Tuesday, May 1, 2012

#19 konvoi jelajah Perlis Indera Kayangan

salam perantauan.

salam Mei! 

April sudah pun berakhir dan berlalu pergi meninggalkan kita di sini. tp jangan risau dahulu, April tetap akan kembali semula pada tahun hadapan. gonna miss you darling April! sebelum April berakhir, aku sempat rakamkan kenangan (ecehh). kenangan terindah bak kata kumpulan Samsons. untuk setiap bulan rakamkan kenangan yg mampu buat korang rasa hidup korang takdalah seboring mana dan sentiasa merasakan diri korang mampu untuk gembira (setiap bulan). this is highly recommended kerana dirimu begitu berharga!




tanggal 28April2012, aku dapat rasa pengalaman baru walaupun pada mulanya untuk dapatkan kebenaran Waris adalah amat sukar dan sangat getir. selesai bab kebenaran waris (setelah bergaduh tumbuk dengan abah) dengan bersyarat, bawa bersama Najihah Safie. okay fine, ikut jugak lah budak tu. Mr.H janji nak ambil kami awal kemain takut terlewat katanya (takut kena tinggal :p ) dan esoknya memang awal betul dia datang, around 7.50 pagi. selesai solat, seterika baju mana yg patut, bersiap sedia dan gagal breakfast. semua salah Mr.H! (semuanya nak salahkan orang! ) itu pun sempat jugak grab sekeping roti, air teh awal lagi dah teguk (tercekik ). lokasi berkumpul, Caltex Taman Ria. tepat jam 8.10 pagi kami dah terpacak dekat sana. tengok kiri kanan takda kereta berkenaan, masa tu Mr.H dah cuak, takut dia paling lambat. mustahil. mustahil. yg pergi ni semuanya Melayu, tahu tak janji Melayu macam mana?? ahaa..tepuk dada, tanya selera masing-masing. mari breakfast Kayu Nasi Kandar dulu.




kali pertama join aktiviti macam ni rasa FUN. rasa kehendak untuk memiliki kereta sendiri membuak-buak. maksud aku, ada kereta sebijik, join kumpulan-kumpulan halal dan setiap hujung minggu anda bakal mengukir kenangan. dengan aktiviti macam ni dapat, pertama; mengeratkan silaturrahim, kedua; mingle around (as for me dapat kawan baru), ketiga; pengalaman yg sukar dipadam dan seterusnya. seperti tajuk entry yg tertera di atas, Yes! aku join ni; Gabungan Kelab Kereta K-Car Northern Region, konvoi dan jelajah Perlis seharian bersama Mr.H dan Najihah Safie (satu kereta). juga, kredit kepada Kancil Kelisa Kelab (2KC), Community of Northern K-Car (CONK), Kedah Viva Crews (KVC), Kedah Kancil Club (KKC), Daimitsu Team, Keicarmania Perlis & Kelisa 7 Community. they rock my day! 




walaupun aku tak berkereta (miskinnya), aku support semangat mereka. bagi mereka, aktiviti ini suatu kejayaan yang patut dibanggakan. Tahniah kesemua 45 biji kereta yg telah menjayakan aktiviti ini!  :)

KCU 5014
Marshall Car
I heart you!
hentian Gurun (hentian pertama). aku tak hingat berapa stesen kami berhenti tapi yang pasti, kerap sangat berhenti dan berbincang! yang sesat pun ada. hairan dan pelik, kau ikut kerata mana?? 

Mini; Viva Forever :)

Kekasih Hati berbaju Merah
Mr.H
hentian Tasik Timah Tasoh, Perlis. setelah puas membeli belah di Padang Besar. walaupun padang itu besar, aku tak beli apa-apa untuk dijadikan buah tangan. takda benda yg berjaya tarik perhatian aku kala itu, yg ada pun asam kering buat makan dalam kereta. Mr.H jangan taktau, beli beras wangi blablabla, pesanan ibu tersayang. HEHE

Forever me and Najihah Safie

Perlis Indera Kayangan

Kawan baru. super sporting yaww


Welcome







KVC

Cop sijil kelahiran

Sisters ^^

Tahniah Marshall H! 

1 comment:

  1. mcm kenai ja tuan blog ni....anyway T.Q coz sudi muatkan citer konvoi ni di sini....

    ReplyDelete