salam,
masih dalam mood raya?masih gembira pergi balik rumah terbuka?ohh no, saya tak lagi. tapi tu perasaan untuk 2 hari yg lalu dan sekarang ianya sudah bertukar. YESS "masih dalam mood open house". semuanya gara-gara mak teh ter-sporting yg kol tadi kalau tak memang mood raya sudah terkubur dalam. tak bisa dikorek lagi. Saturday night! can't wait. InsyaAllah kalau diizinkan. eceh. akan pergi kalau takda halangan.
''benda'' utama yg akan dinilai kalau pergi mana2 open house of course lah makanan. tak payah cakap pun takpa sebab benda tu dah mmg jadi perhatian. sedap tak sedap belakang kira la wey asalkan dijemput. besar hati dak orang jemput kita?? jawap, YA. sangat BESAR. sekian.
kalau di toleh kanan dan kiri bangunan kolej ni, merata cerok dan pelusuk tertampal kertas A4 pelbagai warna disetiap dinding. semuanya berkenaan rumah terbuka. if i'm not mistaken, baru-baru ni UiTM ada buat rumah tebuka dekat Pusat Sukan. katanya makanan sangat dan tersangat banyak. kebenarannya tak dapat nak dipastikan. sekadar propa atau tokok tambah manusia, siapa tahu. terbaca di twitter cousin pasal rumah terbuka ni dan komen beliau, "tak sempat nak santap dan sentap". HAHA. rumah terbuka untuk Non-Resident (NR) juga tak ketinggalan baru-baru ni jugak. semestinya haku tak akan pergilah sebab aku resident tetap Kolej Melati.
Raya sebulan, tak salah kalau ada yg teringin nak buat open house lagi. manfaatkan masa raya bersama-sama dgn menjemput semua yg terasa nak jemput lah, kan? sama-sama kita berkongsi raya, berkongsi rasa dan berkongsi MAKANAN. Selamat Hari Raya!
No comments:
Post a Comment