Saturday, August 1, 2015

Kakak Sulung OFF-Market

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kakak sulung kite dah nak off-market. Takda la feeling nak nangis-nangis ke apa sebab kite tahu lepas nikah nanti dia masih menghuni rumah ni bersama yang lain seperti sedia kala. Cuma, excited nak kenduri dan jumpa saudara-mara, rakan taulan tu ada la 50%. Another 50%, hilang lari kemana entah lah. Nanti kite cari.

Tempoh bertunang tak lama, 3 bulan. Bertunang, 1 Mei 2015, Nikah, 7 Ogos 2015 dan kenduri kendara, 8 Ogos 2015. Kalau kenduri ni biasalah, sibuknya makcik-makcik kite ni. Tak menang tangan nak buat kerja. Kite tolong sikit je la. Dah terbiasa dengan sikap PEMALAS ni memang macam ni la selamanya. Bukan apa, kite ada 9 orang makcik saudara nak bertungkus-lumus kat dapur tu dan seorang SUPER EMAK of course. Dapur mak kite tu dah la kecik cinonet je haa, mana muat nak tampung sembilan orang makcik dan seorang Suraya. Barang-barang bersepah sana sini lagi kena kira jugak. Terima kasih makcik-makcik saudara kite yang banyak membantu dalam menjayakan majlis kakak sulung kite ni. Muahciked!

Majlis berjalan lancar dan sempurna macam majlis orang kahwin yang lain. Cuma petang tu hujan lebat sikit. 





One Happy Father.


One Happy Mother, Niece and my Mak Tam back there. 


One BIG Family.

my fellow friends


Ada banyakkkkk lagi gambaq nak up. Sendiri tengok la dekat folder dalam laptop ni.

BTW, photographer kita ambil Arip. Harga yang berpatutan PLUS dia kawan kita since high school. Esok lusa kita kahwin pun kita bakal ambil servis dia jugak. InsyaAllah.

till then.


bye.

No comments:

Post a Comment