
sp kt sini yg xpernah sakit kepala??angkt tgn. Bohong la kalo anda xpernah merasa sakit kepala kn? Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Of kos la kn dh nm pn skt KEPALA. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya. tadak penyebab tunggal utk sakit kepala. bukan keturunan. bg sesetegh org, akan mengalami ketegangan otot dibahagian leher & kepala.
tahukah anda......wanita lebih byk menderita sakit kepala!!
Faktor-faktor lain yang menyebabkan sakit kepala:
- Demam selsema yang biasa, influenza
- Demam yang disebabkan oleh virus
- Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur.
- Makananan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, teh, daging yang telah diawet, dan monosodium glutamate(bahan perisa).
- Kecederaan pada kepala/post-traumatik
- Berlaku jangkitan di kepala atau leher
- Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.
- Keracunan
- Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar).
- Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid(PMS)
- Tekanan
- Gigi bernanah.
- Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat- ubatan lain.
- Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.
- Pengambilan alkohol yang melampau.
Penjagaan sendiri untuk mengawal sakit kepala anda:
- Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.
- Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala. Cth: kopi & nescafe
- Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang. Cth: dileher & kepala
- Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.
- Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dgn perlahan-lahan.
- Mandi. Basahkan tubuh & rambut utk keselesaan & kesegaran
- Tutup mata anda dengan kain basah.
Belajar untuk beristirehat
Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
Bersenam slalu
Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.:))
wah..
ReplyDeletebagus2!