Salam.
Hari ni kulit haku tak sehat. Kesian. Jerawat sana sini. Salah satu faktor penyebabnya pastilah hormone yg tak menentu. Tak semua antara kita yg bernasib baik dikurniakan Tuhan kulit muka yg cantik, licin & sempurna. No one is perfect! Ramai dari kalangan kita yg berhadapan dgn masalah kulit. Dlm erti kata lain, kulit muka yg bermasalah! Sehinggakan ada yg kurang keyakinan pd diri sendiri. Ini bahaya. Tapi kan, setiap masalah tentunya ada penyelesaian yer dak? Bagi kita yg memiliki kulit bermasalah tak perlu bimbang atau terlalu bimbang atau sgt bimbang sbb masalah mcm ni dpt ditangani & diatasi kalo kena dgn caranya.
Antara masalah kulit yg sering & selalu kita hadapi dh tentulah first & foremost masalah kulit berjerawat betul tak? Siapa tak pernah ada masalah jerawat mai sini jumpa haku! Mau tanya petua sket. :) sharing is caring kan?kan? Back to track. Jgn terpesong jauh. Kang haku fullstop takat tu je kang. Korang tau knp kulit muka korang berjerawat? Sbb apa? Sbb apa? Haa…sbb liang-liang roma yg ada kt muka korang tu tersumbat dgn segala mcm kotoran yg dtgnya dr udara. Contohnya, bakteria. Pengeluaran minyak yg berlebihan pn boleh jd punca liang-liang roma tersumbat. Selalunya perkara mcm ni akan berlaku pd mereka yg kulitnya berminyak. Cara nak mencegah sgt-lah mudah. Semudah ABC. Cuci muka dua atau tiga kali sehari pn dh cukup. Especially bahagian muka yg sgt berpotensi nk timbul jerawat. Bagi mereka yg kerap gunakan mekap, gunakan alat kosmetik dr bahan yg berasaskan air yg mn tak ada banyak bahan berminyak. Pastikan mekap korang dicuci dgn sempurna setiap kali gunakan mekap. Make sure pencuci yg bebas minyak yaw! Pencuci tu bkn sj boleh menanggalkan mekap, turut mencuci wajah dr kotoran. Mcm pencuci yg korang gunakan sekarang la. AWAS! Jerawat jg mampu timbul dibahagian lain selain muka. Contohnya, di bahagian dada & belakang badan. Maka, pemiihan pakaian jg penting ok! Pilih la pakaian dr jenis fabric yg menyerap peluh.
Selain berjerawat, ada diantara kita yg mempunyai kulit muka yg kering & bersisik. Faktor & puncanya, kekurangan Vitamin A, pengaruh cuaca yg berubah secara ekstrem & cara hidup yg tak sihat. Bila kulit muka kering, hal ini akan menyebabkan muka korang akan kelihatan tua dr usia. :) cara mengatasi, gunakan pelembap yg ada AHA, Vitamin C & E. Masa dok belek nak beli pelembap tu make sure salah satu perkara yg disebutkan tadi ada dlm label kt botol tu. Jgn lupa sapukan at least dua kali sehari especially lepas cuci muka & mandi. Selain tu, mandi gnakan air sejuk jauh lebih baik daripada gunakan air panas. Kalo terlalu lama mandi gunakan air panas akan menyebabkan kulit korang mudah kering. Kalo jenis yg suka duduk dlm aircond tu, haku nasihatkan buang la tabiat tu. Panas didunia ni tak seberapa je kalo dibandingkan dgn panas di akhirat kelak (selingan). Eb lakkan duduk terlalu lama dalm aircond. Tak pun adjust la temperature tu ikut kesesuaian. Buat la urutan kt muka tu, at least once. Sambil-sambil cuci muka pn boleh buat. Lagi bagus kalo gunakan minyak zaitun! Aktiviti mcm ni boleh merangsang pengeluaran kelenjar minyak & at the same time boleh melancarkan perjalanan darah. Tak percaya? Try dulu!
Kulit muka sp yg sensitip kt sini angkat kening?! Kulit yg jenis sensitive ni bahaya sket. Kulit jenis ni boleh bg reaksi & respond pd produk tertentu. Contohnya, bahan kimia. Tak pun beriaksi dgn keadaan sekeliling, cuaca yg sentiasa bertukar-tukar. Utk merawat kulit jenis ni bukan-lah dgn cara sembarangan sbb tak semua produk sesuai dgn jenis kulit jenis ni. Kalo tersalah piih produk, jawabnya bkn sj berjerawat atau kemerahan, nah sekaligus boleh rosakkan penampilan korang. Yer la. Kulit dh tak cantik. Cmna nak sapu blusher *-*, cmna nk pakai bedak nyonya (bedak keras dlm yellow box) kasi putih melepak yer dak? Maka, gunakan cara yg betul utk jg & rawat kulit jenis sensitive ni yakni dgn bijak memilih produk yg sesuai dgn kulit. Masa nk beli tny promoter dulu. Setengah promoter yg tipu (cuba nk laku-kan produk dia) korang boleh saman dia kalo jd pape kt kulit muka korang. Pilih produk yg ada herba semula jadi. Contohnya, chamomile. Tak pun aloe vera. Eh..eh..haku guna olay. Ada herba semula jadi tak dlm tu?? Nanti haku kasi check! Kawan-kawan, pastikan korang tak pilih produk yg ada alcohol ok. Bkn sbb haram je tp alcohol ni sgt reaktif pd kulit jenis ni. Kalo jenis yg pakai krim pelindung matahari, pilih krim yg ada titanium dioksida. Benda alah ni boleh cegah radang pd kulit muka kalo terlalu lama terdedah pd matahari. Kalo kulit muka ada masalah, basuh dgn air yg bersuhu normal ok. Jgn sesekali nk basuh dgn air sejuk tak pun air suam sbb suhu yg ekstrem boleh mendatangkan masalah radang kulit.
Mungkin ada byk lagi jenis kulit muka manusia atas muka bumi ni. Buat masa ni aku penah jumpa kulit muka jenis yg di atas je. Kulit muka korang jenis yg macam mn agaknya?
Nota siku: adalah lebih baik miliki wajah yg hodoh drpd miliki lidah yg hodoh sbb wajah yg hodoh tak mungkin boleh sakiti hati orang lain tp lidah yg hodoh mampu mengeluarkan kata-kata yg melukakan.
No comments:
Post a Comment