Hi.
Went to Doc Ridzam's clinic.
Letih. Kebas. Penat. Bosan. Oh, tidak! ini bukan simptom-simptom sakit. Ini kesan akibat EMPAT jam menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Hanya untuk membuang (mencabut) sebatang gigi geraham. Alahai ! ~ ~
Bila nama dipanggil (giliran dah tiba), terasa mahu melompat bintang sepuluh kali. 1, 2, 3....
Tolak pintu. Masuk bilik sejuk. Nampak tiga buah (biji) kerusi berteknologi tinggi. Canggih. Jakun sebentar. Sebenarnya tak pernah datang cabut gigi. Tak pernah jumpa doktor gigi. Ya! TAK PERNAH. Jangan la terkejut. Last jumpa doktor gigi masa sekolah dulu. Punya penakut dengan doktor gigi. Tak tau la kalau doktor gigi tu ada kuasa super saiya untuk menukar gigi jadi besi/biskut ke apa yang takut sangat dengan mereka.
Bincang. Nervous je tengok muka doktor yang beriya tanya soalan. Iya lahhh! Dia doktor, aku ni pesakit. Memang aku la yang patut nervous dan bukannya dia! Kalau ikut tahap ke'nevous'an aku ni, doktor tanya nak buat apa? Nak je aku jawab SCALING. Tersasar daripada niat sebenar. Tengok alat-alat canggih atas tray, atas rak, pengsan!~~ Teruskan niat mencabut gigi yang sudah menjadi serpihan.
Kena inject ubat kebas dua tempat. Doktor layan pesakit lain sementara ubat kebas aku ni betul-betul buat mulut, lidah dan pipi aku kebas.
"Awak tunggu sat nah. Saya tengok Pak Cik ni dulu"
"Okayyy"
Doktor datang tanya, "Awak okay?"
"Tak. Saya nak pengsan!"
HAHA
Acah!
30 minit, muka kebas, mulut kebas, lidah kebas. Rasa cacat sekejap bila tak dapat nak telan air liur secara normal. Terkebil-kebil. Sigh~~ Agak mencabar doktor nak cabut gigi geraham aku yang kukuh ni. Sekejap kekiri, sekejap kekanan. Akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Ubat kebas macam tak berfungsi sebab aku rasa SAKIT jugak!
Lepas ni boleh pi scaling pulak. Macam syiok je duduk atas kerusi canggih tu. Ahaksss~~
No comments:
Post a Comment