Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

37. the nanny a.k.a pengasuh sambilan

salam.

post kali ni tak mahu usik atau bukak cerita pasal tak kerja-kerja-tak kerja atau sebaliknya (sensitif pulak rasa). walaupun tak kerja (ohmymalay! tercakap jgk) aku masih mempunyai tanggungjawab. besar atau kecil masih dikira tanggungjawab la, kan? tanggungjawab yg dimaksudkan ialah meletakkan mata tepat pada kedua (kadang tiga) orang little princess emak dan abah. dalam kata ringkas, jaga/mengasuh/asuh/didik kanak-kanak riang *kekeke (^___^) frank speak, kalau nak suruh jaga seharian masih sanggup. tp tolong jangan melebihi 2hari (penuh) kerana selebihnya akan berasa letih dan bosan.


I love kids. especially kids with attitudes. maksud, kalau aku cakap JANGAN! dia kena faham jangan bermaksud jangan! kalau kids yg 'reti bahasa' cakap sekali pun dia dah faham. satu situasi, let's say aku cakap 'jangan main punggah-punggah barang dalam rumah'. means dia kena faham aku tak suka rumah bersepah sana-sini. dan satu lagi perangai kids, kena bagitau banyak kali. more than ten, perhaps. tak boleh mengada tergedik-gedik when I said NO means forever NO! tak boleh ampu-ampu atau pujuk-pujuk. aku tak suka negotiate with kids sbb bila dah bagi betis diorang ni selalunya nak peha pulak. sigh. boleh cakap aku garang atau apa saja. lebih kurang macam tu la.


currently emak ada tiga little princess. dua orang (Hasha & Wafda) tu dah boleh kira orang lama la so angin diorang tak la kencang sangat. bila kita jeling je diorang dah faham. sorang (Nisa) yg baru ni tak faham body language aku lagi. aku jeling sekali, dia toleh tempat lain (sbb tak faham, kan?) HAHA kalau diorang behave memang aku suka! suka sangat! kalau tak behave, aku malas layan. baik masuk bilik, tidur.


hari tu ada join sekolah tadika diorang pergi lawatan. kononnya aku ni waris diorang (Hasha & Wafda) la. mama Nisa join so aku tak wariskan Nisa :) mulanya aku rasa aku masih boleh kawal keadaan since masih fresh (bangun awal mandi air perigi). half trip aku boleh cakap service dah bertukar tangan la sbb diorang plak yg control keadaan. aku letih (entah buat apa yg aku letih) aku biarkan dulu. aku makan. diorang makan. aku senyap. diorang bising. aku jeling. diorang lagi lagi bising. aku give up. kids memang macam tu, kan? nak nak pulak bila jumpa kawan-kawan. aku diketepikan. nvm. Nisa, aku tak tengok langsung. tak sempat. lagipun mama dia dah ada nak tengok-tengokkan dia.


lawatan kanak-kanak pergi melawat sekitar Alor Star. perginya tak ramai. lebih kurang 25 orang. mulanya aku B.O.S.A.N. sbb 25 orang nampak mcm lawatan ni sempoi gila. tak havoc. keadaan jadi sebaliknya pulak bila naik je bas diorang terus buat bising. terus bermakna 'serta merta' BISING! mungkin excited. mungkin first trip diorang dgn kawan-kawan. dalam hati aku bilang "wow, boleh tahan. 25orang kids boleh buat bising mcm 40 orang students sekolah rendah" bila dah sampai tempat yg dituju, rupanya ramai lagi haa yg ada kat situ. lawatan under Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. okay sekarang keadaan dah lintang pukang. oleh sbb excited melampau, diorang lari sana sini tak hingat dunia. dalam hati aku mengucap panjang. kalau aku cikgu masa tu, aku ugut diorang macam ni "siapa bising cikgu(aku) tinggal dia kat sini tak bawak balik" kalau kena ugut macam tu sekalipun, diorang ni jenis tak makan saman. memang tak reti takut. tak takut kena ugut. tsk! perempuan, lelaki sama je. sabar je la. kanak-kanak, kan? HIHI




the sceneries...tadaaaa....

fyi, korean artist yg buat semua mural dekat dinding dalam muzium ni. most of the pemandangan kt sini adalah kawasan yg berdekatan dengan Muzium Padi. contohnya lukisan Gunung Keriang.  


