hye.
semenjak cuti EMPAT hari, sekolah TIGA hari ni rasa macam makin lama makin penat dan bukannya makin lama makin relax. untuk siapa siapa yg beranggapan bahawasanya budak BAS (Bachelor in Administrative Science) adalah relax dan lenggang kangkung kelas tak cukup seminggu adalah SALAH pandangan mata kasar anda itu sebenarnya. phewww. kenyataan. kami adalah busy. kami adalah tidak cukup masa. kami adalah kami. anak bangsa yg berjuang di menara gading demi segulung ijazah. kita mungkin serupa. atau kita mungkin punya niat yg sama.
okay, mungkin akan berulang satu, dua, tiga atau seratus kali mungkin perkataan ini "kelas tiga hari SAHAJA". jadi, janganlah tidak keruan. ini adalah penangan masih tidak percaya cuti EMPAT hari tapi masih sibuk. berjaya atasi perangai ponteng kelas kalau bukan elektif Global Affairs. harus ambil cuti sendiri akibat pening dengan course outline yg masih kucar kacir. tak faham sebenarnya. tak suka komunis. tak suka sejarah dalam negara apatah lagi luar negara. semua tu mengkusutkan fikiran.
sekali lagi, cuti EMPAT hari dimanfaatkan sehari di bilik, sehari di PTAR, dua hari lagi di rumah ibu saudara. tersusun sempurna jadual tu, bukan?sehari di bilik adalah masa untuk diri sendiri. masa ni lah nak cuci pakaian, nak susun pakaian dalam alamari. sentiasa merombak susun atur pakaian dalam almari. sudah menjadi tabiat. masa ni jugak nak sapu sampah sarap dalam bilik dan buang sampah sampah yg terkumpul selama seminggu. semuanya diselesaikan dalam masa satu hari. mungkin kalau ada masa lebih akan bukak lappy dan tengok gambar keluarga. tengok movies. tengok blogshop dan blogwalking sana sini. itu baru sehari. kemain lagi tadi cakap takda masa sekarang boleh pulak kau tengok movies. eh, movies pun tersenarai dalam senarai perlu buat aku, tahu? HEHE
sehari lagi masa cuti akan di habiskan di PTAR (Perpustakaan Tuanku Abdul Rahman). bukanlah menghabiskan sehari suntuk di sana. cumanya cari buku buat rujukan dan berdiskusi bersama partner. dekat PTAR, rasanya lebih fokus. lebih energetic. lebih semangat untuk belajar dan belajar. sentiasa dikelilingi aura positif. Alhamdulillah. no wonder lah ramai teman seperjuangan gemar ke sana (PTAR). untuk sesiapa yang rasa malas nak siapkan assignment dan sentiasa postpone je bolehlah rajinkan diri kesana. di sana aura positifnya melimpah ruah. sila percaya. untuk orang macam aku yg jarang menapak ke sana adalah seperti jakun dan sentiasa tersenyum tengok orang dalam PTAR tekun mentelaah. (sila tengok diri sendiri cepat). oleh sebab PTAR adalah jauh beribu batu maka sentiasa terbatallah niat aku untuk ke sana. niat dah ada tapi bila fikirkan malas memang tak menjadi. pertama sekali harus kikis malas dalam diri. bukan malas sebab apa-apa. hanya malas nak seterika baju dan kenakan tudung dan menapak ke sana. memakan masa. baik study dalam bilik. baik buat assignment atas katil (maksud aku buat kerja atas katil bukan tidur okay). nahhh...inilah penangan MALAS. semua pun tak boleh.
![]() |
purapura baca. jakun buku banyak. |
![]() |
tekun kononnya esok nak present |
![]() |
ain Amanda |
![]() |
partners in crime |
selebihnya dua hari cuti itu di habiskan di rumah ibu saudara kandungku. ececeh. disana ada teman baru. baru pulang dari Kelantan. masih menjalinkan hubungan dengan teman lama, si ADIK. masih juga tolong ibu saudaraku kelim karipap 99 bijik! seronok! every weekend di rumah beliau. rasa macam dekat rumah sendiri. boleh kurangkan rasa rindu pada keluarga di SungaiPetani. wuwuwu :'(
harus beransur. teman seperjuangan sudah halu halu (called) untuk final touch assignment yg bakal di persembahkan besok.
#kbai
No comments:
Post a Comment