
Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami atau manusia bergelar lelaki. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. bersifat keanak-anakan
Dlm batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tp bukanlah sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati mahupun sengaja dibuat-buat hanya utk menarik perhatian lelaki. Lelaki hanya tertarik pada wanita yg bersikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. (???)
2. penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak akan terus mengeluarkan kata-kata yg kasar atau menuduh yg bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya tanpa bertindak melulu.
3. menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.begitu juga lelaki yg menghargai wanita adalah lelaki idaman wanita. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. menjaga penampilan
Lelaki sk wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas & menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tu menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya & memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia sk & bersyukur dgn dirinya & secara tak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki jg menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya & kesihatan tubuh badan walaupun sudah beranak-pinak. Siapa yg tak sk isteri yg masih kelihatan cantik & ramping walau dah ada anak 3??
5. pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi & boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tp dapat memberi respon & pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki jg sk dgn wanita yg sk bergurau & pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
6. pandai bergaul & menyesuaikan diri
Wanita yg pandai bergaul & menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua & cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana sj & tak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. menghormati diri sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan & mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan & tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan & mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tak akan merendah-rendahkan dirinya & tak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. simpati & prihatin
Lelaki sk wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak & tak memilih bulu. Kebaikan yg wajar & spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah & mempesona.
Inilah sifat seorang wanita yg sempurna…adakah sifat-sifat yg disenaraikan diatas ada dlm diri anda?
No comments:
Post a Comment