Showing posts with label kolej. Show all posts
Showing posts with label kolej. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

#16 FESMEL 2012

FESMEL 2012
13-15 April 2012


hari tu ada join Festival Melati anjuran JPK Kolej Melati. kisahnya hanyalah nak bantu Cik nasi lemak, mantan bos tempat aku part time dulu. kesian aihh dok kol mintak tolong kerap sangat. oleh sebab beliau antara bos terbaik yg pernah aku kerja dulu, aku amik serius perkara ni. tolong ikhlas (mn tahu ikhlas tak ikhlas) :P proses nak lengkapkan borang keahlian adalah meletihkan. berurusan dengan JPK yg kerap busy sentiasa mengundang dan menguji tahap kesabaran aku tatkala itu. oleh sebab nak membantu orang, maka aku gagahi juga badai dan dugaan ini dengan tabah. tabah setabahnya. siang malam berurusan, sama penting dengan buat assignment. berusaha sehingga ketitisan peluh terakhir. aku korbankan masa tidur pagi demi mendapatkan tapak untuk berniaga. 3hari berturut-turut aku korbankan tidur pagi aku (masa tu kelas pagi takda). 


akhirnya usaha aku berjaya. orang terakhir yg mendaftar. Alhamdulillah. gerai no. 15 adalah milik aku seorang. ecehh...bakal meng'hire beberapa orang pekerja since aku tahu tak kan menang tangan nak handle 'bakal' customers kelak. 'barang' yg akan diperniagakan adalah barang baik punyaaa...of course lah makanan. dah cakap pun tadi nak tolong Cik nasi lemak,kan? so barangnya nasi lemak la. adakah nasi lemak layak diklasifikasikan sebagai barang? tepuk dada, tanya selera. sendiri mau ingatlah. kisahnya, nasi lemak ni memang femes amous dekat Melati. oleh sebab ada segelintir masyarakat Melayu khususnya (lebih tepat) yg kurang senang dengan kesenangan Pak cik dan Mak cik ni meniaga maka mereka menaburkan pasir ke dalam periuk nasi kedua pakcik dan makcik ini. maka, tertutuplah pintu rezeki pakcik makcik itu. jahatlah. orang Melayu sendiri mahu jatuhkan bangsa sendiri. tak boleh tengok orang senang sikit, mula la panas bontot tak senang duduk. rezeki ada di mana-mana. mungkin ini rezeki pakcik dan makcik tu, rezeki kau di tempat lain. silalah berusaha mencari rezeki sendiri. bukannya dengki, tabur pasir dalam periuk nasi orang.

 

berbalik pada FESMEL td, meriah jugak la festival ni (penambahan jugak la seperti terpaksa) memandangkan ramai student yg busy dengan project paper (tak balik rumah atau keluar jalan) so ramai yg turun memeriahkan suasana yg tak berapa nak meriah tu since event ni berjalan masa weekend. gerai jualan makanan antara gerai yg terbanyak masa tu. next, gerai aksesori , jualan tudung, bundle, perfume, baju etc. rambang mata tengok itu ini. gerai feveret aku adalah gerai ice cream (McD) menggunung ice creamnya, kalah ice cream McD. flavour kegemaran pastinya coklat. sebelah kiri gerai aku ada jual moi sup, nasi kerabu. semuanya tempting. semuanya aku dah cuba, takut kempunan pulak kang. sebelah kanan gerai aku ada gerai HR Marketing, susu kambing dan sebagainya. ada facial treatment guna susu kambing, teringin nak buat tapi tak cukup yakin dengan mak cik tu. takut. cuma beli lip gloss tujuh warna tak silap, RM20. murah sangat. boleh beli dua buat hadiah kawan. HEHE


gerai aku menjual nasi lemak, jualan habis on time. sebelum pukul 7p.m dah kemas barang. sebetulnya aktiviti jualan start jam 9a.m till 10p.m tp pakcik nasi lemak ni datang lewat, selewat jam 3petang. Alhamdulillah. tak membebankan kerja dengan pak cik  nih. tak membebankan pun tak bermakna aku kerja sambil lewa, kami komited. turun awal nak set up barang barang jualan dan meja kerusi untuk mula meniaga. seronok. lama dah tak merasa set up meja kerusi dan susun makanan. pernah merasa perkara ini suatu masa dahulu. 