 



antara tempat yang dituju:
  • muzium padi
  • pusat sains negara (cawangan utara)
  • rumah Tun Mahathir
  • Istana lama negeri kedah
  • dan tak ingat lagi dah ke mana

serial number *20123008
peace.no.war :)

Tuesday, September 11, 2012

36. unemployed

salam daripada penganggur

hampir dua bulan menganggur. tsk! minus 14 hari jadi part time worker dekat kilang Kak Long. memories. experiences. thank you so much buat mereka yg terlibat dalam rancangan '14hari bersama SurayaSafie' *bajet retis* kali ni Ramadhan tak disia-siakan sbb poket memang kembung time tu. syukur Alhamdulillah. tak bermakna Ramadhan yg lepas disia-siakan takda pengisian yer dak? if im not mistaken last Ramadhan aku masih bergelar student. oh. rindu mahu berstatus pelajar. sobbs T__T 


sekarang dah bertukar status, from student to jobless. sebagai pemegang status jobless (teruknya rasa diri digelar jobless) masa siang lebih panjang daripada masa malam. in fact, masa berjaga (celik) lebih panjang daripada masa tidur (pejam). malam hari aku turn out jadi burung hantu jaga rumah abah. siang hari jadi baby sitter ganti emak. masih dikira jobless sbb definisi jobless bagi aku ialah seseorang yg tidak mempunyai pekerjaan plus tidak bergaji semestinya. I ain't receiving any payment from emak since aku apply konsep 'bantu' semata-mata. maka, tiada gaji (duit) buat aku. sobsobss lagi T__T


jobless vs job hunter


seperti yg tertulis seperti diatas. ya aku seorang penganggur yg sedang menganggur buat masa ni. aku bahagia hidup macam ni. sedikit masa lagi bila diri ini sudah bersedia akan aku pegang status job hunter secara serius pulak eh. for the moment aku nak jadi penganggur yg berjaya ringankan beban emak dia sekejap. bagi la aku berkhidmat buat emak aku dulu sebelum aku betul-betul berkhidmat pada bakal majikan aku kelak. aku bukanlah peringan beban emak sgt tp boleh la kalau nak jadi peneman dikala keseorangan dirumah cum driver cum tukang cuci pinggan cum kids sitter. acceptable la tu, kan? at least, emak ada aku dan aku ada emak. kami bahagia hidup bersama tatkala yg lain keluar bekerja dan bersekolah. 


emak okay je kalau aku ni jobless setahun sekali pun tp abah agak urrmm...urmm...tak boleh tgk kalau aku dok buat kerja lagha mengadap lappy 24/7 tak gerak-gerak. kalau nampak aku  ngadap lappy je dia akan guna ayat biasa cakap dia yg forever annoying "cari kerja sama", "cari kerja la" etc yg seangkatan dan sama maksud dengannya. sekali sekala aku tulikan telinga. tak bermaksud aku totally ignored apa yg abah cakap setiap hari tu. selama aku duduk mengadap lappy tu, ada masanya aku isi form kerja, edit/improve resume dan berbuat kerja yg berkaitan dengan misi mencari kerja aku. InsyaAllah kalau ada rezeki aku takkan kemana kerja tu. aku percaya, Allah akan kurniakan rezeki ke kita sama banyak dengan efforts yg kita taburkan. buat masa ni aku tak boleh nak kelam kabut tak tentu hala kalau pun masih tak dipanggil interview bagai even if kawan-kawan yg lain dah pun membina kerjaya sbb mungkin belum rezeki lagi. Redha~~ :) perkara terbaik, tunggu lagi. tsk!


I am jobless but not hopeless, okay. for the time being aku enjoy jadi penganggur. statement tokleh tarik balik tau. bukan cover line sbb takda kerja tapi mmg heavennya stay at home like no one care kau nak buat apa pun dekat rumah kau tu. kalau ada orang tanya, "Suraya buat apa sekarang ni?" my answer is " I just finished studying". that's it! tak kan pulak nak cakap "Oh, saya sedang menganggur. Terima kasih." never! jawapan mestilah confident sikit. yer dak? HAHA orang sekeliling kena faham bahawa job hunting ni bukannya mudah. perkara wajib kena buat selesai job hunting ialah tawakal. tawakal bermaksud berserah sepenuhnya kepada Allah SWT atas natijah/hasilnya kelak setelah berusaha dan berdoa. InsyaAllah rezeki Allah itu luas. 


