Friday, October 5, 2012

45. Hari Binatang Sedunia / World Animal Day

let's celebrate your love for animals

hari binatang sedunia jatuh pada 4 oktober setiap tahun. tahu ni pun dari Hot FM dan daripada pak ngah yg datang rumah pagi tadi. sebelum ni tak pernah ambil tahu pun tarikh-tarikh keramat macam ni sbb tak peduli pun pasal haiwan disekeliling. sibuk jaga diri sendiri maka aku tak mahu bela haiwan buat beban tambahan. takda masa nak jaga/tengok sebenarnya (busy kalah businesswoman). so far, pernah bela arnab, kucing dan yg terkini dan terbaru, kuya-kuya *rasa nak pang je dgn pelat gedik kau nih (kura-kura). kenapa bela kuya-kuya?  jawapannya, sebab MUDAH diberi makan. kalau kau skip lunch dia pun dia tak bunyi 'lapar...lapar' atau tak akan seret/bergayut di kaki kau. senang, kan?  jawapannya, YA! senangnya bela kuya-kuya! 


kuya-kuya ni tak susah pun nak bela dia (mereka). kau belikan dia rumah ala kadar, muat-muat badan dia nak membesar pun dah cukup. Alhamdulillah kata dia (kuya-kuya)kalau dia membesar/berkembang sihat kau belikan la dia banglo eh biar bersesuaian dengan saiz dia. jangan kang terbantut pulak tumbesaran kuya-kuya tu. budget tak banyak pun. agak tak mampu nak beli, kau ambil bekas/besen tak guna apak kau, kau bela la berapa ekor kuya-kuya yg kau nak dan mampu. 


ada orang cakap, "semak ah bela kuya-kuya, dah la hodoh. entah apa-apa pulak''. engkau nih kesah sgt eh kalau aku nak bela kuya-kuya pun. kalau kau jenis suka haiwann berbulu gebu serata (penuh) badan, silakan. ikut taste dan kemampuan kau nak bela. kemampuan maksud aku bukan dari segi kewangan tp dari segi masa kau nak membelek dia, nak feed dia, nak spent time dengan dia atau sebagainya. manusia yg busy dan pentingkan kerja atau pergi kerja pagi, petang balik terbongkang, kau tak sesuai la kot nak bela haiwan yg perlukan perhatian ni. contohnya macam kucing parsi ke, sugar glider ke etc


lain pulak dengan kuya-kuya aku ni. tak perlukan perhatian sangat. kan dah cakap trademark tadi, senang bela, senang jaga. aku beli dengan pasangan tapi dia tetap nak jadi FOREVER ALONE. mana boleh tolak fitrah berpasangan yer dak? aku kasi dia anak/kawan (beli sepasang) tp dia gigit! kesian! dasar tak boleh jadi good parent langsung! akhirnya mati anak-anak beliau tersebut. sobbbsss T.T yg penting kat sini, kuya-kuya senang bela. takda plak kuya-kuya aku ni berjalan serata ceruk rumah dok buat onar (sepahkan). tak mampu agaknya dia nak jalan dengan kelajuaan tak sampai 12inch/min, dah la pemalu, penakut pun YA. mn mampu nak jalan jejauh, buat letih je. yg dia tahu dan cekap, sorok je. dasar PEMALU.


kalau aku rajin (kalau), every weekend aku lepaskan dia berlari kat belakang rumah. suruh dia tengok alam. kesian pulak 24/7 duduk dalam bekas biru dia tu. bagi tengok alam la pulak. aku tak payah susah-susah nak ikat leher bawak dia jalan-jalan keliling taman pun, lepaskan kat belakang rumah ni pun dah cukup. dia sendiri yg tak cukup kaki nak ngukur tanah. nampak tak kesenangan membela kuya-kuya? apa? tak challenging langsung? ada aku kesah ke kau? takda isu challenging atau tak selagi tak membebankan aku.  walaupun tak comel, kadang-kadang kalau tengok dia boleh release tension/stress. 

kononnya macam tension sangat duduk rumah bela badan. stress!


walaupun tak handsome tapi beliau bersih dan jinak! kewkew
(5 bulan terdahulu)

nama diberi, 'no name'. Mr.H pelik dengar nama tu. aku tak explain panjang, memilih untuk diam atau kelak aku akan digelakkan dia lagi. KAHKAH habis takda idea aku letak jugak nama tu sebab nak daftar surat beranak (mengarut teruk) cecepat


selain bela kuya-kuya hidup, aku jugak bela kuya-kuya mati. nak tahu? yang itu lagi senang nak dibela dan dijaga. sepanjang hari duduk di katil. statik! good character. NICE! 
sekali angkut tiga! cakap tadi senang nak bela, kan? 

sekian saja kisah kuya-kuya aku yang senang dibela.

kat sini aku senaraikan antara haiwan-haiwan favorite yg aku geli, takut dan tak mahu LIHAT (berhampiran aku) mahupun BELA (memang takda la orang nak bela):

  • ular
  • cicak
  • biawak
  • tikus
  • katak
ular paling geli dan takut, tikus dan segala jenis haiwan yg bertubuh/berbadan seperti cicak! eeww! geli sampai ke tengkuk noks!

apa pun, wish selamat hari binatang sedunia aku tetap untuk haiwan-haiwan favorite yg diatas juga, semoga kalian tidak menjadi nightmare buat aku. satu saja pesanan aku buat kalian, sila jauhkan diri kalian daripada aku atau aku akan sumpah kalian 7 keturunan susah nak berak!

tak lupa juga ucapan selamat hari binatang buat binatang-binatang dibelakang rumah aku, diatas langit yg sedang terbang bebas, diatas bumi yg sedang berlari pantas, didalam laut yg sedang berenang gembira, diatas pokok mahupun didalam pokok, selamat hari peringatan buat kalian. semoga comel-comel dan sihat-sihat belako


kbai.
peace.no.war :)

No comments:

Post a Comment