salam.
hari untuk intersesi berlalu smooth je. tadak halangan mahupun dugaan memandangkan ada dua subjects je. menapak ke fac jam 8.00 pagi, belajar economy, belajar quality management, pukul 12.30 tgh hari balik bilik. sebulan macam tu la nanti dok ulang alik bagi haus tapak kasut, ilmu penuh di dada, perut kenyang senang hati. mcm honeymoon pn ada. balik je bilik terus tarik kain selimut tutup badan. bermakna sedang berhibernasi-lah tu. hahaha. serius seronok. macam saje je dtg buat intersesi ni. mak haku baca ni mahu di tarik telinga aku 360 darjah.
makan masa (intersesi) ni macam kena catu pun ada. sebenarnya tak pun. disebabkan malas nak menapak 100 tapak kaki pergi balik Dataran Cendekia (dc) so pemakanan di kawal seratus peratus oleh diri sendiri. selain mencatu makanan sendiri, masih mengharapkan makanan delivery dari Cik Zaly. tapi minggu ni Cik Zaly pulak nak catu makanan kami. haha. tak pon! kereta dia rosak, makanya susah untuk dia berulang alik kemari menghantar makanan. poor Cik Zaly. semoga kereta cepat sembuh dan dapat kembali bertugas membawa lunch box kami warga Melati.
hari ni teringin nak makan yg sedap-sedap sikit so berhajat nak menapak ke Pasar Rabu dekat flat PKNS depan UiTM ni. hasrat tercapai bila dapat consensus from friends yg turut sama punyai hasrat seperti haku. teringin jugak korang ek. haha. pergi naik bas, balik naik kaki sendiri. haish...nasi ayam percik selamat masuk perut lepas solat Isyak td. Alhamdulillah. penat pusing Pasar Rabu dua tiga kali memang sayang la kalau tak beli nasik ayam percik dia. dia tu sp? ramai je yg meniaga kt situ tapi yg dia jgk yg berjaya tawan hati kecik haku ni utk beli. rasa punya rasa,not bad lah. dia tu bukan siapa-siapa. pak cik stall lah. dia tak kenai haku, haku lagi lah tak kenai dia.

ni Tuan Tanah
so, wajib ada la untuk tatapan sendiri

ini pulak rakyat jelata ^^
dua orang sahabat Pantai Timur

pau terbaik Pasar Rabu!
berhajat nak berjalan kaki lagi pegi Pasar Rabu kalau kaki ni mampu nak berjalan sejauh 3kilometer kehadapan. InsyaAllah. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. tanak berjanji pada diri sendiri nanti ada konflik dgn diri sendiri pulak kalau niat tak tercapai.
No comments:
Post a Comment