Sifat marah, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jgn sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam & dimusuhi, demikian juga jika hukum-hukum agama dipersenda & dicabuli. Sabar ada batasannya. jgn sampai dipijak. jgn sampai maruah dijatuhkan.
Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)
Ketika kita marahkn seseorang, adalah sesuatu yg amat penting utk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.
Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yg kita marah (seperti contoh teman, adik, kakak) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai org yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.
Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pdketika itu kita x marah, ia boleh membawa kita kpd perasaan marah disebabkan informasi yg telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.
sbb tu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yg dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dgn otak kita.
No comments:
Post a Comment