Monday, April 26, 2010

RAHSIA GADIS KEKAL AYU (rahsiakah??)

gambar hiasan :)

Perempuan mmg taksub dgn kecantikan mahu pn pd mereka yg cantik, separa cantik dan TIDAK cantik sekalipun. Kecantikan penting bg mereka.kecantikan disini tidak bermaksud kecantikan luaran sj.muka putih bersih, dahi licin tnpa jerawat, jeragat mahupun bekas jerawat dan seangkatan dgnnya.semahunya mereka perlukan kecantikan luaran dan dalaman bg menggambarkan siapa diri mereka yg sebenarnya. Jadi, apa yg perlu kita lakukan sebagai seorang perempuan???Ok…scroll down


1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty).
ini dpt dilakukan dengan tidak hanya memakai bahan-bahan luaran tp kita perlu mmenjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa yg ada untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan ok. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Kata org lama(org2 tua) rezeki masuk dipagi hari…so,amalkan bgn pagi. Jgn pukul 11 br nk bgn ok..1 more thing, jgn tido di siang hari. Xbagus tu tp kita still mengamalkannya..hmmm…alasan, letih la, xcukup tido la etc.

2. Menjaga suara.
jgn ingat artis je nk jg & control suara mereka. Kita jg perlu jg suara kita dgn melatih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau(hahaha) atau suaranya terlalu kuat. Mcm stengah manusia, muka innocent gila baik lembut tp suara……loudspeaker! Failed! hahaha

3. Menjaga cara berkata-kata.
kita kna biasakan guna perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jgn gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya sbb ia akan menyebabkan muka jadi kita jd berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit.
kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan dan diamalkan. Awet muda nih…kalo nk gna produk kecantikan plak gunakan yang bersesuaian dgn kulit & x merosakkan kulit.

5. Menjaga muka.
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Sbb tgn yg sentiasa menyentuh muka. Jgn gunakan bedak yang bukan-bukan ok. Chck betul2 penggunaan bedak tersebut sebelum digunapakai. selalu gunakan bedak sejuk ok untuk menjaga kulit muka.penggunaan bedak sejuk ni sgt bagus! Cb tgk tok nenek kita dlu pakai bedak sejuk…muka depa bersih tanpa jerawat! Yg penting skali jgn banyak berangan…ahaakkss…:)

6. Menjaga rambut.
rambut ni mahkota kejelitaan setiap wanita & gadis. Bleh je nk bersihkan rambut ni tapi jangan terlalu kerap yer. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang dan kemas. Xbermaksud bila anda dh berhabisan wang ringgit utk mencantikkan dan menyuburkan rambut & kulit kepala anda, anda lupa utk menutupnya dari tatapan kaum adam….(cuba memotivasikan diri sendiri) hehehe

7. Menjaga cara berberjalan.
Latih cara berjalan ok. Eh eh eh…dh mcm nk jadi model je..hehe..xla…cara jalan jgk mempengaruhi personality seseorang. jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit(malu).

8. Menjaga gerak-geri.
Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Cara ni lebih manis bg seorang gadis. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut(control)…hahaha

9. Menjaga senyum.
senyuman itu sedekah! Kalo nk senyum biar la kena dgn tempatnya. So.latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata.
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.hahaha

11. Menjaga sikap.
yg ni pnting. Kita harus sentiasa taat pd agama. Solat lima waktu jgn lupa. Jgn cuba berbohong. Jauhi dari merungut & mengumpat. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. Sentiasa Positif ok.


Pssst…pssst..Pastikan semua ni menjadi guideline kepada kita kaum perempuan…mungkin anda diluar sn lebih expert yer dak? Xperlukan semua ni menjadi guideline.ok.stiap org pnya pendapat tersendiri…:)



2 comments:

  1. wah wah wah.. bukan main lagi cik sue kita bg tips.. huhu

    maCy akan cuba amal..

    yela, pncuci muke pn susa na pki..

    sngal j..T__T


    lala~

    ReplyDelete
  2. yer yer maCy...
    plih pencuci muka yg sesuai dgn kulit maCy k..
    pntng tu
    ehehe:)

    ReplyDelete