Sunday, August 18, 2013

Duit Raya

Assalamualaikum. 
Hi.

raya ke-11 pergi mana? duduk rumah sahaja? sama la kita (gimme five).

hari raya ke-4 hari tu ada buat open house kecil-kecilan. panggil saudara mara & kenalan rapat sahaja. maaf kepada yg tak terpanggil. ada few students nak datang beraya (depa rancang masa kat sekolah lagi) tapi tunggu punya tunggu hareeeemmmmm. sekoq pun tak muncul. panas je hati ni. sebaik kawan-kawan lain tak menghampakan. yg panggil semua datang. yay!

nak dijadikan cerita, students (form1 kelas 1C) yang hari tu tak jadi datang sekali lagi cuba nasib tanya ke aku nak datang rumah. tetamu nak datang mana boleh tolak. jadi, datang la depa masa raya ke-8 kot kalau tak silap, Khamis. 

perbualan cikgu dan murid:

murid 1: kami datang beraya lewat ni takpa kot, kan cikgu? hari tu nak datang tapi...blablabla....(explain panjang lebar kenapa tak boleh datang hari tu)

cikgu: itsokay (insert smile face)

murid 2: rumah cikgu jadi rumah terakhir kami datang beraya sebab nak cukupkan duit raya jerrr (insert annoy face)

(kuajaq punya budak kecik. niat tu. niat tu. haishh.)

cikgu: oh yer ke? berapa dah duit raya terkumpul? macam la saya nak bagi duit raya ke kamu.

murid 2, 3, 4, 5, 6, 7 etc: masing-masing cakap amount duit raya masing-masing.

murid 1: saya dah kumpul RM140. saya nak cukupkan RM150 je.

cikgu: #$%*(**^^#@!%*(&@!& RM10? 

dasar kanak-kanak ribena. niat beraya tak pernah terpesong. datang beraya, makan, minum. yang pasti duit raya tak pernah lupa nak mintak!

belum terlambat nak cakap kat semua, 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


No comments:

Post a Comment