Thursday, March 17, 2011

kasi tonton dulu, komen kemudian

salam.

hari muram dah berlalu. hari ceria dtg bertandang. ahh, tadak maknanya. hari-hari mendung dan kemudiannya hujan ada la. masa payung hilang hari tu bukan main melilau kesana kemari mencari serupa buleh jumpa kembali je. harapan tinggal harapan. kenangan bersama payung tu pun tinggal kenangan je la. goodbye umbrella, jasamu takan ku lupa. nah! kali ni kalau hujan nak turun lebat selebatnya pn haku dh tak kesah. aku dah ada payung. payung beli dekat watson. apa pun syukran Ya Rabb sbb turunkan hujan utk tumbuh-tumbuhan minum dan kembali segar. sekian sahaja cerita hujan.

kembali merepek......

tadi pergi menonton Hikayat Merong Mahawangsa bersama bapa saudara dan sepupu sepapat sepapan. ramai orang cakap especially kengkawan terdekat......

"hg kalau org Kedah tak pi tgk cherita ni memang la.."

'memang' apa la agaknya yg hendak dimaksudkan oleh mereka-mereka itu sebenarnya. tipikal-lah bagi aku insan lemah lagi mudah terpengaruh dengan kata-kata 'penyesat' mereka itu utk ikut sama menonton. rata-rata mengatakan bahawa cherita ini seronoknya ditahap maksimum. malah ada juga yg kurang bersetuju dgn pendapat pertama tadi. maka, utk men-leraikan percanggahan pendapat antara mereka yg setuju dan tak setuju bahawa cherita HMM seronok haku sendiri pegi buat penilaian.



selepas tontonan....


penilaian pun dibuat.....



pada aku cerita HMM tu mmg cerita epik terbaik pernah aku tonton. jalan cerita menarik. kombinasi pelakon yg terbaik. yg paling penting ada Stephen Rahman Hughes! ada Ummi Nazeera sebagai pelakon sekejap ada sekejap takda pun terbaik jugak ku kira. daripada 10 haku kasi 9 setengah bintang utk cerita HMM ni. sebagai tanda aku menyokong cerita ni aku hendak menyeru kepada semua rakyat tak kira orang Kedah ke, Kelantan ke, Melaka sekalipun segeralah pergi menonton dipawagan yg berhampiran cerita yg menjadi mitos dan hikayat ini. jgn lepaskan peluang utk terpegun dengan hasil kerja anak Melayu kita. tahniah KRU production!

No comments:

Post a Comment