berkat menjual dengan ikhlas, plus menjaga kebersihan, kami layak dapat hamper tempat KETIGA. yeayyy! untuk maintain kebersihan bagi orang yg meniaga makanan macam kami adalah susah sebab makanan berciri basah, plus ada jual air pulak,haaa...itu kerja si Awun la untuk jaga. meleleh air sana sini, kain lap la yg dia cari. bagus budak ni. dah turun perangai Cik Zali (tokei kedai) pantang tengok kotor atau basah mesti dia nak lap bagi bersih. bagus la sikap macam tu. baru orang tak pandang kotor.


akan sentiasa rindu untuk meniaga nasi lemak dekat kolej Melati. sobsobs :'(

Thursday, March 8, 2012

#7 cuti susun sendiri

hye.

hari ini bersamaan dengan lapan march dua ribu duabelas yakni hari aku bercuti. well, aku sempat susun jadual kelas sebaik yg mungkin untuk semester ini. untuk masa depan kelak. maksud aku bila ada terkejut tergempar aku nak balik kedah nanti aku tak perlu nak ambil MC atau ponteng kelas sebab aku dah pun kosongkan DUA hari sebelum Sabtu. bermakna aku cuti EMPAT hari seminggu! Alhamdulillah.

tapi, untuk balik ke kampung halaman seminggu sekali adalah mustahil ! cedera parah la purse aku nak menanggung kos pergi balik naik flight (berangan). bas pun tak mampu la cik kak oii. tskk..sobsobsob T_T usah sedih dahulu. selalu selalu lah aku akan pulang kerumah mokteh dihujung minggu. maap mokteh saya selalu menyusahkan. HEHE.

wahh, cuti kau dah susun, kelas ada kau pergi??

pergi. pergi. tapi cancel. 

selalu je nak cancel bila aku berkobar kobar nak pergi. nak menapak ke kelas tu bukan senang, peluh berderau derau tahu? alih alih kelas takda. panas je haku time tu. semangat terus down. maka aku buat kesimpulan sendiri (setiap sem pun macam ni) bahawa minggu pertama kelas selalu je nak cancel so tak payah la nak bersusah payah panjat tangga pergi kelas dengan baju baharu kau tu. hihi :)

sekarang ni aku tengah dalam bilik. keseorangan. lagi dan lagi. duduk dalam bilik ni 4 orang(buat ms ni 3orang dulu, sorang tak balik lagi) tp rasa macam duduk sorang-sorang pulak. agaknya perubahan persekitaran buat aku rasa tak selesa kekadang tu. nevermind. hidup aku adalah hidup aku. aku tak perlukan orang sekeliling yang sombong untuk jadi sebahagian daripada hidup aku yang normal ni.

Monday, March 5, 2012

#5 hari pertama

hye.

hari ini adalah hari pertama di Shah Alam. bangun lewat adalah memalukan. nak nak bangun lewat di rumah emak saudara sendiri. citt! pandang kiri kanan lap air liur basi dan buat tak tahu sahaja yang mampu. walaupun terasa sedikit malu ku gagahi juga ke toilet basuh muka dan gosok gigi.

hari ni plan nak bayar duit kolej sekaligus daftar dan angkat barang pindah bilik. homaiii! tingkat TIGA ! kejam tau buat I mcm nih. selalunya bagi I yg ada lif, sekali masuk dis sem terpaksa panjat tangga sampai tingkat TIGA! barang tu dah sebukit nak angkut naik tingkat tiga plak memang demam la.

ok sekarang dah settle. barang dah masuk alamari, dah letak dalam drawer, beg pun dah letak bawah katil simpan elok-elok. seeloknya sekarang baik la turun bawah cari makan.

kbai. :)

Friday, September 30, 2011

life coupon

ikut hati mati, ikut rasa binasa.

