hye.
hampir seminggu di bumi Shah Alam. diam tak diam saya merindukan sesemua orang di Kastam. hoiii, takda keja lain ke nak buat? jikalau rindukan seseorang bermakna mereka itu sentiasa melekat di ingatan. buat masa ni memori bersama mereka sangat melekat kuat di kotak ingatan. oh ! memori. diharap mereka juga senantiasa teringatkan haku! HAHA (harapan !) ehh, apalah agaknya abah (Cif Roslan) buat pagi Khamis ni? aksesori dalam dewan ceria tu dah terkemas masuk stor ke belum? adoiii, teringat teringat.
![]() |
bersama seorang Pegawai Kastam |
kak Nurul adalah seorang yang ohsemm! mama Dhani yang super comel kiut miut! beliau sangat pemurah dengan senyuman dan selalu je nak buat muka ehh! ehh! mintak pelempang satu.
ini adalah pintu utama stesen Kastam Sungai Petani. hari hari lalu masuk dan punch card di sebelah kiri dalam gambar. sharp 7:50 pagi akan terpunch kad ketip saya. ketip dan punch adalah sama. sekian.
ini adalah bilik Tuan Asri Abd Rahman. saya tumpang sahaja. tumpang tuah mana tahu tahun hadapan saya bakal berada di kerusi yang sama. siapa tahu? InsyaAllah jika izin Allah bersama saya selalu.
kawan. seorang kawan yg cool. selalu sahaja menaiki kancil beliau utk lunch di merata rata tempat. terima kasih kawan praktikal!
Kastam Next Top Model. suka pic ni walaupun si baju biru tak berapa nak suka dengan post beliau tapi beliau tetap nampak cool. kawan, awak sentiasa cool dimata saya. HEHE. heyy...si baju coklat sedang memperagakan kasutnya. perasan tak? perasan tak? yang tengah tu apehal? nyampah tauuu! :)
itu dia abah KAMI! hai abah, kami rindu abah. hurrmmm. :( ini dalam dewan ceria tengah punggah aksesori untuk pegawai kastam sungai petani. seminggu buat kerja ni. last day praktikal baru nak sudah. sudahnya kami tak sempat nak kemas dewan tu balik. maaf.
kanak kanak ribena bersukan. suka kemain kami tu. mainnya tak seberapa. gelaknya lebih. tengah warm up ke warm down tu? entah.
model aksesori pegawai kastam. ingat nak seludup je handbag kastam tu. abah cakap BONIA. kahkah. Bonia ke Bosnia?
ok rindu depa! lagi banyak letak pictures lagi rindu pada kalian.
bye.
No comments:
Post a Comment