lately saya busy menjahit ツ sewing is not my passion actually tp disebabkan saya kekeringan duit untuk beli new shoes saya jadikan ianya kegemaran. new hobby. terpaksa! untuk selalu berangan duit dihulur oleh sang bapa dan kakak terchenta adalah seperti loser dan mustahil! kau tercangak dekat rumah sebulan dah nak masuk dua bulan dengan tak buat pape, tak cari kerja tetiba kau gesel dekat haku nak duit. amboih...KEJAM aihhh! tak la. sepertinya saya segan dan malu untuk meminta-minta. eceh.
berbekalkan kemampuan yg BUKAN luar biasa dan cuma biasa-biasa sahaja maka saya cuba mengasah dan ketengahkannya dalam bentuk perniagaan. kemampuan dan bakat yg dimaksudkan ialah kemampuan menjahit. bukan jahit baju kebaya atau kurung moden tapi adalah sebaliknya. sejenis makhluk yg digunakan untuk meletakkan tisu atau handphone. corak adalah atas pilihan anda sendiri. kecil dan comel cirinya. yer ke? perasan sat. hahaha. SERIUS comel lah!
mak mendukung cita-citaku yang sementara ini. kata mak...
"dari duduk saja kat rumah baik buat kerja"
mak maksudkan kerja yg sedang aku jalankan ni la. tak payah bgn pagi rushing nak bersiap pakai segak-segak dan memandu untuk ke tempat kerja. just bangun ikut suka masa bila, basuh muka dan gosok gigi, pegang jarum dan jahit few things dan berehat bila-bila kau suka. nah! mudah bukan? tapi pulangan tak lah selumayan bagai officer. biasa-biasa saja. tapi kalau nak beli dua atau tiga barang kegemaran mungkin lepas. :)
oleh sebab menjahit dah jadi part time job haku buat masa ni maka tangan ni adalah sentiasa lenguh. pheeww...kerja tak kira masa. lagi 2minit nak azan berbuka pun tangan ni masih aktif menjahit. sebelum pukul dua pagi pun still menjahit apa cerita?? kata passion tadi, kan? tak gitu? rabun teruk plak aku kang.
sebaiknya masa yang ada ni aku isikan dengan kerja yg berfaedah. aku tak nak buang masa duduk depan lappy dan renung screen sampai pening kepala dan tak boleh nak tidur malam lagi. aku SERIK tahu?!
buat masa ni aku gumbira dengan kerja aku sekarang. harap gumbira sampai bila-bila. sampai semua list dan senarai nama customers aku potong dengan pen merah. tak sabar nak habiskan!
p/s: sedang create new things. harap menjadi. amin.
No comments:
Post a Comment