menjadi seorang penghuni kolej yg sentiasa menggemari activiti coupon hunting dah semestinya dekat mn saja tempat yg mengeluarkan bau-bauan kupon HIDUP atau MATI menjadi kegemaran. even dikejauhan pn still dapat detect bau kupon tu. ini berkaitan tinggal di hostel ATAU tinggal dikaki lima. memandangkan semester hadapan adalah semester terakhir kami dekat sini so kena kerja kuat sikit la semester ni untuk kumpul kupon seRAMAI yg mngkin. haruslah melebihi 25keping kupon untuk berada di comfort zone atau merana dikemudian hari.


since Diploma, tak pernah lagi saya jejak kaki kat rumah sewa. I mean, tak pernah digelar penyewa. NEVER! ada skali tu tak dapat kolej masa semester 6 (diploma), I was cool at that time. dapat tak dapat saya redha. yer lah, rumah parents dekat je. tak jadi masalah untuk berulang-alik. sebenarnya masalah tu saya transfer pada daddy dimana beliau harus menanggung kos sara minyak kereta anaknya untuk berulang-alik SP--->MERBOK. tak jauh pun! about 15minutes. dekat kan? HAHA. 


berbalik kepada perihal kupon. kupon ibarat mentol. tanpa mentol, gelap la masa depan. HAHA. penting gila kupon ni sampaikan ada yg sanggup bertolak dan berpusu-pusu pergi kejar. bukan kejar seperti anjing mengejar kucing. maksud saya, Melati-ans sangat obsess dengan kupon. saya cuba ulang, ini berkaitan tinggal di hostel atau tinggal dikaki lima. memang pantang dengar kalau ada aktiviti yg provide kupon mesti nak kejar! bukan nak join aktiviti sgt pun. kupon tu lg penting sampaikan sanggup tunggu berjam-jam lama untuk sekeping kupon yg belum pasti "aku ni confirm dapat kolej ke dgn kupon ni?".


depends pada kekuatan masing-masing untuk mengawal diri masa proses pembahagian kupon. masa ni memang masing-masing tak boleh nak kenal siapa BFF, siapa lawan dan siapa kawan. tolak menolak memang dah jadi tabiat. this part, I hate most! macam kanak-kanak. berebut macam budak-budak Somalia berebut makanan. cuba bayangkan, umur dah 21-24 dok buat perangai berebut macam budak-budak. takda sivik langsung.

sebagai konklusi, sistem kupon ni perlu dikaji semula samada perlu diguna pakai lagi atau sebaliknya. atau kalau perlu di improve, better do so sbb diorang punya sistem pembahagian kupon macam kureng sikit. jgn kerana sekeping kupon habis bertukar perspective kami pada korang-korang yg handle aktiviti ni. menyampah jugak kadang tu. sabar je la.

Tuesday, September 13, 2011

saya sudah kembali

salam 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang. tiada subject(s) yg gagal didaftarkan. maksud saya, semua subject untuk semester ini BERJAYA memasuki sistem. as usual untuk first week adalah berJADUALkan atas kehendak sendiri. makanya, first day lagi haku dah skip atas sebab yg sukar dinyatakan. seharusnya hari ni saya menjejakkan kaki ke fac buat pertama kalinya setelah DUA BULAN berehat daripada mendaki tangga batu PUAKA! ohnoooo! 


about college.
yes! berjaya jugak. Alhamdulillah ALLAH s.w.t sentiasa memudahkan urusan saya. bersyukur tidak menjadi seperti mereka yg terkapai-kapai mencari tempat berteduh. ecehh. walaupun ditempatkan di level TUJUH namun tidak menjadi masalah selagi segalanya MUDAH. masih ber'roomate'kan NoorZahiraSobarudin dan berjirankan NidaSyaheera dan SyahirahHusna. 

 kembali seperti biasa. akan membuang masa dimeja ini seharian. 

belum terkemas rapi. masih berbaki di dalam beg. biarkan dulu.


baru dua hari kat sini. hati masih teringat taman(kampung) halaman. homesick! eceh. tipikal-lah. sering berperasaan seperti ini di awal semester sampai hujung semester MUNGKIN. T__T berharap jadual akan bertukar so that JUMAAT saya akan BERCUTI dan akan berpeluang jejak kaki ke rumah setiap weekend. sounds like MENGARUT. RIDICULOUS! bapak kaya kau! HAHA. harus selalu dan kerap tengok calendar-lah untuk sebarang kemungkinan yg bakal mengumbirakan kelak. InsyaAllah. :)


apapun, SAYA SUDAH KEMBALI dan tak mungkin akan berpatah balik. eleleh, macam apa gi. 

