I am craving for kuih muih. but now saya tengah mengidam dan sangat kepingin akan goreng pisang atau pisang goreng. please choose which one do you think is correct. masa tengah lalu lalang depan stall makanan tepi jalan tu ada jugak jeling-jeling tengok kot-kot ada terjual secara tak sengaja kat tepi jalan mn lah tahu kan. dan bila saya cakap lama tak makan goreng pisang atau pisang goreng orang jadi pelik sebab bagi mereka benda tu tak patut pun masuk dalam wish list saya. nampak remeh ,kan? tapi boleh tak kalau awak atau awak penuhkan impian saya tu??
.
.
.
.
.
bila bercerita pasal kuih muih serta merta akan terlintas di kotak fikiran saya masa ni ialah MAK TEH. beliau sangat pakar dalam segala jenis kuih muih. saya sangat adore akan kelebihan dan kesungguhan beliau in making kuih muih. the latest kuih that she had made was KUIH LAPIS KELADI. marvelous! yummy-licious! sampaikan boleh buat aiskrim I tell you tp syg saya tak sempat nak test sikit.
last weekend saya telah menetap selama 4hari 3malam di rumah beliau. actually every weekend pun saya akan menetap disana maka saya simpulkan disini Mak Teh's house is like my house. suka hati aku je buat statement mengaku macam rumah sendiri pulak. HAHA. since saya anggap Mak Teh macam mak saya maka saya anggap kediaman beliau juga seperti kediaman saya sendiri. ok la tu. jangan lebih-lebih nah.
aktiviti weekend saya yg sgt padat. eceh, saya berkira-kira nak tolong Mak Teh buat kuih since beliau ada supply kuih dekat mak cik nasi lemak depan rumah tu. nahhh ni dia hasil kerja tangan anak dara zaman sekarang. saya rate diri sendiri dengan 4 bintang kecil which equal to 8 over 10 marks. saya tak kurang hebatnya dengan Mak Teh saya. ecehceh...lawan tauke nampak.
![]() |
ini adalah doh untuk kuih Blotok. mixture of ubi keledek with flour. |
![]() |
inti Blotok dan Karipap adalah sama. depends on you nak letak either ubi kentang or nyok (kelapa) |
![]() |
itu adalah tgn yg telah mengauli doh & make it like a ball or it can be in oval shape. terpulang. |
![]() |
Blotok yg telah siap di masukkan inti dan disejukbekukan. |
![]() |
Karipap my favorite. inti padat! |
actually, saya suka kerja tangan macam ni. saya consider kerja tersebut sebagai kerja tangan since proses mengelim tepi karipap memerlukan kemahiran yg tinggi. atau tidak karipap anda akan kelihatan selekeh dan terbukak kelimannya semasa proses menggoreng. bagi yg mahir, proses mengelim adalah semudah ABC. manakala amateur seperti saya, kebarangkalian melakukan kesilapan adalah tinggi dan itu cuma perkara biasa. saya apply konsep tak reti lama-lama jadi reti untuk motivate diri supaya jd lebih baik dan terbaik kelak.
bye.
No comments:
Post a Comment