Sunday, September 30, 2012

43. konvokesyen uitm ke 77

tak sabar!

Alhamdulillah.

hampir 2 tahun membanting tulang, memerah keringat dan otak akhirnya sampai jugak masa nak merasa naik pentas buat kali ke DUA. InsyaAllah dan Alhamdulillah. result takda la hebat dan gempak mana tapi semangat tu perlu la ada, kan? bertambah semangat bila konvo kali ni  buat dekat Dewan Agong Tuanku Canselor. masa diploma dulu dekat DSB (Dewan Sri Budiman). sempit! kesian parents yg tak dapat masuk. beratur kemain panjang, end up duduk dewan asing. kesian oh macam tu. hope this time muat semuanya! 


tak sabar! 

nak jumpa kawan-kawan semula. kawan-kawan diploma/degree (Merbok) dan kawan-kawan degree BAS10-12 & BCA10-12. nak tgk, nak kaji siapa dah berisi, siapa dah kecut, siapa dah kerja dan siapa yg masih tanam anggur macam aku KAHKAH

nice je kan bila jadi sesi second last nih. bunga tepi jalan pun dah berkurang.

sesi pagi pulak. dulu petang, siap nak hujan lagi haa. tak sempat nak photo shoot dengan kawan-kawan. 


5Disember2012
counting.........

selamat berkonvo warga UiTM! 


peace.no.war :) 

No comments:

Post a Comment