Wednesday, May 25, 2011

pasar rabu

salam.

hari untuk intersesi berlalu smooth je. tadak halangan mahupun dugaan memandangkan ada dua subjects je. menapak ke fac jam 8.00 pagi, belajar economy, belajar quality management, pukul 12.30 tgh hari balik bilik. sebulan macam tu la nanti dok ulang alik bagi haus tapak kasut, ilmu penuh di dada, perut kenyang senang hati. mcm honeymoon pn ada. balik je bilik terus tarik kain selimut tutup badan. bermakna sedang berhibernasi-lah tu. hahaha. serius seronok. macam saje je dtg buat intersesi ni. mak haku baca ni mahu di tarik telinga aku 360 darjah.

makan masa (intersesi) ni macam kena catu pun ada. sebenarnya tak pun. disebabkan malas nak menapak 100 tapak kaki pergi balik Dataran Cendekia (dc) so pemakanan di kawal seratus peratus oleh diri sendiri. selain mencatu makanan sendiri, masih mengharapkan makanan delivery dari Cik Zaly. tapi minggu ni Cik Zaly pulak nak catu makanan kami. haha. tak pon! kereta dia rosak, makanya susah untuk dia berulang alik kemari menghantar makanan. poor Cik Zaly. semoga kereta cepat sembuh dan dapat kembali bertugas membawa lunch box kami warga Melati.

hari ni teringin nak makan yg sedap-sedap sikit so berhajat nak menapak ke Pasar Rabu dekat flat PKNS depan UiTM ni. hasrat tercapai bila dapat consensus from friends yg turut sama punyai hasrat seperti haku. teringin jugak korang ek. haha. pergi naik bas, balik naik kaki sendiri. haish...nasi ayam percik selamat masuk perut lepas solat Isyak td. Alhamdulillah. penat pusing Pasar Rabu dua tiga kali memang sayang la kalau tak beli nasik ayam percik dia. dia tu sp? ramai je yg meniaga kt situ tapi yg dia jgk yg berjaya tawan hati kecik haku ni utk beli. rasa punya rasa,not bad lah. dia tu bukan siapa-siapa. pak cik stall lah. dia tak kenai haku, haku lagi lah tak kenai dia.

ni Tuan Tanah
so, wajib ada la untuk tatapan sendiri

ini pulak rakyat jelata ^^
dua orang sahabat Pantai Timur

pau terbaik Pasar Rabu!

berhajat nak berjalan kaki lagi pegi Pasar Rabu kalau kaki ni mampu nak berjalan sejauh 3kilometer kehadapan. InsyaAllah. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. tanak berjanji pada diri sendiri nanti ada konflik dgn diri sendiri pulak kalau niat tak tercapai.

Friday, February 11, 2011

Sukan Antara Kolej (SUKOL)

salam.

Sukol hanya dipertandingkan setahun sekali. diulang, hanya setahun sekali. makanya, dgn bangga aku dan kawan-kawan seperjuangan membanting tulang menolong hapa yg patut ditolong. bukan kerja susah. hari ini kita bantu orang, hari kedepan orang bantu kita pula. saling memberi dan saling menerima. kurang lebih 13 buah kolej yg masuk bertanding mempamerkan kekuatan dan kelebihan masing-masing dalam acara yg dipertandingkan. antaranya, Tennis, Bola Baling, Petanque, Bola Jaring etc.

hari ini hari perasmian SUKOL. ramai ke yg turun ke stadium? jawapan; Tidak! ada 13 kolej dlm UiTM Shah Alam ni. mana perginya setiap warga kolej tersebut? sokongan mereka amat diperlukan. tapi sayang, mereka TIDAK berjiwa sukan. tadak sapa berani nak paksa diorang turun. turun padang atas kehendak sendiri ok. dah besarkan?tahu fikir mana yg perlu dan mana yang tak perlu rasanya.

berbalik kepada tugas yg diamanahkan kepada aku dan rakan-rakan. alah, tugas biasa-biasa sj. gadis pembawa dulang.