Rasulullah SAW bersabda, "Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang ". (At Tarrmizi, Ahmad, Ibnu Majah)


dan...


Allah SWT juga berfirman:
"...barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) Nya, sesungguhnya Allah akan melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".(At Thalaq, 65: 2-3 - Ayat Seribu Dinar) 


mutiara kata:

Allah telah menetapkan rezeki buat setiap makhluknya dan/tapi yg membezakan rezeki mereka adalah dengan cara usaha dan tawakalnya mereka kepada yang Maha Memberi

Maaf. lawak kasar sikit :)


p/s; looking for a job
peace.no.war :)

Friday, June 1, 2012

#24 Amir's Wedding

salam perkahwinan utk Amir dan Nabilah

akhirnya mereka merasa jugak naik pelamin setelah sekian lama berkawan. Alhamdulillah. memang jodoh mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. jgn pernah ada yg mempertikai dgn keputusan Allah. kami sekeluarga gembira bagi pihak mereka. selain kami yg gembira ni ada jugak segelintir mereka, secara spesifiknya DUA orang ini berasa dukacita. HAHA. bendul mereka telah dilangkah buat pertama kalinya. tiada cagaran atau tebusan yg diberi. JUST KIDDING. bila ada yg betanya, "Amir, cepatnya kahwin..." selamba yaya Amir menjawab "dah kaklong & abg Iman lambat sgt''. yer, betul jawapan Amir tu, kalau nak di tunggu kak long dan abg Iman sampai kapan harus menunggu? congrats Amir! 


Amir, sepupu pertama yg menamatkan zaman bujang dgn jayanya pada LIMA hb MAY tahun DUARIBUDUABELAS. sepupu yang sebaya dengan aku, sebaya dengan Bukhori & Shafiq. antara kami, amir yg paling sulung, sudah pastilah dia yg pertama dan apa mungkin aku yg kedua? HAHA *no komen. terasa masih muda belia dan teringat zaman kanak-kanak dulu, main sama-sama. feveret game ialah 'main penculik-penculik' KAHKAH how time flies~~ kenangan tinggal kenangan. akanku sematkan dalam memori ini agar sentiasa kekal disitu sampai bila-bila. *kenangan terindah* eceh.


kenduri di rumah Mak Chaq & Pak Chaq was on 27th May. sebelum kenduri lagi memang dah busy. al-maklum lah kenduri yg pertama sekali, everything goes up and down but still under control pihak berwajib. everything was fine sehinggalah selesai kenduri. Alhamdulillah Allah mudahkan buat Mak Chaq & Pak Chaq. kenduri berjalan lancar dengan lauk yg superb dan cukup utk para jemputan. tapi yg syg & ruginya, aku tak sempat nak jamah LAKSA! makcik tu offer aku PENGAT LABU, tp aku tak makan benda-benda lembik macam makanan baby tu. sampai sekarang aku menyesal tak pekena laksa masa kenduri ri tu. untuk hilangkan rasa duka masa kenduri hari tu, air feveret aku (teh tarik) aku teguk setiap kali dahaga. diselang-selikan dengan air sirap jgk, mati ahh telan teh tarik je. 


sumpah penat. tak tipu punya. berulang-alik masuk rumah cari bunga telur, coklat, makanan pengantin etc. kerja mengangkat pinggan mangkuk pengantin belum cerita lagi.I bet semua orang pun penat melampau especially mak cik-mak cik yg sibuk dekat dapur dua hari sebelum kenduri. kerja keras mereka pasti dihargai Mak Chaq & Pak Chaq. InsyaAllah. 


