Friday, May 13, 2011

makanan utk intersesi? tak perlu bimbang lg

salam.

tak lama lagi haku dan kawan-kawan dah nak start intersesi. tak lama je lagi. kalau orang puteh cakap, just around the corner la gitu. macam tu jugak la intersesi haku nanti, just around the roundabout UiTM je rasa. baru rehat seminggu dah nak mula belajar balik. haish...macam tak rajin pulak nak study masa orang lain tgh bergumbira cuti goyang kaki, layan movies. macam tak ready pun ada. baru je lepas final pastu kang dah nak intersesi pulak. serabut. serabut. tapi jgn lupa satu pesanan, mencari ilmu biar sampai ke negeri China. macam mana nak sampai kat negeri China kalau mencari ilmu kat UiTM Shah Alam ni pun dah merungut berjela? fikirkan. betul kan niat sebelum jejak kaki semula ke UiTM.

tadi aku baru je selesaikan pasal hal kolej dengan ika, pegi sana, lari sini, terkejar kesana, terkejar kesini sampaikan bendahari Zon 16 dah bertukar tempat pun kami tak perasan. mau lencun baju kami macam merentas desa time sekolah dulu. haish. selesai je buat pembayaran kami pekena roti impit ayamaz kat fac applied science dulu. teringat set combo roti impit kat fac sendiri la pulak. fac kami je yg ada set combo mombo nih. depa tadak. hehe. agak lama tunggu pak long tu buat roti kami terus gerak ke kolej pulak. procedure macam nak mintak beli kolej pulak, macam-macam ragam. kadang tu rasa menyusahkan pun hada. cuma pk nak intersesi je ni kalau tak, tadaknya haku nak berlari terkejar kesana kemari.

memandangkan intersesi nanti tak dapat nak pastikan kedai makan bukak ke tak, tiba-tiba jadi runsing. kat mana agaknya haku nak menelan nasi nanti? dah la tadak transport. memang tak kan la nak berjalan sampai ke pusat komersial tu, kan? unless terpaksa. korang, korang...especially yg buat intersesi kat UiTM Shah Alam la kan...korang ada idea kat mana kita nak menelan nasi nanti??

tiba-tiba akak nasi lemak merangkap Pengurus Asrama Kanan kolej a.k.a kak Ina bagi idea.....alarr..mak cik nasi lemak Kolej Melati tu...beliau dah suami menyediakan servis penghantaran/delivery makanan for those yg ada kaitan dengan intersesi nanti. sila rujuk butir-butir dibawah untuk mendapat keterangan dan pemahaman pasal servis makanan ni.

COMBO MAKANAN TENGAHARI
RM8.00 UTK 2 ORG
SEPANJANG CUTI SEMESTER/INTERSESI
MULAI 16 MEI 2011
ISNIN:
nasi putih

ayam masak merah

sayur kobis+carrot

telur dadar

air mineral
SELASA:
nasi putih
ikan cencaruasam pedas

sayur kacang panjang

ikan masin

air mineral
RABU:
nasi putih

masak lemak pucuk paku

ikan goreng
sambal belacan/ulam timun
air mineral
KHAMIS:
nasi putih
kari ayam+kentang

sayur kacang buncis

sambal belacan/ulam timun

air mineral
JUMAAT:
nasi putih
ikan masak kicap

sayur tumis petola

telur dadar

air mineral
penghantaran makanan adalah pada jam 12.30 tghari
tempahan adalah diperlukan sehari awal

so korang boleh pilih la nak makanan pada hari apa tapi adalah lebih baik haku rasa kalau korang ambik hari-hari je. mudah bagi korang mudah bagi haku dan mudah bagi cik ZALEE nak hantar.

untuk tempahan samada korang boleh contact haku thru facebook Suraya Safie(inbox) or pape hal nanti kita settle kat kolej. bila dah face to face nanti baru senang nak bersembang yer dak?

2 comments:

  1. hahahaa bagus tuu....
    bye bye nak balik daa
    jgn lupe kite taw :D

    ReplyDelete
  2. ktorg dh booking dh pun service delivery makcik ns lemak.haha.mkanan hari isnin ja yg ok..yg len2 tu mcm kureng ja

    ReplyDelete