Tuesday, September 11, 2012

36. unemployed

salam daripada penganggur

hampir dua bulan menganggur. tsk! minus 14 hari jadi part time worker dekat kilang Kak Long. memories. experiences. thank you so much buat mereka yg terlibat dalam rancangan '14hari bersama SurayaSafie' *bajet retis* kali ni Ramadhan tak disia-siakan sbb poket memang kembung time tu. syukur Alhamdulillah. tak bermakna Ramadhan yg lepas disia-siakan takda pengisian yer dak? if im not mistaken last Ramadhan aku masih bergelar student. oh. rindu mahu berstatus pelajar. sobbs T__T 


sekarang dah bertukar status, from student to jobless. sebagai pemegang status jobless (teruknya rasa diri digelar jobless) masa siang lebih panjang daripada masa malam. in fact, masa berjaga (celik) lebih panjang daripada masa tidur (pejam). malam hari aku turn out jadi burung hantu jaga rumah abah. siang hari jadi baby sitter ganti emak. masih dikira jobless sbb definisi jobless bagi aku ialah seseorang yg tidak mempunyai pekerjaan plus tidak bergaji semestinya. I ain't receiving any payment from emak since aku apply konsep 'bantu' semata-mata. maka, tiada gaji (duit) buat aku. sobsobss lagi T__T


jobless vs job hunter


seperti yg tertulis seperti diatas. ya aku seorang penganggur yg sedang menganggur buat masa ni. aku bahagia hidup macam ni. sedikit masa lagi bila diri ini sudah bersedia akan aku pegang status job hunter secara serius pulak eh. for the moment aku nak jadi penganggur yg berjaya ringankan beban emak dia sekejap. bagi la aku berkhidmat buat emak aku dulu sebelum aku betul-betul berkhidmat pada bakal majikan aku kelak. aku bukanlah peringan beban emak sgt tp boleh la kalau nak jadi peneman dikala keseorangan dirumah cum driver cum tukang cuci pinggan cum kids sitter. acceptable la tu, kan? at least, emak ada aku dan aku ada emak. kami bahagia hidup bersama tatkala yg lain keluar bekerja dan bersekolah. 


emak okay je kalau aku ni jobless setahun sekali pun tp abah agak urrmm...urmm...tak boleh tgk kalau aku dok buat kerja lagha mengadap lappy 24/7 tak gerak-gerak. kalau nampak aku  ngadap lappy je dia akan guna ayat biasa cakap dia yg forever annoying "cari kerja sama", "cari kerja la" etc yg seangkatan dan sama maksud dengannya. sekali sekala aku tulikan telinga. tak bermaksud aku totally ignored apa yg abah cakap setiap hari tu. selama aku duduk mengadap lappy tu, ada masanya aku isi form kerja, edit/improve resume dan berbuat kerja yg berkaitan dengan misi mencari kerja aku. InsyaAllah kalau ada rezeki aku takkan kemana kerja tu. aku percaya, Allah akan kurniakan rezeki ke kita sama banyak dengan efforts yg kita taburkan. buat masa ni aku tak boleh nak kelam kabut tak tentu hala kalau pun masih tak dipanggil interview bagai even if kawan-kawan yg lain dah pun membina kerjaya sbb mungkin belum rezeki lagi. Redha~~ :) perkara terbaik, tunggu lagi. tsk!


I am jobless but not hopeless, okay. for the time being aku enjoy jadi penganggur. statement tokleh tarik balik tau. bukan cover line sbb takda kerja tapi mmg heavennya stay at home like no one care kau nak buat apa pun dekat rumah kau tu. kalau ada orang tanya, "Suraya buat apa sekarang ni?" my answer is " I just finished studying". that's it! tak kan pulak nak cakap "Oh, saya sedang menganggur. Terima kasih." never! jawapan mestilah confident sikit. yer dak? HAHA orang sekeliling kena faham bahawa job hunting ni bukannya mudah. perkara wajib kena buat selesai job hunting ialah tawakal. tawakal bermaksud berserah sepenuhnya kepada Allah SWT atas natijah/hasilnya kelak setelah berusaha dan berdoa. InsyaAllah rezeki Allah itu luas. 


Rasulullah SAW bersabda, "Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang ". (At Tarrmizi, Ahmad, Ibnu Majah)


dan...


Allah SWT juga berfirman:
"...barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) Nya, sesungguhnya Allah akan melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".(At Thalaq, 65: 2-3 - Ayat Seribu Dinar) 


mutiara kata:

Allah telah menetapkan rezeki buat setiap makhluknya dan/tapi yg membezakan rezeki mereka adalah dengan cara usaha dan tawakalnya mereka kepada yang Maha Memberi

Maaf. lawak kasar sikit :)


p/s; looking for a job
peace.no.war :)

No comments:

Post a Comment