I will let the pictures tell you the story of the year.

rumah pengantin perempuan; Alor Star


tiga gambar kat atas ni menunjukkan kejadian pada malam kenduri, selepas menghadiri kenduri di sebelah pengantin perempuan. semua pun turut bertungkus-lumus buat kerja. aku dan sepupu perempuan yg lain sibuk dok buat pelamin dengan pak ngah. semuanya atas arahan pak ngah. aku yg jadi pembantu malam tu. yg panjat tangga semuanya kerja baby jantan (Hafiz) dan pengantin lelaki sendiri. untuk buat pelamin dia so dia pun haruslah menyumbang tenaga sama, kan? sepupu lelaki yg lain jadi buruh kasar kat luar sana, angkat periuk belanga.


Mak Chaq, Suraya & Pak Chaq






secara exclusive saya persembahkan kakak saya si BAMBAM dgn Wafda Gediks

Kak Chik, Wafda, Baby

Pulut Kuning a.k.a Kek Pengantin

Paksu, Uncle, Emak Syg



Makuda, Makteh, Maktam


Syahirah, Suraya, Shahida, Najihah


semua yg kat atas ni keluarga besar aku. itu baru separuh. yg tak masuk frame ramai lagi.

secara keseluruhannya, aku ucapkan tahniah kepada Amir & Nabilah. semoga hubungan korang kekal hingga akhir hayat. Amin Ya Rabb :)

Sunday, April 29, 2012

#18 Sungai Petani vs Shah Alam

hyep.

sudah tamat cuti seminggu.
sampai masa untuk balik.
selamat kembali ke alam persekolahan.

Ya Allah,
kembalikan semula kekuatan untuk bertempur dimedan perang.
kembalikan semula kekuatan untuk menuntut ilmu.
semoga ilmu yg diterima dapat dimanfaatkan.

bye.

Thursday, April 26, 2012

#17 sukaneka Taska Al-Hidayah

salam.

Ahad hari tu (22April2012) dipesan emak supaya bangun awal untuk tengok anak-anak mengasuh pergi sekolah tadika. emak ke hospital, check up macam selalu. routine. oleh sebab dah dipesan sejak semalam maka pagi ahad bangun dengan cergas walaupun semalam tidur lewat. emak ke hospital sebelum Nisa (anak mengasuh) datang. memang awal sgt la tu, around 6.50 a.m, emak takut lewat dan orang ramai katanya. aku yg dah dipesan ni akur dengan setiap bait perkataan yg ditutur emak. emak cakap, "tunggu Nisa, satgi mama dia sampai dia akan bunyikan hon" Arasto! aku tunggu kat ruang tamu dengan dua lagi anak mengasuh yg datang super awal hari tu, Hasha dan Wafda. selalunya depa akan datang rumah siap dimandi dan berbaju sekolah, so mudah sangat la kerja aku nk handle depa tiga nih. bagi sarapan dan siapkan bekal dan botol air letak dalam beg. masa nak hantar depa pegi sekolah aku tengok muka dekat cermin. ohooo! huduh walaupun dah basuh muka gosok gigi (tak mandi). takmau hantar depa pegi sekolah! aku amanahkan bibik sebelah untuk hantar depa memandangkan bibik pun nak hantar Rushda, maka sekali harung aku wasiatkan bibik dengan tiga budak hitam nih. Terima kasih, Bibik!


aku hanya hantar mereka dengan pandangan mata sahaja. dekat rumah sebelah ada Kak Ann (majikan Bibik), juga hantar anaknya dengan pandangan mata. HEHE hari ni kanak-kanak di tadika ada sukaneka, Kak Ann ajak join dia jam 9 pagi nanti pegi padang MPSP dekat Dewan Kenangan Sungai Petani. tak sampai hati nak tolak walaupun sebenarnya mengantuk yg amat mengantuk sangat. tengok jam kat dapur baru pukul 7.50 pagi, dalam otak dok congak berapa lama aku boleh lelap sebelum sampai jam 9pagi? ahaa..aku setujukan saja pelawaan Kak Ann tu dulu. jumpa pukul 9pagi Kak Ann! secergas yg mampu, terus aku kunci pintu belakang dan check pintu depan supaya terkunci dan terus lari masuk dalam selimut. setiap minit yg berlalu sangat berharga buat aku. jam dikunci, 8.45 pagi (bajet boleh siap dalam masa 15minit)


8.45pagi;
alarm bunyi, terus aku matikan dan serta merta aku bangun lipat selimut dan capai towel. sempat lagi ajak Syasya join mana tahu kalau dia teringin. mahu katanya. terus mandi dan siap jam 9.10pagi. aha...lambat sepuluh minit, Kak Ann dah pun tunggu depan rumah. janji nak stay sana sejam sahaja tp berlarutan hingga jam sebelas. 

