa suatu masa dulu…buang duit mak abah aku belikan utk aku. Aku main utk kepuasan mak dan abh aku yg berhabis duit blikan utk aku.tp…Boring. (Aku kasar tapi bukan tomboy. Pakai baju kurung tiap-tiap hari woo). Korang ada koleksi barbie doll? Great! Aku tak kisah. silakan :)



Mungkin agak kelakian bila perempuan main panjat pokok, masuk parit tangkap ikan (sebenarnya berudu.bongok). Main galah panjang tapi nak geng dengan group lelaki je.bajet nk menang tiap game…geng perempuan kononnya akan kalah sebaik saja game start.(hahaha. gila kejam sangkaan aku nih dan sgt xbaik aku memandang rendah kat perempuan.sebenarnya aku pon perempuan…wakaka) Jahat betul kau ni. hahaha

Berbalik soal tajuk entry. Lelaki sukakan wanita bijak? Korang agree ke naik angry bila baca tajuk aku tuh??kikiki. Walau aku sniri xsehebat mn…ok aku mengaku AKU XHEBAT…merendah diri skali skala diperlukan jgk…xsalahkan aku merendah diri??hahaha.aku terpaksa “haiyk”(mcm org Jepun) akur
dgn statement aku tu…:)

Pedas dan rasa tercabar. Cuma, untuk menafikan tidak mungkin aku bisa.

Kawan-kawan lelaki yang aku kenali cukup matang biasanya. (Adam tidak matang lagi. Dia cuma adik sepupu yang tidak tahu bezakan lelaki dan wanita lagi. wahahaha) Ramai di antara mereka ni selalu bertanya tentang si polan dan si polan yang diorang rasa macam konon-konon nak jadikan suri rumah tangga part time. hahaha.

"Wei, minah tu cun ar. Dia ok ke kau rasa?", frasa ayat sama setiap lelaki bila nak minta pendapat. (tukar boleh tak beb? bosan je dgr balik2 ayat cmtu.)

"Dia slow wei. Kau suruh dia buat keputusan mana nak makan malam nanti, 2 hari lagi pun belum tentu kau dapat jawapannya. Nak ke?", aku memang tak reti tipu hal macam ni. (jawapan yang tak mungkin nak jaga perasaan orang lain. sorry :P)

"owh ok. then, rejected lah!!!", jawapan lelaki perasan saham mahal sangat kononya. wahahaha



*************************************

Ok, lelaki di luar sana..apa kata korang? Betul ke lelaki memang akan pilih wanita yang bijak? Bijak yang aku maksudkan bukanlah bijak daripada segi sijil kelayakan yang berbakul-bakul ok. Itu tak penting dlm hal yg aku cuba nk bawak skang nih. Bijak yang aku maksudkan..bijak membawa diri, bijak buat keputusan sendiri, senang cerita tidak lembap bak siput b***.

tp jgn plak jd seperti perempuan diatas...rude! at least hormat lelaki sebagai seorang ketua...huh??ketua?ketua apa?slagi dia bkn ketua kmpung aku atau ketua keluarga aku jgn harap...depends...hehehe

Pendapat personal aku sebagai seorang wanita yg suka perhatikan situasi sekeliling. Andaikata aku lelaki. Oh,mn mungkin aku bertukar menjadi lelaki dan berfikiran seperti lelaki…tp…andai kata…..aku ni lelaki, tidak mungkin aku mampu bertahan dengan teman wanita yang sangat-sangat slow. Memang bukan di dalam kuasa aku untuk menentukan jodoh.

Tetapi. Kalau diberi pilihan, aku tidak mahu. Tolong Tuhan :)

Bagi aku, kalau hal simple pun that gurl tak boleh nak handle..inikan pula bila dah berumah dan bertangga. Kalau aku lelaki,ok kalau… aku akan tension sepanjang hidup aku dengan dia :P Semuanya perlu ditunjuk. Tidak berdikari.hampeh…

Bila ditanya bila mahukan anak? Oh sadis sekali. "ikut abang lah..."????

Sampai ke tua lah korang tak ada anak...muahahaha. Ok, bukan mahu persoalkan pilihan hidup korang. Tetapi sekadar berkongsi pendapat. Hal ini jangan dipandang remeh. Sudah beberapa kisah aku dengar daripada teman-teman berkenaan perkara simple ni.

Its look simple tapi bukan semua orang boleh handle masalah. Walau ianya sebesar zarah sekalipun :)

So, perempuan di luar sana...jadilah someone yang berdikari dan tidak bergantung 100% dengan lelaki. Mereka bukan ampaian tempat korang bergayut sentiasa. Lelaki perlukan penghormatan, bukan bebanan daripada kita :)

*peace*

5 comments:

  1. kalo saye lelaki, takde masa guer mau pilih yg slow slow ne, nak pakai baju ape pon nak tanya org..hahaa

    ReplyDelete
  2. yer2...sy stuju..
    yg pnting kita bkn dr spesis cmtu yer zaizax...:)

    ReplyDelete
  3. stuju la ngn zai! hoho
    tapi klo saye laki..
    err... saye laki??

    ~xpelah nak jd pmpn je.. keh3 ;p

    ReplyDelete
  4. nsb independent.hehhe.. nti sue buat entry perempuan suka lelaki bijak n macho..btul x??

    ReplyDelete
  5. hahaha...xpasti lg k.merah...
    maCY...yer...awk slamanya perempuan...hehehe:)

    ReplyDelete