salam.
home sweet home.
gejala malas untuk pulang ke rumah dah sama macam gejala mula-mula susah nak tinggalkan rumah. semakin terbalik-kah dunia ini?atau semakin terbalik-kah SurayaSafie ini? haish. tak kan pulak. tak rindu rumah ke? tak rindu katil semak dan tidur sampai lewat petang dekat rumah? sampai hati kau lupa kenangan tersebut. jgn kau balik lagi. kalaulah rumah boleh berkata-kata dan baca apa yg aku tulis. memang merempatlah aku lepas ni.
sebenarnya, tulus ikhlas dalam hati nurani yg kecil lagi molek ni tersimpan 1000kali rindu pada segenap inci rumah manis rumah-ku! ruang tgk tv yg jarang nak duduk sbb salu abah je nak conquer tengok berita dan bola dan bola dan gusti dan kembali kepada bola lagi. kadang-kadang tension dgn sifat tamak dok p conquer tu tp apakan daya itu hobi beliau. hak beliau untuk suka dan selagi beliau tidak mengganggu mana-mana makhluk dalam rumah tu selagi itu beliau akan sentiasa mengadap depan tv dan terus terlelap tanpa gangguan. dalam hati cakap 'kalau tadi bagi aku tengok cerita yang aku nak tgk kan dah lepas'. apakan daya beliau kan abah.
selepas abah, adanya emak. oh emak, kaulah ratu hatiku. bila-ku berduka takkan ku bawa kau bersama. kerna kau sentiasa gembira buat aku. mak. mak. mak. sentiasa menjadi emak dengan rutin hariannya yang tak pernah habis sehingga jam 9 malam. sentiasa padat. macam kerja opis pulak mak aku tu. kerja opis pun tak balik malam. haish. walaupun sentiasa dirumah, tanggungjawab emak tersangat berat. nampak je ringan. nampak je mak salu curi tulang dan santai je lebih. tp cuba kau ganti tempat mak kau sehari. buat semua rutin dia. aku pasti surrender separuh jalan.
mak ialah Menteri Dapur dan Pinggan Mangkuk merangkap chef handalan. kawasan gelap bagi emak ialah di dapur. dah memang emak sinonim dgn dapur dan kerja masak-memasak so kau jangan nak buat janggal sangat boleh tak?

kawasan dapur****
ini salah satu kawasan dalam rumah yang aku heart sangat! gila kau, dapur banyak makanan kot. lapar datang sini, tak lapar pun aku datang sini. sj menziarah. sebenarnya cari makanan. haha. macam mana rupa dapur rumah aku sekarang ni agaknya?? *wondering* walaupun aku tak sekemas dan sebersih miss clean tapi aku particular. aku tak suka dapur berkecah. semak sana sini. semak mata memandang. pada aku, dapur yg bersih dan teratur boleh bagi ilham dan mood untuk kita memasak.itu pandangan aku-lah.
bilik***
kawasan ni jgn cakap la. sepanjang masa duduk dalam ni pun aku sanggup. bukak aircond dan gelapkan bilik. aku tidur sampai esok punya esok lagi pun boleh. sampai pecah kepala mintak hantuk-hantuk kat dinding sama. banyak songeh muka kau nak membuta je keja.
toilet***
heyy,takkan ini pun nak berkongsi cerita. toilet adik yang punya!
.
.
.
.
.
.
tak sabar nak balik rumah!

No comments:
Post a Comment