hey mak cik, mak ngah, mak lang, pak long, pak ngah, pak uda! dengar sini rakyat jelata sekalian. hari ni adalah hari convocation beta tahu! dengan itu beta berbesar hati beri cuti hari ni pada Pak Teh, Mak Teh, Mak Uda dan Pak Uda beta utk turut sama hadir memeriahkan suasana convo beta! wah...bajet anak raja, anak bangsawan, anak dermawan. kalo kau tu dpt ANC (Anugerah Naib Canselor) haku tabik la kau kalo nak bagi cuti bagai. ni tak...takat dapat bintangkecik satu kau dah bangla bagai. kahkahkah. hambik kau SurayaSafie!
haip! berani haku cakap mcm tu pd diri sendiri?? na mungkin hey (versi hindustan)! aku sangat gumbira hari ni tahu! penat lelah haku selama tiga tahun berulang-alik dari rumah ke Uni, dari kolej ke kelas. setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu je taw, berbaloi belaka.hari ni aku berjaya melangkah kaki naik ke pentas DSB (Dewan Seri Budiman) utk terima skrol diploma aku tahu! aku bangga aku berjaya habiskan diploma aku dengan jayanya. korang pon akan rasa macam mana aku rasa bila korang tamat belajar nanti. suatu perasaan yg sukar digambarkan dengan kata-kata utk dicoretkan menjadi ayat utk dibaca (umum). rasa sendiri nanti yaw!
suasana sekeliling memang happening habes. sampai haku pun naik pening! parents berlonggok-longgok(penggunaan bahasa yg salah) dok tenung skrin kt depan DSB tu. mananya haku nak cari kawan-kawan lg. sekali pandang macam nk kenal tp bila dua kali pandang memang sah tak kenal! semuanya nampak serupa. nak-nak bila semuanya kenakan jubah & mortar board memasing. ramainya manusia hari tu memang Tuhan sj yg tahu. istiadat convo bkn nak mula awal-awal wa cakap sama lu. masa tu la kaki ni nak kejang. lenguh. peluh. semuanya bergabung. tapi haku bernasib baik. berkat guna perfume original punya & say no to cetak rompak bau badan memang tak lekat la. same goes to others. tak pulak hidung haku ni tersumbat dek bau-bauan yg tak menyenangkan dari kengkawan. tapi setelah menjalankan siasatan, aku berjaya cari jawapan dari persoalan berkenaan.
jawapan: faktor material jubah yg tebal mempengaruhi bau badan yg tak dapat keluar (keluar dr jubah daa). jubah tu tebal so mang mustahil-lah utk bau-bauan tu dengan mudahnya terkeluar kan? ada yg tersangkut dekat jubah tu sapa tahu kan?kan?
hahaha...jawapan diatas hanyalah andaian semata-mata. tiada kaitan dengan yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia...Al-Fatihah. pokoknya hari ni memang menggumbirakan dan menyenangkan. faktor sekeliling jugak bagi kerjasama yg memberangsangkan, trimass. hari ni hujan cuma rintik-rintik. hujan Rahmat kata orang-orang tua. Alhamdulillah.

TAHNiah dear...:)
ReplyDeletebeb...
ReplyDeletejeles la tgk u da pkai jubah convo...
i lambat lagi...
huhu...
efa nur: tengs fren...:)
ReplyDeleteuna Husna: sabar kawan...xlama lg akn tiba masa utk u jgk..:)
congraz sue... beshnya dh konvo..
ReplyDeletelpas ni bleh kawen dh haha