Friday, September 27, 2019

Terminate / Cancel Account Astro

Hi.
Assalamualaikum.
Dalam hidup aku seharian ni, beberapa minit/jam je yang aku sempat nak tengok tv. Kadang tv tu tergantung tanpa dibuka langsung (tv dalam bilik. Tapi tv kat depan tu 24jam tak tutup!). Aku nak habaq kata aku ni jarang tengok tv la sebenaqnya. Tengok handphone yang selalunya tu.

Oleh sebab semua orang dah gunakan teknologi dihujung jari tu maka penggunaan tv semakin merosot. Untuk bahagian bil astro, atas tanggungan aku. Sejak bila aku galas tanggungan ni aku pun lupa, tuptup aku dah kena bayaq bil astro. To cut it short, aku nak katup buang saluran astro yang tak beri manfaat pada kehidupan seharian aku ni. Jadi, aku perlukan persetujuan daripada semua ahli keluarga aku. Alhamdulillah depa setuju sebab depa pun bosan dok ulang tengok benda yang sama setiap hari.

So, proses katup buang saluran Astro pun bermula. I read a lot of bad review regarding this matter. A lot of people/customer complaint that the process is complicated. But there was one review showed crystal clear flow/process of termination. So, I try my luck. Ada beberapa step yang perlu kita go through sebelum proses termination ni. First, I called the customer service at +603 9543 3838. Aku beritahu yang aku nak terminate account. As they check the details, account Astro rumah family ni atas nama Pak Ngah (bapa saudara), jadi pihak Astro nak cakap sendiri dengan penama. Malangnya, penama untuk akaun Astro ni dah meninggal dunia. Dah terangkan semua dekat depa, depa suruh kita hantaq email pulak untuk terangkan sebab penutupan dan sertakan bersama sijil kematian ke wecare@astro.com.my .

Second step, aku submit email berkenaan penutupan akaun pagi – 12 sep 2019, 10:06am. Email replied at 10:09am on the same day. Third step, tunggu feedback dari Astro. Jam 18:49pm bahagian termination/technical call untuk buat pengesahan. Lepas semua disahkan, dia cakap yang bil baru keluar pada 12 Sep. Malang memang tak berbau, kan? I have to pay lagi satu bulan bil Astro ni. Silap timing la ni. Kalau aku submit awal, confirm dah potong ni. Jadi, mak boleh la menikmati langganan Astro lagi sebulan HEHE

Next month aku kena monitor balik proses ni. Nak tengok valid ke tidak report sebelum ni dekat Astro. Bukan apa, ada kes yang Astro tak katup/terminate pun akaun customer ni. Lepas buat siasatan, rupanya customer ni ada pi langgan pakej movie pulak dalam tempoh nak katup tu. Punggah! Laki dia kena bayaq la pulak harga pakej tu. Suppose Astro kena habaq la T&C semasa dalam tempoh penutupan tu. Ni tak, buat diam je, memang customer kena la.
Till next time.

Bye.

No comments:

Post a Comment