dulang apa?
dulang hadiah.

hadiah utk siapa?
hadiah utk kontinjen perbarisan.


antara gadis-gadis dulang yg memeriahkan acara pembawakan dulang ke tengah padang

baju tak meriah tapi terpaksa pakai sbb no choice. tadak pemilihan jenis fabrik atau saiz baju dan warna. tanpa pilihan jadi kami akur. bila adanya perasmian wajib adanya opening speech yg maha panjang! menggigil lutut berdiri sepanjang majlis. nasib baik-lah acara perbarisan menarik. kalau tak....tak dapat nak jalankan tanggungjawab dgn jujur (ikhlas) la jawabnya. kalau asyik nak merungut je macam mana Tuhan nak kasi ganjaran? manusia dengan rungutan. manusia tak pernah lepas dari merungut. MasyaAllah.

acara tamat tepat jam 11.10 minit malam. santap dahulu sebelum berangkat pulang. bihun sup kegemaran bersama orange jus yg sejuk gedik. buah-buahan pencuci mulut berserta kuih popia goreng bersos. sempat juga merasa teh tarik panas. layannn....

acara kemudiannya diteruskan di kolej kediaman. merakam memori bersama teman. aksi jam 12tengah malam adalah aksi yg eerrr.....tanpa kata-kata.



aksi tipikal dihadapan cermin adalah wajib keatas kami. sekiranya tidak we're not complete!



aksi diluar kawalan arahan SurayaSafie.
masing-masing punya hidung.
tunjuk sket hidung anda.



curi-curi telefon boipren.
kredit kering terpaksa guna public fon.
sila ikut turn ok!


susah betul nak dapatkan gambar bertiga.memandangkan hanya kami bertiga je yg ada salah sorang akan jadi si tukang pengambil gambar maka tinggal lagi dua. ini gambar terbaik hari ini! tahniah utk diri sendiri yer kawan-kawan!


Thursday, February 10, 2011

berdosa tahu tak

salam.

sehari bercuti umpama seminggu lamanya (hiperbola). bosan dan tak tahu kerja apa yg perlu dikerjakan selain daripada membasuh pakaian. haish...i've a bundle of laundry! tak boleh terima kenyataan. :( bukan pemalas tapi tak rajin lagi. nak membasuh kena ada mood. baru la ikhlas sket nak buat. or else membasuh dgn malas akhirnya baju tak bersih. malas punya kerja! tapi kan, semalas mana pun haku membasuh baju takde la sampai tak bersih baju tu. nahh...itu bab membasuh.

jgn buang masa terus lompat ke bab seterusnya.......




sekarang ni bab mencuri.

tahu tak apa hukumnya mencuri?

hukuman kepada si pencuri?

bukan hukum hudud. dlm negara kita, politic je suma tu, tak pernah serius nak implement. rakyat takut! hahaha. dulu masa kecik-kecik selalunya kita akan saling mengejek atau lebih tepat memesan sesama kita kalau ada yg suka mencuri, contohnya seperti...

jgn mencuri nanti Tuhan potong tgn. tgk, secara tak langsung dan tak sengajanya budak-budak pun ada apply hukum hudud masa kekecik. cuma depa ni tahu ckp je tp tak tahu apa hukum tu sebenarnya. yg kita tahu masa kekecik, kalau sp yg mencuri hukumnya potong tgn.

siapa yg nak potong tgn kita?
Tuhan.

bila nak kena potong?
masa Akhirat nanti.

wah...complete semua.

itu masa kecik. masa besar ni dok percaya lagi tak dgn statement macam tu? percaya ke tak? percaya ke tak? wajib percaya la. dari kecik kita tahu mencuri tu berdosa. takkan la kalau dah besar ni mencuri tu tak berdosa. punishment is always a punishment. kalau salah mesti kena punish tak kira kecik atau besar, muda atau tua. jgn ingat bebudak je mencuri. orang tua bangka pun ada jgk perangai buruk macam tu. bukan nak kata tapi memang nyata. kenyataan.

