Monday, April 1, 2013

Little Princess

Hi. Assalamualaikum.

Too cute to resist

Amboi, alangkah bahagianya terasa kalau baby diatas adalah kepunyaan saya. Hakikatnya tak mungkin. Kahwin pun belum. Kepunyaan saya belum tahu bila tapi InsyaAllah ada la nanti kalau dah kahwin. HIHI super cute baby ni nama dia Nur Qaireen Aleesya. Anak kepada sepupu saya. Sebaya. Sama umur. Dah kahwin (of course). Dah jadi abah. Dah jangan mention apa-apa lagi. Itu rezeki dia :)

Tahniah Amir & Nabilah. 

Amir ni sepupu yang sebaya. Kami ada empat orang semuanya yang sebaya (dan sama tinggi KAHKAH) ; Amir, saya, Bukhori & Apit (mengikut turutan kelahiran). Cuma saya seorang sahaja perempuan. teheee :) Kami ni kawan sepermainan kalau balik kampung. Bila dah besar tak bertegur sapa. Mana taknya, jarang jumpa. Kekangan masa. Dewasa ni mana lagi reti nak main nyorok-nyorok atau polis-pencuri lagi dah. Kalau EXPLORACE kami hebat! HAHA~~~ Luckily, cuma Amir seorang sahaja yang dah berjaya tamatkan zaman bujang beliau tahun lepas. Jadi, lahirlah Qaireen sebagai penyeri hidup mereka. Tahniah (again).

Kenyataan:
  • Amir cucu pertama yang tamatkan zaman bujang sebelah Tommy.
  • Qaireen cucu dan cicit pertama sebelah Tommy.


Past two days, ada majlis cukur jambul dekat rumah Pak Chaq (abah Amir), walhal Qaireen takda jambul pun, rambut halusssss je. Geram tengok. Sebaik takda yg main tarik-tarik. 

Ini masa acara "belah/bukak mulut". Sunnah Nabi SAW. Ada air zam-zam, ada buah kurma. Pemanis mulut buat Little Qaireen. 

Masa untuk cukur jambul. Mak cik tu cukur rambut Qiareen kasi licin. Kata Mak cik tu, memang selalunya orang akan cukur bagi habis. MAksud Mak cik tu, botakkan terus. Sesetengah baby rambut dia akan cepat tumbuh semula, ada sesetengah ambik masa nak tumbuh lebat balik. Bergantung. Satu lagi petua/tips yang aku dengar dari emak, lidah baby yang selalu menunjuk ke lelangit bermaksud baby tu sihat. Masa tu emak bagi contoh lidah Qaireen (ke lelangit), bermakna Qaireen SIHAT! Yay!

Tengok la jari Qaireen tu...amboi panjang nauuuu. COMEL.

Tadaaa!
Qaireen setelah dilicinkan kepalanya.
Level of cuteness tetap maintain.
120%

Super "CIWI" Aunties
Kemain gembira ada new member in Tommy


Yang hero ni "Cu Bie"
Semua orang dok panggil "Bebi", anak buah 'terpaksa' la panggi Cu Bie jugak untuk
kekalkan keaslian dan kemanisan tu 
HAHA 


Ini baby lain, Alanna Kayla Imani.
Super gorgeous name.
Baby Alanna ni bambam.
Paha dia tu rasa macam nak gigit lepas tu kunyah-kunyah. (Wrong Turn).

So, adik-adik lepas ni kita akan ada baby Qaireen yg akan digomol dan dikendong dan di cium puas-puas. 

Till we meet again Little Qaireen.

bye.

No comments:

Post a Comment