manusia semakin melupakan asal usul mereka.
mereka lupa siapa mereka.
mereka lupa apa agama mereka.
mereka lupa pada Sang Pencipta.
macam Tun Mahathir pernah cakap la, melayu mudah lupa. takat lupa asal usul masih boleh diterima akal. tapi kalau lupa agama apa cerita? kat mana pun kita berdiri, kita tetap pegang pd agama yg satu, Islam. agama yg satu pun mudah terlupa. susah sangat ke nak kerjakan suruhan agama? eceh, bercakap macam ustazah. bukanlah. sama-sama la kita ingat mengingati sbb kdg2 haku sendiri terlupa. takda salahnya, kan? kalau larangan tu yg paling kita nak buat. contoh, bermusuh adik beradik. benda tak baik yg nak buat sangat. walaupun ilmu didada tak setanding orang lain, ilmu akhirat, at least kasi padu la jugak. kurang yg dunia tapi kalau lebih yg akhirat apa salahnya?
kita dididik dari kecil mengenal apa itu dan siapa itu Tuhan pencipta segala kehidupan dan alam semester. wajib ajar anak-anak perkara asas supaya mereka tak lupa asal usul. tak lupa siapa pencipta mereka. kelak takda la lagi golongan manusia yg dikatakan agama je Islam tapi perangai tak seperti agamanya. buat malu agama je kalau macam tu. kalau dah asal usul agama Islam seharusnya membesar cara Islam. kalau dah besar jadi Bohsia, GRO, buang bayi, kaki pukul, bunuh orang, anak derhaka dll. pada siapa kita nak tunding jari? salah agamakah? salah didikan ibubapakah? atau salah diri sendiri?
Islam adalah agama yg mulia. mulianya Islam bukan kerana kita. sepatutnya kita berbangga beragama Islam kerana kemuliaan agama kita ni telah dinobatkan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. tak dapat dipertikaikan oleh sesiapa sejak zaman berzaman. tapi sayang, penganutnya telah mencemarkan kemulian yg ada padanya. kerana segelintir masalah masyarakat dan umat Islam kini, agama kita dipermainkan. mereka lupa agama apa yg dipegang ketika itu. mereka lupa asal usul mereka.
kita mulia kerana Islam dan aku mulia kerana Islam. mulianya hidup kita bergantung kpd cara kita menjalaninya. aku percaya takda sorang pun yg nak dihina ataupun dimalukan. hidup dalam kemulian seperti Rasulullah adalah sasaran setiap umat Islam. akhlak mulia, aqidah terpelihara. tapi sayang. kemulian hidup kian menghilang bagi sesetengah umat Islam kini. tapi, umat Islam pasti mulia selagi kita berpegang teguh pada setiap ajaran Islam yg mulia. kerjakan suruhan, tinggalkan larangan. semudah ABC. perkara-perkara pelik yg berlaku sekarang ni adalah kesan daripada lupanya mereka pada asal usul mereka dan longgar pegangan kpd ajaran Islam. lupa pada Sang Pemerhati yg berada diatas sana. salah siapa semua ni berlaku? salah siapa kalau kita sering terlupa?
tepuk dahi, tanya diri sendiri.
No comments:
Post a Comment