Friday, February 11, 2011

Sukan Antara Kolej (SUKOL)

salam.

Sukol hanya dipertandingkan setahun sekali. diulang, hanya setahun sekali. makanya, dgn bangga aku dan kawan-kawan seperjuangan membanting tulang menolong hapa yg patut ditolong. bukan kerja susah. hari ini kita bantu orang, hari kedepan orang bantu kita pula. saling memberi dan saling menerima. kurang lebih 13 buah kolej yg masuk bertanding mempamerkan kekuatan dan kelebihan masing-masing dalam acara yg dipertandingkan. antaranya, Tennis, Bola Baling, Petanque, Bola Jaring etc.

hari ini hari perasmian SUKOL. ramai ke yg turun ke stadium? jawapan; Tidak! ada 13 kolej dlm UiTM Shah Alam ni. mana perginya setiap warga kolej tersebut? sokongan mereka amat diperlukan. tapi sayang, mereka TIDAK berjiwa sukan. tadak sapa berani nak paksa diorang turun. turun padang atas kehendak sendiri ok. dah besarkan?tahu fikir mana yg perlu dan mana yang tak perlu rasanya.

berbalik kepada tugas yg diamanahkan kepada aku dan rakan-rakan. alah, tugas biasa-biasa sj. gadis pembawa dulang.

dulang apa?
dulang hadiah.

hadiah utk siapa?
hadiah utk kontinjen perbarisan.


antara gadis-gadis dulang yg memeriahkan acara pembawakan dulang ke tengah padang

baju tak meriah tapi terpaksa pakai sbb no choice. tadak pemilihan jenis fabrik atau saiz baju dan warna. tanpa pilihan jadi kami akur. bila adanya perasmian wajib adanya opening speech yg maha panjang! menggigil lutut berdiri sepanjang majlis. nasib baik-lah acara perbarisan menarik. kalau tak....tak dapat nak jalankan tanggungjawab dgn jujur (ikhlas) la jawabnya. kalau asyik nak merungut je macam mana Tuhan nak kasi ganjaran? manusia dengan rungutan. manusia tak pernah lepas dari merungut. MasyaAllah.

acara tamat tepat jam 11.10 minit malam. santap dahulu sebelum berangkat pulang. bihun sup kegemaran bersama orange jus yg sejuk gedik. buah-buahan pencuci mulut berserta kuih popia goreng bersos. sempat juga merasa teh tarik panas. layannn....

acara kemudiannya diteruskan di kolej kediaman. merakam memori bersama teman. aksi jam 12tengah malam adalah aksi yg eerrr.....tanpa kata-kata.



aksi tipikal dihadapan cermin adalah wajib keatas kami. sekiranya tidak we're not complete!



aksi diluar kawalan arahan SurayaSafie.
masing-masing punya hidung.
tunjuk sket hidung anda.



curi-curi telefon boipren.
kredit kering terpaksa guna public fon.
sila ikut turn ok!


susah betul nak dapatkan gambar bertiga.memandangkan hanya kami bertiga je yg ada salah sorang akan jadi si tukang pengambil gambar maka tinggal lagi dua. ini gambar terbaik hari ini! tahniah utk diri sendiri yer kawan-kawan!


1 comment: