Friday, September 30, 2011

life coupon

ikut hati mati, ikut rasa binasa.

menjadi seorang penghuni kolej yg sentiasa menggemari activiti coupon hunting dah semestinya dekat mn saja tempat yg mengeluarkan bau-bauan kupon HIDUP atau MATI menjadi kegemaran. even dikejauhan pn still dapat detect bau kupon tu. ini berkaitan tinggal di hostel ATAU tinggal dikaki lima. memandangkan semester hadapan adalah semester terakhir kami dekat sini so kena kerja kuat sikit la semester ni untuk kumpul kupon seRAMAI yg mngkin. haruslah melebihi 25keping kupon untuk berada di comfort zone atau merana dikemudian hari.


since Diploma, tak pernah lagi saya jejak kaki kat rumah sewa. I mean, tak pernah digelar penyewa. NEVER! ada skali tu tak dapat kolej masa semester 6 (diploma), I was cool at that time. dapat tak dapat saya redha. yer lah, rumah parents dekat je. tak jadi masalah untuk berulang-alik. sebenarnya masalah tu saya transfer pada daddy dimana beliau harus menanggung kos sara minyak kereta anaknya untuk berulang-alik SP--->MERBOK. tak jauh pun! about 15minutes. dekat kan? HAHA. 


berbalik kepada perihal kupon. kupon ibarat mentol. tanpa mentol, gelap la masa depan. HAHA. penting gila kupon ni sampaikan ada yg sanggup bertolak dan berpusu-pusu pergi kejar. bukan kejar seperti anjing mengejar kucing. maksud saya, Melati-ans sangat obsess dengan kupon. saya cuba ulang, ini berkaitan tinggal di hostel atau tinggal dikaki lima. memang pantang dengar kalau ada aktiviti yg provide kupon mesti nak kejar! bukan nak join aktiviti sgt pun. kupon tu lg penting sampaikan sanggup tunggu berjam-jam lama untuk sekeping kupon yg belum pasti "aku ni confirm dapat kolej ke dgn kupon ni?".


depends pada kekuatan masing-masing untuk mengawal diri masa proses pembahagian kupon. masa ni memang masing-masing tak boleh nak kenal siapa BFF, siapa lawan dan siapa kawan. tolak menolak memang dah jadi tabiat. this part, I hate most! macam kanak-kanak. berebut macam budak-budak Somalia berebut makanan. cuba bayangkan, umur dah 21-24 dok buat perangai berebut macam budak-budak. takda sivik langsung.

sebagai konklusi, sistem kupon ni perlu dikaji semula samada perlu diguna pakai lagi atau sebaliknya. atau kalau perlu di improve, better do so sbb diorang punya sistem pembahagian kupon macam kureng sikit. jgn kerana sekeping kupon habis bertukar perspective kami pada korang-korang yg handle aktiviti ni. menyampah jugak kadang tu. sabar je la.

No comments:

Post a Comment