masih tidak bekerja. sad. ramai yang bertanya (busybody), kenapa tak kerja lagi? kalau aku boleh jawab, mind your own business. memang kena la sebijik kat muka orang tu. macam la selama aku duduk rumah ni aku guna duit dia. aku tak (akan) kisah kalau KAU tanya SEKALI DUA. ini tak, setiap kali kau jumpa aku kau tanya. apa takda soalan lain ke untuk aku? cuba la tanya, duduk rumah buat apa? (sejuk sikit hati nak jawab), bila nak kawen ke? KAHKAH ini tak, datang-datang nak serbu soalan yg paling aku tak gemar tu. kalau datang bawak good news takpa gak. bagi aku kerja kosong ke, okay gak. hurrmm. setiap hari hadap muka orang macam ni memang aku tembak kepala dia dengan pistol tadak peluru (kasi dia cuak sikit).
selama masih tak bekerja ni, aku ada rutin harian yang (agak) tak sihat bagi semua orang tapi sihat bagi aku. tak sihat sebab sehari-harian memang aku tidur lena makan cukup tanpa stress kerja (assignments, date line, peer pressure, homeworks etc) kadang tu terlebih cukup sampaikan rasa, "Ehh, dah la tu tidur, bangun makan la pulak. lepas tu tengok tv sampai rabun". okay? sounds like tak sihat dan negatif sahaja, kan? memang. hidup takda challenges ni memang korang rasa tak sihat je, kan? sekali lagi aku ingatkan, mind your own business. aku tak stress, kenapa korang pulak yg nak stress? especially orang yang ada dekat sekeliling aku ni. korang stress kerja, lagi stress tengok aku tidur lena makan cukup, kan? KAHKAH sick people mmg macam tu agaknya.
pedulikan orang yang macam tu, let's focus on my ROUTINE job (lah sangat)
my daily routine that I never miss out LANGSUNG! :
1. tidur lewat malam. online sampai lebam, baca beberapa favorite blogs, petua itu ini, tak pun layan online movies sambil rasa tekanan tunggu loading. STRESS!
2. bangun lewat keesokan harinya. selalunya around 9.00 am (takda la lewat pun, kan?). emak yang akan ketuk pintu bilik dan kejutkan. kalau abah ada (weekends), memang dia la yg akan kejutkan kami tiga beradik. ketuk pintu bilik macam nak roboh tu memang dah trademark beliau. STRESS!
3. makan sampai kenyang. makan untuk hidup dan hidup untuk makan. nikmat! kedua-dua statements takda kesalahan. saling berhubung kait. logik sikit! masakan dari air tangan ibu adalah yg terbaik seantero dunia. walaupun emak kau gorengkan telur untuk kau, kau rasa air tangan dia hebat sangat! (padahal malas nak goreng sendiri, kan? baik mengaku)
4. jagakan mom's little princess (lah sangat). yes, I am the sitter! yang paling garang, paling baik, paling cool, paling comel dan paling menyampahkan. kalau those kids rasa aku ni menyampahkan, sila take note yg depa tu lagi menyampahkan daripada aku. setiap hari mintak duit dari aku (nak beli ais krim) macam aku ni bank depa. agak sikit aku ni kerja pun tak. hari-hari buat aku STRESS! walaupun menyampah sekalipun. aku TETAP sayang depa! muuahh! xoxo
5. pemandu KBD 5688 a.k.a the driver. cukuplah dengan entry INI untuk buat korang tahu yg aku ni seorang driver upahan. si driver cuti seminggu sbb little princess cuti sempena PMR. harus lah aku rasa gembira. nak-nak pulak lesen dah expired! double gembira, ingatkan boleh rest sekejap, tak mahu renew lesen seminggu (extend cuti jadi driver) tiba-tiba ada seseorang yg tolong ingatkan 'renew lesen sebelum Jumaat, ya;. baiklah! (-__-)' STRESS kembali~~
6. menjahit. wahh. macam makcik-makcik dah ni. kain-kain perca kat rumah ni mmg jadi selimut la kalau aku rajin. KAHKAH selagi rajin dan semahunya, aku akan buat kerja KH ni. masa lapang aku tak pernah terbuang macam tu je kalau aku rajin belek kerja KH ni. takda la berseni sangat tapi boleh la nampak rupanya kalau di tanya, "ini apa?" jawab "burung", "ini apa?" jawab "penguin" KAHKAH tapi kerja rumit macam ni kena sabar. banyak bersabar baru berhasil. kalau nak orang jawab dengan betul soalan "ini apa" kita tadi, sabar lah masa menjahit dan memotong kain. kalau orang tak boleh jawab (teka salah sbb buruk sangat seninya) memang STRESS! kain tolak tepi, baik tengok tv. Loser
ada few more routines lagi tapi baik aku tak payah senaraikan sbb tak boleh la nak reveal semua nanti korang cakap, "Wahhh, memang betul-betul tak sihat lah rutin perempuan ni" KAHKAH selebihnya aku simpan, okay?
so, boleh korang kira berapa banyak perkataan stress dah terkeluar dalam entry aku tadi? siapa cakap rutin harian aku tak stress tadi? cakap semula kasi aku dengar.
sehingga rajin menulis lagi (nanti)
kbai.
peace.no.war :)
No comments:
Post a Comment