Thursday, May 6, 2010

jerawat......kawan atau lawan??

ALAMAK!!!

muka berjerawat!

Malu? Bkn malu tp

xselesa kot!


Jerawat atau dalam bahasa Arabnya batsrah atau dalam bahasa inggeris rasminya, PIMPLE adalah sejenis benjolan kecil yg terdiri drpd zat panas dan tumbuh secara semulajadi atau ilmiah alamiah. Jerawat ni akan trasa nk kuar bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Ianya perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Ouccchh…jgn picit dulu!!! Parut nanti! Muka yg penoh dgn parut jerawat of kos la menghilangkan seri & keyakinana diri kita secara TOTAL! Xmahu!


*oucchh...sakit!!*


Bersulamkan beberapa riwayat berkisahkan jerawat:

Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagi isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,

“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata,


“Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:

“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”


Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini. AMALKAN!!!


*********************************


Kawan-kawan

Tahu apa punca jerawat ni???

Pertama tama sekali ialah faktor HORMON! Especially kaum Hawa dimana mereka yg berada dlm linkungan SUBUR! Diulang subur…subur…subur…ni la punca utamanya! Majoritiya dlm belasan tahun seperti sy…oooppsss….dan awal 20-an. Kaum Adam sy xtau cmna.heeee:) other than dat, faktor KELUARGA or KETURUNAN yg byk jerawat (sering dihinggapi masalah ni) also memainkan peranan mereka yg tersendiri…penggunaan pil perancang, ubat steroid & vitamin B12 jg menjadi faktor pendorong anda bermasalah jerawat…hhmmmm…pd mereka yg taksub dgn kosmetik & berpakaian ketat(mcm pakai bj adik dia or bj pinjam tersalah saiz)..


AWAS!!! hal ini jg memberi masalah jerawat dikulit dimana liang minyak & peluh anda ditutup rapi oleh pendorong diatas(kosmetik/baju ketat). Tp kawan2…sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan & stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas bleh mengaktifkan pengaliran peluh. Mula la ada yg nk tersumbat dan kemudian berjerawat!

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Maka, kawan2 haruslah sentiasa dlm keadaan bersih dan segar..kuku penting! Harus pendek & terpotong kemas. Statistic membuktikan bahawa 90% bahagian muka di sentuh oleh tgn…cth. Garu bila gatal..sj2 sentuh (nk test kelembutan kulit anda barangkali) etc. maka….pastikan tgn & kuku anda tidak tercemar dr sebarang kuman. Basuh kulit muka setiap hari especially time mandi dan berwudhuk tapi jangan terlalu kasar atau kerap. Gunakan pencuci kulit muka yang lembut & bersesuaian dgn kulit muka anda.


AWAS!! (lagi) Sesetengahnya jerawat boleh menjadi teruk dan kronik kalo tadak langkah mencegahnya dari awal & terus-terusan merebak…kuku & tgn yg kotor apabila bersentuhan dgn kulit berminyak of kos la memindahkan segala jenis kuman yg sedia ada di tgn anda ke kulit muka anda….




*cuci bersih2 yer*

Kt bwh ni tersenarai beberapa TIPS dan LANGKAH PENCEGAHAN yg dikutip, dikumpul & diubahsuai menerusi terjahan ke beberapa laman web rasmi kerajaan. Anda berhak utk tidak menghiraukan perkara dibawah sekiranya anda tidak berminat & merasakan anda sudah pun mempunyai kulit yg sedia cantik & asli tanpa sebarang cacat cela akibat jerawat.


HAK ANDA, MAKA ANDA TENTUKAN :)



  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan BERPARUT!!!

konklusi: jerawat bukanlah kawan mahupun lawan...tp dugaan..:)




4 comments:

  1. ceycey pabila expertise bercakap psl pimple !!
    tapi doc, cam mana plak nak dptkan pimple di muka yah, baru org cakap cun he2x

    ReplyDelete
  2. owh...well...
    nk pimple ke???
    urrrmmmm....yg tu sy xblaja lar....
    hehehe

    ReplyDelete
  3. maCy tade jerawat.. tp skali ase saket smcm.. membe kate jerawat dlm..wuwuu.. wujudkah jerawat dlm? huk3

    ReplyDelete
  4. yer la...
    dh lama xmerasa jerawat nih...
    rindu plak..(pelik)
    :))

    ReplyDelete