sebagai contoh, baru je tadi aku tgk ada sorang hamba Allah ni mencuri nasi lemak yang dijual dikiosk tanpa penjaga, depan mata aku dan 2 kawan yg lain. actually normal la menjual tanpa penjaga kt kolej uitm ni. cuma yg ikhlas dpt dipercayai. setengah tu ada jgk yg kebas mcm tu je tanpa bayaran. haish...tak baik tahu tak? mencuri tu dah la berdosa. ditambah plak dengan mencuri makanan yang kalau dimakan tu menjadi darah daging sendiri! bukan benda simple ok. fikirkanlah. sanggup mencuri nasi lemak yg costnya cuma rm1.50? tak mampu sgt ke? bukannya mahal. mcm hamba Allah tadi, beg brand baik punya. setakat nasi lemak rm1.50 tu apa yg nak diherankan sgt? dah tahu amek letak je la duit kat tempat yg disediakan. susah ke procedure tu?

aku heran dengan manusia zaman sekarang, semakin kurang yg dapat dipercayai. atau mungkin manusia sekarang memang sukar diberi kepercayaan 100%. macam mana dgn kawan yg dekat sebelah kita ni? perlu tak kita percaya dia 110%? depends. macam mana pulak dengan diri sendiri? boleh kita percaya diri sendiri? apa tanggapan dan pandangan org lain pd kita? sama mcm pandangan kita pada org lain tak? there are so many question arising from our ealier discussion. apa pun berhati-hati dlm menilai seseorang. hati-hati dlm berkawan. jgn percaya sangat tapi kalau tak percaya sgt pun susah. tepuk dada tanya selera. tak heranlah kalau ada kawan yg bersifat makan kawan. yg lebih tepat, kawan tikam belakang kawan. dunia dah kedepan, dah maju, dah moden, macam-macam benda boleh berlaku. nothing is impossible. impossible is nothing.

nota penting:

Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangan kanannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanannya.

Dalilnya dalah firman Allah,

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakandan sebagai seksaan dari Allah.Dan Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.”

sumber:http://pemerintahanislam.wordpress.com/2007/06/01/hukum-allah-dihina-ulama/

Monday, February 7, 2011

super 'hot'

salam.

super hot diatas bukanlah merujuk kpd hot fm atau maggi kari hot ok.

actually temperature badan aku yg menunjukkan betapa hotnya aku.

semalam dlm sejarah yg mungkin tak kan berulang lg haku menyerah diri dan berserah dalam jammed yg tak pernah aku tempuhi sepanjang aku dok naik bas nih. actually boleh kira bapa kali aku naik bas balik rumah. tolak bas rapid yg pernah aku naik 3 ke 4 kali je, aku rasa ada la 6 kali pengalaman naik bas balik kampung. sadissss. =( tp nak jgk cerita pernah naik bas, kan? sudah lari dr tajuk asal. actually nak cakap yg aku dah habiskan masa selama SEPULUH JAM atas bas tanpa merasa BENGANG (tipu!) bengang tak bengang la sampaikan haku mampu tidur dan bangun semula sebanyak 4 kali berturut2 tanpa henti. bukan nap biasa2 punya ok. nap yg kira melampau dan mampu sakitkan badan aku yg kekurangan isi nih.

Hanisah Munirah sebelah aku ni mula tu baik punya dok sketching keja dia yg tertangguh. tak sampai suku perjalanan dia dah mula pejamkan mata cuba relaxkan lg diri yg memang tersedia relax atas kerusi empuk bas Shamisha tu. (??) masa stuck dlm traffic jam yg agak membosankan plus memeningkan mula la muka berubah nak jd raksasa ada taring muncung panjang. baik hanisah mahupun aku. tak tahu nak marah siapa sebenarnya nih. hahaha. marah diri sendiri la sebab 'ter'salah pilih masa perjalanan yg sepatutnya kita/aku sedia tahu bahawasanya masa ni (06022011) memang akan sesak memandangkan ramai yg nak travel balik rumah masing2 yg berada di sebelah Selatan. tapi bak kata pepatah,

"terlajak perahu boleh diundur tp kalau terlajak bas dlm traffic jam ni memang tak boleh nak undur la"

