Tuesday, October 30, 2012

49. apam polkadot (second attempt)

Assalamualaikum. 

sepanjang keberadaan dirumah, satu keja apa pun tak buat. itu kata emak yg selalu nak protes semua tindak tanduk aku. aku bosan, aku baring, tgk tv, online etc itu pun dikatakan tak berbuat apa-apa. baiklah, emak sentiasa betul (kasi chance emak menang sekali sekala)

di pendekkan cerita, ini second attempt kami adik beradik (perempuan sahaja) buat apam polkadot. first attempt tak berapa berhasil sebab kekurangan barang. masa tu, kami gunakan barang-barang yg sedia ada kat rumah je. bedal apa yg ada depan mata. untuk kali kedua, kami tekad cari semua barang-barang untuk hasilkan apam polkadot yang gebu dan menarik (kononnya). hasilnya lumayan.....

saja nak share resipi yg mudah ni dengan hampa semua. dijamin MUDAH !  tak leceh punya.


bahan-bahan yg diperlukan:

150 ml susu segar 
275 tepung gandum (diayak)
250 gula halus (diayak)
1 sudu teh ovalette
3 sudu teh baking powder (diayak)
1 sudu teh essen vanila
3 biji telur
jem (blueberry, strawberry, nanas etc)
pewarna (pilihan sendiri)

cara:

  • pukul telur dengan gula, baking powder, essen vanila, ovalette hingga sebati
  • masukkan tepung dan susu secara selang seli (pukul hingga sebati)
  • bahagikan adunan (campurkan pewarna untuk dapatkan warna yg berbeza)
  • masukkan sedikit adunan kedalam paper cup, picitkan jem kemudian penuhkan semula paper cup dengan adunan
  • hiaskan bahagian atas apam dengan corak (ikut kreativiti i.e dot dot)
  • kukus selama 10 hingga 15 minit (pastikan letak paper cup dalam acuan kuih lompang)
  • tunggu hasilnya....
selamat mencuba !


masa cubaan pertama hari tu, kami tak letak ovalette so tak berapa menjadi la. tak comel. tak gebu dan tak berapa menarik walaupun warnanya terang benderang. 

pewarna
beli tiga warna asas cukup (kuning, merah, biru). untuk dapatkan warna pilihan sila try test. campur-campurkan warna mengikut kesesuaian dan kesukaan.



adunan tadi isikan dalam palstik kecik dan potongkan hujung (muncung) plastik untuk kita picit masukkan dalam acuan. 


ini la hasil cubaan pertama. tak gebu, kan? warna terang sangat. nak makan pun takut. bukan apa, takut lekat kat lidah, susah tanggal KAHKAH


hasil kedua agak menjadi. boleh lah daripada hasil pertama. kanak-kanak baru belajar memang beriya  kemain kalau hasil tangannya berjaya. bukan senang nak jadi serajin dan secekal ini untuk tunggu depan periuk pengukus. Alhamdulillah. boleh bawak pegi kenduri raya kedua (qurban) dekat rumah Pak Ngah topup dengan yg Mak Cik tempah.

aku share resipi yang aku rasa mudah dan senang sahaja. yang susah nanti akak aku share kat blog dia pulak, okay?

selamat mencuba dan bergembira dengan hasilnya. 

kbai.

peace.no.war :)

No comments:

Post a Comment