Sunday, September 16, 2012

38. tak reti teng-teng

salam daripada the nanny

currently aku berstatus nanny. masih demam nanny. silih berganti dengan emak. tapi, emak tetap ketua nanny. ketua yg terbaik seantero taman perumahan. hikss. kanak-kanak ribena dah tiga hari menetap dirumah since emak-abah diorang ke Sabah, bukan honeymoon. buat masa ni kondisi rumah masih positif. baik baik belaka. takda cacat cela. takda punggah-punggah barang. semuanya teratur since dah ada dua orang nanny tambahan (berguna bila masa kecederaan). dua orang kanak-kanak, empat orang nanny. superb! 


kanak-kanak tak suka terperap dalam rumah 24/7. sama seperti orang dewasa, mereka mahu bebas. bebas nak lari sana sini, bebas nak buat apa sahaja. tp keselamatan tu lebih penting. aku tak reti nak bawak diorang keluar main dekat luar sesaja tanpa pengawasan emak/abah. aku yg muda/dewasa ini pun masih bisa diculik. KAHKAH apatah lagi diorang yg kanak-kanak. weyhh orang Indon/Vietnam dah conquer kawasan taman aku ni kot. perlu lebih berhati-hati. so, kanak-kanak hanya akan boleh keluar bila ada emak atau abah sebagai pemerhati. at least dari jauh pun tak apa. 


tadi abah ajar diorang main TENG-TENG. excited nak main sbb tak pernah main sebelum nih. aku tak sabarnya nak ajar kanak-kanak ni main. tak sabar menaham marah weyhhhh! sbb diorang tak faham! yang aku ni tahu marah je. kalau pegang profession pengasuh ni kena ada tahap kesabaran yg tinggi. bukan mudah nak deal dengan kanak-kanak zaman moden sekarang ni. HAHA kanak-kanak ni memang semuanya tak tahu, tak tahu main, tak tahu itu, tak tahu ini, sbb diorang tak pernah cuba sekali. tak teror sbb tak practice selalu. kids sekarang mana tahu permainan tradisional. emak ayah yg moden tak ajar. maka, selamaya tak tahu. diorang lebih pro permainan moden. diorang dikelilingi ipad, ipod, ps, xbox bagai. aku dulu membesar dengan permainan tradisional. galah panjang, teng-teng, congkak, batu seremban(sambut) etc semua aku pro! anak kampung weyh mn tak teror. ecehh.


Hasha & Wafda yang masih kekok...

yang serabut itu sentiasa mereka :)

abah drew line untuk diorang main, tp sorang pun tak reti nak main ikut line. main pakai hentam keromo je. masing-masing kan bijak. HEHE




sekian sahaja permainan tengteng daripada Hasha & Wafda.
next time nak ajar main batu seremban(sambut) pulak (kot)


p/s: Salam 1Malaysia! Saya anak Malaysia! 



peace.no.war :)

No comments:

Post a Comment