Saturday, March 20, 2010

pesanan dari sahabat untuk sahabat

Rakan-rakan sekalian mari kita berpesan sesama kita…beringat sebelum tersesat. Bertindak sebelum terlambat. Skali lg aku cuba mengingatkan diri & kalo bleh mengingatkan rakan-rakan bloggers aku jgk tentang sesuatu perkara yg mungkin dianggap remeh oleh segolongan mereka iaitu pesanan semasa mendengar azan. Aku percaya semua org tahu ketika azan kita diwajibkan berdiam diri & berhenti berkata-kata. Tp….adakah mereka berbuat demikian? Adakah anda bertindak sedemikian? Tahu tentang larangan tersebut tp masih melakukannya…apakah panggilan yg sesuai utk kita gelar pd mereka yg bertindak sebegini?? Anda tentukan…....


Kematian itu pasti menjelma. Setiap drpd kita pasti akan menghadapinya suatu hari nti...percaya la, mati cuma SEKALI. Xguna menyesal dikemudian hari bila mn teringatkan amalan tak seberapa yg menjadi bekalan ke alam sn nti. Bezanya hanya masa dan waktu yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati & teliti. Kenapa kebanyakan orang yang nazak, yg mn hampir ajalnya tidak dapat berkata apa-apa.... lidah mereka kelu, keras dan hanya mimik muka je yg dpt kita tgk…tu pn sbb tahan sakitnya 'sakaratul maut' ketika nyawa dicabut keluar dr bdn….

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri…sssshhhhtttt! Jgn berkata apa pn semasa azan berkumandang. Ini tidak…lagi kuat azan, lg kuat kita menyembang…situasi ni dh lama aku perhatikan time class tgh hari & petang..masa azan Zuhur & Asar. lecturer suh take five sbb azan…pttnya kita diam & hayati azan tu…ni tidak. Lecturer suruh take five & diam, yg dia dok menyembang kt blakang…manusia…manusia…

Sebagai orang yg beragama Islam kita wajib menghormati azan. Sbbnya…banyak fadhilat yg kita bleh dpt melalui azan. Kalau lagu kebangsaan kita diajar spya berdiri tegak dan diamkan diri. Kenapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Xperlu la sampai berdiri tegak…tu pn dh kurang 1 peraturan…tp masih xdapat nk ikut..makanya pd sesiapa yg berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak ….takut!

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, Allah dgn izinNya telah menjanjikan syurga buat mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak terkelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


rakan-rakan blogger mari kita menadah tgn dan berdoa bersama.....


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

4 comments:

  1. thanks aya ! nnt i tgk u sembang2 tyme azan i will remind u okkk :-) same2 kita tegur yaah

    ReplyDelete
  2. tq sue....betul2..kadang2 diri ini pon lalai dan leka..

    ReplyDelete
  3. haziq: yer2...mari kita perbaiki diri kita!

    ReplyDelete