Monday, August 22, 2011

perkara wajib buat dan ada

salam.


tak sabar rasanya nak sambut Syawal. tak sabar nak jumpa family besar. tak sabar nak pakai baju raya spuloh pasang yg dah siap ter'iron' kat dalam lemari tu. tapi......sebelum semua umat Islam sambut 1 Syawal, ada banyak perkara wajib yg mesti dilakukan. pertama, puasa sebulan bagi yg mampu. perempuan adalah terkecuali kerana sering mendapat A.B.C (Allah Bagi Cuti). satu kelebihan untuk kaum seperti kami. HAHA (gelak tak tau malu). untuk cukup sebulan tu mcm impossible tapi ada jgk yg tiba-tiba tercukup puasa sebulannya. kira bertuah la dia. TAHNIAH! kedua ialah zakat. satu kepala rm7. enam kepala bersamaan dengan rm42. perkara ni urusan orang tua kita tu pun bagi kita yg masih dibawah tangungngan mak dan ayah la. kau yg dah bersuami dan beristeri serta anak jangan nak harap ayah kau tanggung lagi. sila tanggung diri sendiri dan keluarga ok.

lain-lain perkara yang harus dititik beratkan adalah:

servis kereta
untuk mereka yg pulang beraya dikampung, nak travel jauh dari Shah Alam ke Sungai Petani wajib servis kereta terlebh dahulu. mau tak mau mesti kena buat. make sure semuanya dalam keadaan baik supaya kelak dipertengahan jalan takda yg tersangkut. itu kita tak mau ok. pastikan semuanya lancar dan selamat. tukar segala jenis minyak yg harus ditukar, ganti segala jenis benda yg harus diganti dan tak bermaksud kau kena ganti kereta baru setiap kali kau nak balik beraya di kampung. itu MELAMPAU namanya! yang penting pandu cermat, jiwa selamat.


tukar duit & make sure design sampul duit raya adalah yg ter'latest' sekali
benda ni aku nak kasi highlight betul2 lah kasi semua mak cik dan pak cik serta abah dan kakak aku perasan. ini peranan yg wajib mereka buat. eceh. macam meminta-minta pulak kau SurayaSafie. takda la, status aku MASIH LAYAK utk terima duit raya sebab aku student nah. tak bergaji dan tak digaji ok. sekarang ni semua orang mesti busy dok tukar duit raya. aku confirm duit seringgit paling banyak, lima ringgit sedikit dan sepulh ringgit jarang. HAHA. takpa lepas raya kita masukkan balik duit seringgit tu dalam bank. tu pun kalau duit raya kau limaratus dan semuanya duit kertas seringgit. boleh? aku cabar. haha. masa dapat duit raya dari mak sedara, benda pertama yg aku nak tgk ialah sampul duit raya tu. bertukar-tukar untuk setiap tahun. cantik. menarik.


baju raya satu bakul

ini perkara waiib. semua wajib ada tak kira lelaki mahupun wanita. walaupun kita tgk lelaki ni TAK KALUT sgt pasal baju raya nak baru atau apa saja persiapan raya yg baru, mesti mak atau isteri depa yg tolong kalutkan untuk depa. tak payah risau langsung. untuk suami dan anak lelaki, sepasang baju melayu dah memadai. mak dan anak-anak perempuan mesti mau lebih. bila kumpul semua baju depa boleh dapat satu bakul ok! punya ghairah nak beraya. umah kak timah nak pakai baju kebaya kaler oren, umak tok pah nak pakai baju kurung moden kaler pink, umak tok wan nak pakai jubah labuci kt pinggang kaler purple etc. raya kan seminggu, dlm seminggu setiap hari mau baju raya baru. bertukar-tukar. hadoiii!


kuih raya
kuih raya ni dah macam tradisi. mesti kena ada setiap kali raya. kalau takda bukan raya namanya. at least kalau malas nk kotor oven kau boleh beli dekat bazar Jam Besar tu. macam-macam pilihan kau ada. tinggal pilih dan bayar je. kuih tu sedap atau tak sedap tak berapa nak jamin. kalau bernasib baik, kuih tu mungkin sedap. ikut tuah badan kau la eh. kalau rajin sikit boleh la kau uli dua tiga besen tepung buat kuih sepuluh balang. kuih wajib dan famous amos mestilah almond london, shortbread, semprit, tart dan seangkatan dengannya. make sure pagi raya balang kuih tersusun baek punya atas meja nah.


semua yg diatas adalah perkara wajib yg sering kita buat dan ada sebelum sambut Syawal. semua orang akan buat benda tu. so nampak macam wajib la kan? tak buat rasa macam ada yg tak kena pulak. tak gitu?


Selamat Berpuasa
Selamat Hari Raya Aidilfitri (in advance)

No comments:

Post a Comment