Nisa berangka 7

Wafda si LIMA

the crowd

Adik Beradik; Hasha & Wafda

Kakak Tengah tumpang
the kids

Friday, March 16, 2012

#8 cuti vs part time

hye.

minggu kedua disini. di bumi Shah Alam aman permai, yang takda bekalan AIR since 14 March till 15 March. disisi sahabat handal lagi power dan rakan sebilik yg awesome. sungguh tak teringatkan rumah manis rumah walau sedetik. tik tok tik tok (banyak detik pulak). minggu kedua, kelas dah mula berjalan seperti yang dijadualkan. tidak padat dan tidak awesome. kenapakah? kerana gap masa yg tak tentu arah. dalam sehari ada satu kelas dan kelas bermula jam EMPAT petang. bala apakah ini?? tak menseronokkan langsung. Ya. tidak langsung. 


perancangan utk empat hari bercuti bagi setiap minggu masih berada di peringkat perbincangan dan try-test. belum fix masa dan jadual bertugas kerana masih berperasaan konfius dan keliru. buat masa sekarang saya sedang berkhidmat dengan YES4G di store berhampiran dengan kolej. pengalaman yang menseronokkan. tahu kenapa? tak pernah saya berfikiran utk berkerja part-time semasa belajar since diploma mahupun cuti semasa SPM dahulu. sebetulnya, saya tidak dibenarkan oleh keluarga utk ber-part-time. eceh. 


lain pulak semasa degree, saya terasa mampu utk berkerja part time memandangkan kos hidup disini adalah mengkelirukan. sekejap mahal dan sekejap terasa 'ehh, murah pulak mak cik ni charge aku' especially utk makanan. Betul. duit PTPTN sentiasa mengalir deras semasa awal semester. tahu kenapa? banyak betul kedai yg terbuka diawal semester, menjual keperluan itu dan ini. tak perlu bersusah-susah utk keluar ke mall, PKNS, SACC, PAS mahupun JUSCO berhampiran utk menghabiskan duit pinjaman kerana disini(dalam UiTM) segalanya tersedia. just name it apa yg kau perlukan. HAHA


dengan kesempatan yang ada, maksud saya, dengan memiliki cuti empat hari, saya mampu mencari nafkah utk diri sendiri.  sedih tau macam tu. buat masa senang ni tak perlu la nak susahkan mak dan abah dirumah. selagi hayat dikandung badan dan selagi mampu, tak perlu la nak susahkan orang lain. eceh.

selagi mampu berdiri diatas kaki sendiri, berdikari lah. 

Thursday, March 8, 2012

#7 cuti susun sendiri

hye.

hari ini bersamaan dengan lapan march dua ribu duabelas yakni hari aku bercuti. well, aku sempat susun jadual kelas sebaik yg mungkin untuk semester ini. untuk masa depan kelak. maksud aku bila ada terkejut tergempar aku nak balik kedah nanti aku tak perlu nak ambil MC atau ponteng kelas sebab aku dah pun kosongkan DUA hari sebelum Sabtu. bermakna aku cuti EMPAT hari seminggu! Alhamdulillah.

tapi, untuk balik ke kampung halaman seminggu sekali adalah mustahil ! cedera parah la purse aku nak menanggung kos pergi balik naik flight (berangan). bas pun tak mampu la cik kak oii. tskk..sobsobsob T_T usah sedih dahulu. selalu selalu lah aku akan pulang kerumah mokteh dihujung minggu. maap mokteh saya selalu menyusahkan. HEHE.

wahh, cuti kau dah susun, kelas ada kau pergi??

pergi. pergi. tapi cancel. 