(SurayaSafie,2011)

nasib badan la jadi mcm tu..:)

hey! jgn quote kata2 aku yg diatas ni tanpa kebenaran. hahaha. sepuluh jam atas bas semalam mengajar aku utk sentiasa bersabar dan terus bersabar dlm apa perkara sekalipun terutamanya yang menyentuh isu masa. tapi jgn suruh aku bersabar menunggu org yang tak tahu menepati masa. itu dah keluar tajuk rasanya. sekali lagi aku confius dan tak perlu rasanya aku nak salahkan bas pulak sbb lambat sampai,kan? dalam hal ni tadak sapa yg bersalah dan harus dipersalahkan termasuklah diri aku yg salah memilih tarikh utk berangkat pulang. ngee... =)


Sunday, January 2, 2011

daftar

salam

hari kedua dlm tahun 2011 berjalan dgn lancar walaupun
telat utk berdaftar kolej. hari ahad bermula agak lewat. sengal-sengal akibat memandu tanpa henti terasa hingga ke tulang temulang. akibatnya ketika bgn, matahari belum lg tegak di atas kepala ok. masih jam sembilan. fuhh...selamat tak lewat. :) bertolak ke Shah Alam dlm jam 1.30. after zuhur. ke sana kemari membeli belah keperluan kolej. maklum la..duit dh masyuk...jgn boros! pesan mak. boros tak boros habis jgk la dlm RM100++

sekarang dh jadi legal resident. penghuni blok Melati. 4B-05-34...plis welcome pada sesiapa yg berhampiran. zia utk merapatkan silaturrahim. insyaAllah. kedatangan anda dialu-alukan. jangan malu, jangan segan.

Sunday, September 19, 2010

enam jam!

as usual..bila dh pulang ke s.p pastinya akan ada pulang ke s.a pulak...berangkat dr Butterworth bersama cousins. bus yg xberapa nk comfort. dgn hanya melihat keadaan bus dan persekitaran tanpa menyentuh objek tersebut(bas) aku dh dpt agak dr jauh betapa lamanya perjalanan yg akan kami tempuhi. nah! pengalaman mengajar. tp nk buat mcm mn...tiket yg lain dh sold out. mak tam dimaafkan selaku pembeli tiket tak bertauliah.

since bas bertolak pagi makanya beberapa manusia ja yg akn mengiringi pemergian aku ke stesen bas. manusia2 yg dimaksudkn ialah...my mom of kos, daddy as usual n da 2 lil princess yg xmndi lg...terima kasih! mereka yg terkecuali ialah my sis yg masih mengeruh krohh krohh atas katil, my bro yg cuti dr bekerja dan meneruskan riadah paginya seperti biasa dan my lil sis yg bersemangat ke sekolah hari nih!

bas yg barangkali akan menyinggah merata rata bertolak tepat jam 8.30 pagi! dimulakan dgn bismillah aku melangkah naik ke bas. dlm kepala otak ni dok hingat nk duduk tepi tingkap je...merewang aku kedalam perut bas. nah! aku tataw seat no bp? sp suh aku memandai sgt nih?? xmo tnya sesat jln weyh...oleh sebab kekalutan aku, sekali lg nah! hamik kau duduk la kt seat 1C! paling hadapan! rasa mcm aku nk bawak bas je...aku bleh babai pak cik driver bas dr belakang nih. aku bleh ajak dia makan2 skali kalo haku nak (itu melebih sudah). cuma nk tunjukkan berapa dktnya aku dgn driver bas dan berapa depannya seat aku nih! sekali lg penangan mak tam pembeli tiket tak bertauliah. sengaja belikan yg paling HADAPAN! tengs mak tam tengs...:)

bersesuaian dgn tajuk entry, perjalanan dr Butterworth menuju destinasi Shah Alam take time about SIX hours! tidur xhingat dunia seketika memandangkan cuaca suam suam kuku...nyaman! haku shuka! org kt sebelah aku ni pn tidur malu2 kucing. sepupu aku daa...pasepa malu tataw...gatai! biaq kt dia la...oleh kerana pak cik driver bas ni xkan berhenti langsung katanya (konon) maka disuruhnya kami membeli belah makan di atas bas...aku xrasa lapaq lg. xberbekalkan walo sebotol air mineral pn. sadis sungguh...pak haku ni sj ja dia. taw kn haku xmakan lg? x breakfast kata org puteh. dia xbeli pape pn kt aku. sedih! actually aku xkesah. aku sempat teguk air kt umah td (sedih sekali lg).

