salam.
siapa tak pernah rasa marah? siapa yg tak pernah jadi mangsa marah? apa perasaan korang kalo kena marah? kalo korang kena marah apa tindakan korang?? blah pergi macam tu je? bermusuh selama tiga hari, kalo lebih dari tiga hari berdosa. atau berdendam seumur hidup?? apa sebenarnya yg tersemat dilubuk hati korang masa tu?
Imam a-Bukhari meriwayatkan bahawa Abu Hurairah menceritakan kisah seorang lelaki pernah meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w dan Baginda menjawab, "Jangan Marah". sepuluh kali lelaki tersebut bertanya dan jawapan Baginda masih sama. lelaki tu pun mula konfius.
takda manusia yg boleh terlepas dari marah. sedangkan Nabi pun ada perasaan marah inikan pulak kita manusia biasa. tapi kita perlu faham bahawa marah ni tergolong dlm dua kategori yakni marah yg diizinkan Islam dan marah yg dilarang. ada beza antara dua marah tersebut ok.
marah yg dicela oleh agama adalah marah semata-mata kerana nafsu yg mana mendorong kepada perbuatan yg dilarang oleh syarak. contohnya, maki hamun tak kira tua muda, mencederakan, menyakiti dll. ini akan membawa kepada kesan buruk yg berpanjangan seperti bermasam muka, benci membenci. semua ni tak bagus sbb tu la kita dilarang berbuat demikian. tapi masih ramai diantara kita yg lupa akan nasihat tersebut. tahu tapi buat jgk. macam tu la. sebaliknya bila kita marah apabila keturunan kita diperlekeh, agama kita di permainkan, ajaran Rasulullah di ejek maka marah itu sangat dipuji. nah...sebab tu la tadi haku dah sebut marah ni ada yg dilarang dan ada yg diizin. biar kena dengan tempat baru kita boleh marah. mcm tu??
salah satu pintu masuk utama bagi syaitan yg cuba merobohkan aqidah dan iman kita adalah melalui pintu marah. syaitan suka pada siapa yg marah sbb senang depa nak kuasai hati manusia yg marah tu. contoh bagi mereka yg hatinya telah dikuasi syaitan adalah melalui kes-kes seperti penceraian, dera isteri dan anak-anak, sabotaj, sihir dll. ini realiti sbb semua ni berlaku masa kita tengah marah dan kita sendiri tak mampu nak kawal perasaan marah tu. so jadi macam ni la. pengalaman korang masa tengah marah, apa yg korang buat? ada setengah yg suka melempar-lemparkan barang, pecah sana sini. bermasam muka sampai menyampah nak tengok muka orang yg kita marah tu dll. masa tu syaitan gelak terbahak-bahak sbb kita gagal mengawal marah dan depa berjaya kuasai hati kita.
Rasululah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud,
"Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorng yg dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah"
apabila sesorang itu marah, maka hendaklah ia menyebut Au'zubillahHimina'syaitonirrajim dan segera mengambil wudhuk. insyaAllah marah tu akan reda.
yang paling penting, jangan la kita nak marah tak tentu pasal tanpa usul periksa, kaji selidik, tanpa pikir baik buruk dan kesannya dibelakang hari sebab marah ni boleh meninggalkan kesan yg mendalam. contoh, anak-anak berdendam dengan ibubapa yg kerap marah. situasi yg sering berlaku menunjukkan betapa relevannya nasihat Rasulullah yg diulang beberapa kali tadi yakni "Jangan Marah". jadilah manusia yg gagah dan kuat dalam melawan dan mengawal marah tak kira dimana dan bila ia menjelma.
p/s: sebelum marah fikirkan dulu kesannya. lebih baik duduk berbincang dari marah tak kena tempat.

No comments:
Post a Comment