selalu je nak cancel bila aku berkobar kobar nak pergi. nak menapak ke kelas tu bukan senang, peluh berderau derau tahu? alih alih kelas takda. panas je haku time tu. semangat terus down. maka aku buat kesimpulan sendiri (setiap sem pun macam ni) bahawa minggu pertama kelas selalu je nak cancel so tak payah la nak bersusah payah panjat tangga pergi kelas dengan baju baharu kau tu. hihi :)

sekarang ni aku tengah dalam bilik. keseorangan. lagi dan lagi. duduk dalam bilik ni 4 orang(buat ms ni 3orang dulu, sorang tak balik lagi) tp rasa macam duduk sorang-sorang pulak. agaknya perubahan persekitaran buat aku rasa tak selesa kekadang tu. nevermind. hidup aku adalah hidup aku. aku tak perlukan orang sekeliling yang sombong untuk jadi sebahagian daripada hidup aku yang normal ni.

Friday, November 11, 2011

cuti oh cuti


salam.

cuti mid sem rasa macam sekejap sgt. sebelum balik cuti segala benda dah plan dalam kepala otak ni. everything nk accomplish dalam masa sembilan hari bercuti. benda yg dimaksudkan adalah homework atau segala jenis bahan yg berbentuk assignments. tolak tiga hari beraya berbakikan enam hari sahaja. sempat ke?? memang tak sempat lah. semua nk settle dalam satu masa yg singkat adalah mustahil sama sekali. cuti ni saya jarang masuk dapur tolong mak. kan dah cakap tadi, saya busy. enam hari adalah tak mencukupi. saya tak allocate walaupun sehari untuk tolong mak sebab takut yg lain ketinggalan. nampak derhaka je. ohh, tidak. emak ialah ratu hati. setiap masa adalah utuk emak. ayat cover. HEHE. 


sebelum balik cuti banyak benda yg dah dirancang nak dibuat dengan sibling. satu hari diperuntukan utk girls day out. emak tak buleh ikut sebab emak bukan lagi kategori girl. emak ialah lady/woman. HAHA. bercadang this coming Saturday nak pergi membazir duit somewhere. sekali sekala apa salahnya. kalau abah tahu ni mahu dihempuknya kusyen atas kepala haku. membazir!! sifat semula jadi abah yg tak dapat nak dihakis. mana taknya, duit ada patutnya simpan ini tak nak membazir pulak. ayat biasa abah yg dah lali dengar dek telinga. sebelum buat benda lain, kena fikir yg penting dulu yakni UJRAH. ujrah tak settle lagi. belum melalui proses penghantaran pun. biar abah yg settle-kan. HEHE


to be surprised, bila lagi nk cuti ehh? rasa macam this semester akan kurang menjengah ke kampung halaman memandangkan kerja bertimbun-tmbun mintak disiapkan. janganlah busy sangat. takkan nak tunggu semester break baru nak balik lagi. tak sanggup tunggu! saya akan berusaha gigih untuk curi masa untuk balik ke rumah untuk berjumpa family untuk bersuka ria. satu semester hanya balik sekali sahaja adalah mengarut! mana mungkin! teriak ayaq mata darah la macam tu. terseksa jiwa raga tahu tak?


almost a week saya bercuti. seminggu tak rasa apa-apa. nak tambah lagi seminggu boleh...HEHE. mungkin akan ada perubahan nanti. ecehceh..^__^ melampau.


tadi terasa macam nk list down things to do kat atas A4 paper tp rasa tak percaya akan settle-kan semuanya dalam masa dua hari. maka saya hanya bercadang untuk list out dalam kepala otak about few things yg saya rasa important SAHAJA. yakni yg mn harus diambil tindakan segera. contohnya article review utk Project Management. TIGA article. nampak sikit tp hakikatnya pedih. phewww...


okbai nak pi cari articles.

