Monday, March 4, 2013

Maksu kuat bebel

Hi. 

Assalamualaikum.

sejak bergelar guru 2 bulan lepas, aku dah dapat satu lagi gelaran baru yang aku kira unik dan tidak teragak-agak untuk gelak dulu lepas tu baru marah. marah manja. hikss. gelaran yg dimaksudkan - Maksu. 

"Hoi! kenapa Maksu? kenapa tak Gemma Arterton ke? Lizzy ke? Song Ji Hyo ke? kenapa tak panggil saya emak terus? kenapa??"

Entah macam mana Maksu boleh dapat, oh! tersasul sudeh, macam mana aku boleh dapat gelaran ni pun aku tak pasti. gara-gara anak didik kelas 1C aku dapat title mak menakan. sedangkan aku tak pernah kahwin dengan pak sedara dia atau pak menakan dia lagi pn. Heh! apa pun gelaran (selagi tak melampau) tak menggangu prestasi pengajaran aku, aku terima dengan redha. aku anggap tu sebagai senda gurau untuk hilangkan stress. bagi aku, depa nak melawak perlu pada tempat dan masa yg sesuai. kalau dalam kelas depa berdepan dengan singa lapar (aku) ni sila la berhati-hati ketika bercakap. murid selalu ejek aku dengan mimik-mimik muka dan tangan sekali. aku ni pulak kaki berletiaq (berleter) memang depa kena lahhhh...

"kamu kalau nak bercakap tolong bercakap benda yg berilmiah je. jgn bincang topik nak makan apa rehat nanti, balik satgi nak pi mana dulu baru nak balik ke, retis korea ke, big bang ke, runningman ke, masa saya dalam kelas. oh ya! dan hanya bercakap bila perlu sahaja. faham? " aku. 

depa angguk. konon paham. padahal esok aku kena ulang cakap benda yg sama. nampak sangat angguk tipu-tipu. aku ni pulak secara automatik dah jadi kaki berletiaq. hari-hari berletiaq, tanpa jemu dan juga tanpa gagal. sapa suruh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. tadah je la telinga tu dan dengaq je la Maksu ni berletiaq tiap-tiap hari. 

setiap hari depa suruh aku marah depa. ada je yg tak kena. ada je yg nak cabar aku. kadang tu rasa macam nk give up. nak lari keluaq kelas dan nangis bawah meja. terus tak macho, kan? HAHA bertahan dan teruskan situasi. belum sempat nak marah, depa cakap dulu...

"kamu cakap bila perlu je eh"

siap angkat jari telunjuk, muka serius. lepas tu terburai gelak. nakalnya anak muridku.  sampai hati gelakkan aku. redha !

siapa sekarang ni dia cikgu/guru atau pernah pegang title cikgu ganti, GSTT, bakal guru yg dah pernah praktikal sebelum ni aku bet hampa semua mengalami situasi yg sama. ada pun mungkin yg bernasib baik, tak pernah mengalami situasi macam aku anda dikira bertuah. bagi aku ni semua pengalaman dan pegajaran. ada pahit, ada manis. blend together, create happiness. 

selit-selit:

Hi! saya Maksu kuat berletiaq.

 1Histeria
1H
 senamrobik - setiap Isnin

WANTED!



Boling - setiap Jumaat

sekian dari saya Maksu kuat bebel.

(lepas ni nak up gambaq anak-anak buah Maksu plak eh. tunggu la hampa)

bye.

No comments:

Post a Comment