Tuesday, June 14, 2011

from s.a to kelantan 2

salam.

weekend utk intersesi takan jadi boring kalau kita pandai amek peluang. bunyi macam ala-ala menbodek. sort of la kan. gaya amek peluang aku ni bukanlah membodek tapi aku dapat offer yang tak harus aku lepaskan macam tu je. fully support sapa tamau boleh belah sekarang! kita tak sehaluan. aku suka di support, suka dibelanja tapi tak bermakna sepanjang masa aku aku tunggu orang nak support aku sepanjang masa. ada masa jugak aku men'support' orang a.k.a kawan. aku apply concept give and take disini. what u give u get back. sesuai ke??

last weekend sekali lagi kaki aku berpeluang untuk pijak bumi Kelantan, for second time during my intersession. words of wonder. W.O.W! offer dari kenalan kolej (staff) aku ikutkan macam lembu ditarik hidung. ini bukan sebarang staff kolej ok, dia merangkap majikan aku di kedai nasi lemak(part time). ini lebih kurang macam family trip la sebab cuti sekolah masih berbaki. ringan je kaki aku melangkah ikut rentak diorang sebab dekat sini diorang ni dah macam family aku dah. sakit demam suka duka nangis gelak sumanya aku kongsi dengan diorang.

Kelantan. not badlah kot. no comment. tapi aku hampir-hampir jadi gila bila tgk barang-barang kat sini gila murah as compared with Shah Alam & Sungai Petani. tapi, jangan cepat melatah. barang-barang Siam banyak dekat sini so murah la jadinya. tapi lagi, aku tetap tertarik lah dengan harga-harga barang kat sini. for those yg pentingkan gaya, mutu & keunggulan aku rasa stay away from Wakaf Che Yeh & Rantau Panjang. mungkin tempat korang bukan dekat sini. tapi bagi orang macam aku yang meletakkan brand di tempat kedua & kualiti di tempat pertama, aku suka datang sini dengan berbekalkan wang yang banyak. mungkin berkepuk-kepuk! aku jenis rambang mata. semua yang aku tengok semuanya aku berkenan. masalah dekat sini, kad bank aku hilang! haha. alasan semata-mata. pertengahan bulan mana aku nak cekau duit. aku bukannya bekerja so aku guna saki baki duit yang aku ada dan bekal yg daddy & sister aku kasi masa aku sempat singgah Kedah after attended kenduri dekat Ipoh last week. at least aku dapat grab things yg buat mata aku berpinau.

for second time jugak aku menapak ke UiTM Machang sebagai tempat penginapan. not bad jugak disitu. aku tak boleh nak rank sebab situasinya sama macam dekat hostel aku tapi mungkin Machang baru sikit. perabot baru! aku rasmi dulu! haha. lepas je penat berjalan sana sini dan balik malam hari, masa tu cuma ingat tidur dan tidur sj. walaupun dalam bas dah penat membuta tapi badan mahu direhatkan jugak. lenguh seluruh badan macam palsied sekejap masa tidur tu. kaku sampai ke pagi baru nak sedar.

aktiviti seterusnya jangan cakap la, mesti la aktiviti yang meng'letih'kan tapi seronok. tak penah ada trip dengan bas macam rombongan cik Kiah selain dengan kawan-kawan yang tadak perangai macam mak cik-mak cik masa membeli belah. mulut bising panggil anak suami men'try' itu ini. riuh sederet kedai dengan suara diorang je.

anyway aku seronok dengan family dekat sini. walaupun sekejap kami rapat! kami bising! kami cool! haha.

pictures without caption:
say byebye to Kelantan. ada rezeki aku pijak lagi Wakaf Che Yeh sama Rantau Panjang..:)

No comments:

Post a Comment