Sunday, June 5, 2011

pulau dan cuti

salam

ini bukan panggilan pulau macam kazen aku dapat hari tu. ini lawatan pulau yg diberi nama PULAU SAYAK. bukan pulau sangat pun tp macam private place jugak la kalau takda customers yg datang bermalam untuk hari tu. ini bermakna pulau itu kami yg punya! bukan pulau la SurayaSafie! ok.ok. just call Pulau Sayak je la. tempat orang datang nak rest dan dapat ilham tepi laut berombak. tenangkan fikiran. nak buat Family Day pun boleh kot sebab hari tu ada je diorang buat event kat situ.

berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah air terchenta dan pastinya masa diisi sepadat dan semaksimum mungkin tanpa rehat. penat kalau nasib kau-lah. tapi haku tak rasa penat sikit pun. walaupun test on this coming Monday gua tetap rawr! haha. nak relax pun mesti pandai adjust ok. pape pun, time management is really important. manage time efficiently ok.

no time with parents. sedih. mereka busy. busy attending kenduri kendara. no harm. haku pun balik just Sabtu and Ahad je. I've got limited time. never-mind. lagi dua minggu aku nak mengadap muka diorang. yeay! miss them damn much!

back to "Lawatan Pulau" just now. a lot of pictures taken. just for fun dan untuk kenang-kenangan bersama BigFamily. mereka menseronokkan!


suka senyum

pantang nampak kamera
diorang pasti senyum

angin memang kuat masa ni
tudung macam nak tercabut je


pembantu chef
bab makan haku suka!

ini saya punya!

model upahan
murah je ni
haha

minat memancing hurus dipupuk

Tok Abah si nelayan moden

tuan tanah pantau kawasan

Thursday, May 19, 2011

bosan dengan cuti!

salam.

hari ni hari kedua aku bercuti. dah mula tak suka sama cuti. sbb cuti lama sangat buat haku jd bingung. bukan BENGONG ok. bingung memikirkan kerja apa aku nak buat cecuti lelama ni. aku dok kt rumah mak teh ni asyik makan minum tidur makan minum tidur berulang la sampai aku naik letih. naik muak nak termuntah. nak bangun lewat sgt tak manis pulak pada pandangan mata hati mak teh aku so aku akan cuba kawal kuasa tidur aku dengan sebaik mungkin. orang tua-tua tak suka anak dara bangun lewat so jgn la dibuat apa yg mereka tak suka sbb silap hari bulan nanti depa meluat kat hampa. sebenarnya dah tahu tapi dok buat jugak serupa masuk telinga kiri keluar telinga kanan tak pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. sama je.

lupakan bab tidur. masuk bab kerja dan makan. haku ni makan kuat la sekarang nih. breakfast td aku makan kuih. byk! byk jenis kuih, byk jugak yg aku makan. pastu td petang haku dah telan nasi goreng dengan cousin aku pastu lg lepas maghrib aku makan for 2nd round dgn mak teh aku. nasik jugak! haku takut nak naik penimbang berat lepas nih. tak sanggup nak tengok berat sendiri. takut tak boleh terima kenyataan je. hehe. exercise malas. makan RAJIN! sendiri mau fikir la risiko mendatang. akanku cuba 'maintain'kan berat badan nih. aku suka berat aku sekarang. tak terlalu ringan, tak terlalu berat jugak. Alhamdulillah.

kerja aku kat rumah mak teh ni semakin hari semakin tak produktif. aku tak menyumbang pape pada mak teh untuk sesi cuti kali ni. kali ni lebih memerap dengan laptop dan tv. sungguh pemalas! sungguh! mak haku pun akan cakap benda yg sama kalau dia tahu aku macam nih. Suraya tak serupa Suraya. lain benor ayatnya. untuk maksud ayat tu korang boleh ikut pemahaman sendiri la asalkan tak menyimpang jauh dari maksud asal yg aku sendiri tak berapa nak confirm faham. (confius)

antara kerja-kerja harian aku yakni dah jadi rutin hidup sepanjang cuti tak termasuk cuti semester yg bakal berlangsung dalam kiraan sebulan sahaja lagi...

online facebook
tapi tataw nak ngadap apa lagi dalam facebook ni.
game facebook haku tak layan.
so aku sekadar komen-komen dengan kengkawan je.

ngadap tv sedari aku bangun tidur sampai la maghrib
mak teh ada kat sebelah ok (tidur)
haha

ikut mak teh hantar dan amek syazana dari sekolah
pegi tuition
a.k.a peneman kesunyian
haha

ngadap luar
tengok samada hujan, mendung, panas atau sebaliknya
dari cerah sampai gelap la tingkap ni aku pandang

tengoklah betapa produktif, effective dan efficientnya aku semasa cuti?
kau peduli hapa?
aku SurayaSafie.