yg kononya kata si pak cik driver, 'xkn berhenti menyinggah di mn2' akhirnya berhenti jgk di Gopeng mengangkut penumpang. dikesempatan yg ada aku turun membeli belah makanan. aku xlapaq, tp kesian je kt perut aku nih. kena isi jgk...:) hahaha...acara membeli belah bermula~~~ sambung perjalanan sehinggalah aku kembali tidur, bangun dan tidur semula dan kemudiannya bangun kembali bila bas dh sampai di Klang Sentral. hooyeay! sampai jg akhirnya (mang akan sampai pn). perasaan ke-tidak-sabaran memuncak disitu. aku letih weyh! harap sampai awai la noh pak cik driver.


tepat jam 2.30 ptg ke tgh ari huh?? xkesah. yg pasti perjalanan memakan masa 6JAM! bas selamat sampai di syeksen 17 Shah Alam! Alhamdulillah~~~ syukur selamat sampai. huh...ku kira akan balik ke uitm dgn cab je tp dgn adanya pak ngah aku yg baik hati makanya aku dihantar pulang sampai ke dalam pagar kolej. diulang...sampai ke dalam ok...mak abah aku pn hantar aku kt luar je ri tuh. ohh...terima kasih sejuta kali pak ngah!

sekarang aku sudah sampai kolej! bye~~~

Tuesday, January 12, 2010

bilik baru

horay...sgt gumbira kali nih...
pasepa agknya???
YEA!! at last secara rasminya dh jd part of MAHSURI, uitm kedah
pagi2 lg en.aziz selaku p.cik yg brtanggungjwb jg hal ehwal kebajikan warga uitm dh pnggil student part6 yg apply tuk stay kolej...aku n kawan2 termasuk la dlm golongan berkenaan
REASON: nk approve application bg student rayuan
Alhamdulillah...nm aku pon terselit skali...azirah, zai, mira, mikin n meme pon sm la...
b4 dis aku berulang alik dr umh ke kolej
sgt penat
sgt letih
bila dh letih n penat aku wat kputusan nk stay kolej seminggu atas tiket rayuan...xconfirm dpt lg..
so aku pon sebilik ngn budak DIDE (budak seni nih)
kami 20rg je...suppose 4org sebilik tp p mn lg 2org tu aku xpasti n bkn masalah aku
rumate sementara aku ni agk baek n sweet
tp syg aku xleh stay lm ngn dia
xsempat nk bersuai kenal aku dh kena pindah p tingkt atas
bilik br kali nih aku ngn mira
b4 berangkut kami kemas2 dulu la
berhabuk
bersawang
tak selesa
tp lpas je sapu smpah, mop lantai n wat papa yg patut
bilik 2 jadi selesa la cumanya lantainya xselesa lg so pasni kena angkut tikaq mak la plak
hahaha
proses mengangkut n memunggah brg2 aku dimudahkan lg dgn kehadiran teman seperjuangan merangkap teman baik n ex-rumate aku, AZIRAH
credit 2 azirah bcoz helping me
gamsahamnida!! :))



Sunday, January 10, 2010

college

hmmm..back to college...
mak abah kaklong wafda n hasya yg antar td
diorang dh blik pon
tinggal aku sorg
semangat2!! smgat apa tah..
tp rs len ah kli ni blik kolej
dh xrasa cam dulu
dulu ada azirah
ada mira
ada tiqah
now mereka dah tadak...
agk sedih
skang nih dh lain...lain sgt
dgn rumate br
katil br
bilik br
suasana br
hmmm semua serba baru n serba xkena

.
.
.
.

Monday, July 20, 2009

kolej

ari nih den berkomeh2...
komeh barang yg patut nk diusung balik ke kolej...
den dh dpt kolej pon...
yahoooo......
alhamdulillah...
xla penat lagi nk berulang alik dr umh ke kolej yg agk2 lebey krg 20km nih *agk je la
azirah pon agk bertuah ah sm dpat kolej...
nges3... =)
junior di bilik kami...
baek2 blaka...