Saturday, February 12, 2011

adik

salam

hari ini bersamaan dgn 12 Februari 2011 merupakan hari penting bg adikku NajihahSafie utk maju setapak lagi kehadapan. membesar sebagai remaja yg berwawasan adalah cita-cita beliau sedari kecil. semuga tercapai hendaknya.

dari kecik sampai besar muka tak pernah berubah (sama la mcm org lain.kot), hidung masih terletak dimana tempat ianya harus terletak, mata masih terbuka & terbeliak seperti selalu, mulut yg tak pernah lekang dari senyuman yg menyampahkan dan sifat pemalas yg masih berlarutan. muka je dewasa tapi perangai masih kebudakkan yg melampau. itu lah dia adik kecik aku yg dah besar panjang sepanjang haku!

beza umur kami 6tahun
. tp tak nampak perbezaan sangat. kemungkinan aku kelihatan masih muda atau dia kelihatan sedikit berusia. either 1 la. dia macam kawan. dia jugak macam lawan. mulut pedas berdesing macam cili. cakap org semua nak lawan. macam pantun tak? hahaha.

dulu masa kecik suka berambut panjang. rambut berminyak macam Aunty India belakang rumah. kemas tersisir. sekarang tidak lagi. tapi sifat 'kecherminan' masih kekal sehingga ke hari ini. sukakan chermin. obsess dgn chermin. marah sgt dgn chermin. duduk berdiri dan bersiap depan chermin se-dari haku mandi sampai haku dulu yg bersiap dan ready. punya lama. tak dapat siapa-siapa tandingi. adik...adik...


ini gambar yg berjaya aku godek2 cari dalam lappy td. nak cari yg lagi muda dan lg legend tp tak jumpa. yg ini pun boleh la utk bg match dengan example yg aku dah kasi dekat atas tadi. cuba la tengok rambut kemas tersisir, licin berminyak. ^_^

16tahun sudah hidupnya insan bernama NajihahSafie bererti aku sudah dewasa! (aku pulak) bukan saja aku malah mak, abah, kaklong & Ude juga.


cuba buat hypothesis tgk.


semakin membesar budak kecik ni semakin dewasa aku.

maka semakin susah untuk aku menerima kenyataan.

kadang-kadang kenyataan ni pahit. pada aku tadak la pahit sgt pun. semua orang akan dewasa. semua orang usianya bertambah. usia siapa yg tak bertambah? usia kereta bapak haku tu pn bertambah dari tahun ke tahun. tadak la pahit sangat kan kalau semua orang fair. sama-sama usia bertambah. patut happy la kot kalau usia kita bertambah. kematangan seseorang bergantung pada usia mereka. kadang-kadang statement ni tak tepat. ada jugak segelintir yg bersifat keanak-anakkan diusia dewasa dan ada jugak sesetengah yg bersifat dewasa dan matang dari usia (muda). jangan salahkan sesiapa. tadak siapa yg bersalah.

semperna ketidakberadaan aku dirumah utk men'celebrate' birthday adik-ku-ku NajihahSafie maka aku buat satu entry khas buat dia yg jauh dimata tapi dekat dihati.


dear sister,

Happy Birthday!
may all your wishes comes true!
tipikal birthday wishes la kan?kan?

semoga adik sentiasa diberkati dan dirahmati dalam apa jua pekerjaan yg dilakukan.

semoga semakin rajin dan kurang kemalasan.

semoga semakin hari semakin rajin belajar. jangan pernah berhenti belajar kerana ilmu Allah itu luas.bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.

semoga akan ada tahun depan utk kita celebrate birthday lagi. (hahaha)

maksud ayat diatas; semoga dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T

semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah tanpa rasa takbur dan berhasad dengki

semoga "semoga-semoga" diatas menjadi dan diperkenan Allah.

Amin Ya Rabb



4 comments: