sejak kebelakangan ni masa saya penuh dan padat dengan perisian & aktiviti yg cukup berfaedah dan poket seluar saya separa penuh dengan mata wang Ringgit Malaysia. muka senyum sampai telinga. contonya, masa lapang saya menjahit(part time job), mengemas(dah jadi rutin. ECEHCEH) etc. can't mention here, kang dikatakan RIAK mendadak pulak. when I start sewing things saya rs mcm keEMAK-emakan. kan?kan? bila saya kepochi sket pasal gosip orang yg LEBIH dewasa dari saya, saya rasa mcm ewwwww untuk diri sendiri. selebihnya saya rasa macamhidup saya seperti SURIRUMAH yg TIDAK BERSUAMI. (bukanlah seperti janda mahupun balu). :)
lately, bila tgk sekeliling dan orang disebelah, saya rasa macam saya ni terlalu obsess nk completekan sesuatu kerja in 1 day tanpa hiraukan tahap kebolehtahanan saya untuk sehari-harian. contohnya, mengecat rumah semalam. kalau berkesempatan dan diberi lebihan masa selama 2jam sblm masa berbuka saya rasa tahap keberjayaan saya untuk settle kan semua dinding in 1 day adalah ditahap yg memberansangkan. tapi keobsesan saya itu taklah berjaya dan saya mula berasa bitter sbb abah tak bg continue dimalam harinya. TERLALU obsess sampaikan hari malam dan siang pun tak hirau. maybe abah rasa aku dah penat mengecat sepanjang hari. fyi, actually I am not!
kebolehan menjahit datangnya dari supermommy. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi dan mana tumpahnya bakat supermom kalau tak ke superchild. super nonsense! HAHA. from the three of us of course lah saya yg paling menyerlah(ok fine, tak boleh blah) walaupun kadang-kadang muka super innocent tak kena tempat. bakat kemenonjolan ni datangnya drpd my superdad yg super AWESOME! LOVE him much!
CRAP! lupakan yg lain. for the whole day saya sambung mengecat sisa-sisa dinding yg ditinggalan UDE. mood rajin tiba-tiba datang bergolek tanpa diundang dan tak sanggup rasanya nak let go mcm tu je mood yg canteekk dtg tepat pd masanya. sementara ada kelapangan ni apalah salahnya kira saya berbakti pada teratak usang saya ni, kan? maka dengan rasminya hari ini adalah HARI COMOT SURAYASAFIE! hari-hari pun comot tapi hari ni LEBIH comot lagi. HAHA.
mengecat taklah challenging sgt. saya suka, saya suka! TAK MEMENATKAN langsung especially bila kita tgk hasil kerja kita sangat cemerlang! saya amateur, abah professional and of course when he came back from work, he started to critic my work bla bla bla sampailah proses mengemas barang-barang mengecat. HAHA. saya ok je dengan kritikan membina and for sure lepas ni haku tak akan sukarela nak cat lagi!
hari saya bukan dan tak akan berhenti disitu saja tanpa aktiviti yg lain. saya mesti cari kerja malam nih! dasar tak boleh duduk senyap tengok tv dan online saja. HAHA. so i decided to take out my baju raya from lemari buruk mintak dibeli ganti, usha lengan baju yg tak-boleh-tgk-rasa-nak-marah tu dan petang tadi dah selinap keluar rumah dengan supermommy pegi beli beads untuk baiki lengan baju yg tak-boleh-tgk-rasa-nak-marah tu so malam ni nak jahit lengan baju tak-boleh-tgk-rasa-nak-marah tu kasi cun sket. tak hendak sarat sangat dengan beads, simple dah memadai. nak tempah kat kedai rasanya kang baju tu dilempar keluar kedai pulak. tak sanggup. mana ada tailor yg berani hamek baju nak-nak bila dah end of ramadhan ni cek oiii! takpa. kebolehan yg super minimal ni akan ku gunakan semaksimum yg mampu. if ALLAH will. dan tadi...tadi tu dah siap pun lengan baju menjadi tak berapa nak cun tapi dah boleh-tgk-rasa-nak-senyum pulak jadinya.saya dah tak marah dah. HEHE. ALhamdulillah. tak sia-sia tangan ni bekerja siang dan malam. sayang tangan ni(secara tiba-tiba). sekarang dah boleh tidur. katil dah panggil ajak baring. okbai!
p/s: baju raya dah siap teriron! ya. ya. semangat raya nih.
No comments:
Post a Comment