Wednesday, March 30, 2011

dugaan Allah S.W.T

salam.

semalam punya semalam, yakni bersamaan dgn 28hb March 2011 suatu musibah telah melanda diriku. aku, sebagai insan kerdil yg punyai kelemahan telah tergopoh gapah menerima cobaan dariNya. aku percaya, dugaan datang dari Allah utk menguji kita (aku) sebagai hambanya. sesungguhnya dugaan yg datang itu terlalu kecik jika nak dibandingkan dgn dugaan yg orang lain rasa. haku je yg terover 'menikmati' dugaan tu sebenarnya. tapi kalau aku transfer sakit aku ni dekat kau sikit, mahu kau terima? mahu kau kongsi sama-sama sakit yg aku rasa ni? orang hanya boleh bercakap, motivate aku utk kurangkan rasa sakit tp korang tak rasa apa yg aku rasa. aku rasa sakit, perit tahu tak! anyhow, aku sangat berterima kasih pada kawan-kawan yg banyak support aku sejak aku balik dari Pusat Kesihatan (PK) UiTM sampai la sekarang. kalian memang terbaik!


tengs Hairi Hamer, Zahira, Hurul, Azirah, Mia, Syira, Nida, Azwa, Syara, Lia, Ayu, Zaizax, Noroziyati, Wani Comey, Ain, Suhaila, Seha, Mira, Zuriani, Wan dan ramai lagi. utk list down semua mungkin makan masa. kalau aku tak list down nama diorng kat sini tak bermakna diorang tak concern pasal aku. pape pun, terima kasih pada yg memahami dan sentiasa menjenguk dan menanyakan berita. terima kasih pada Mak Teh dan Syahirah yg datang menjenguk masa memula aku terbaring atas katil sambil nangeh2 manja menahan sakit. juga pada Mak dan Abah yg sentiasa bertutur positif pada aku melalui telefon. walaupun hanya melalui telefon aku rasa sangat dekat dengan diorang ms tu! tak perlu datang jejauh hanya semata-mata nak menjenguk aku yg sakitnya tak seberap ni. niat kalian utk turun ke Shah Alam sangat menusuk kalbu. T_T syukran!


sebenarnya apa dah jadi pada aku? apa dugaan yg dah aku terima? takkan aku lupa moment tu sampai bila-bila. aku dah pahat tarikh 28March2011 dalam kotak ingatan aku supaya kelak aku akan lebih berhati-hati dengan penggunaan air panas. air panas? apa kena mengena dengan air panas?? yer, aku terkena simbahan air panas atas kecuaian aku sendiri. aku redha dengan dugaan(rasa sakit) ni sebab aku memang cuai! maka dgn itu, aku fobia SETAHUN dengan air panas!!! harap2 tak la sampai setahun lamanya sbb aku ni peminat hot nescafe. tak kan tetiba aku nak bancuh nescafe 3in1 tu dgn air sejuk pulak? mn nikmat weyh...waaa...T_T


atas kecuaian aku sendiri, badan aku yg terseksa. yer! tak salah lagi air panas yg terkena ke badan haku! menggelupur macam cacing kepanasan haku masa tu. sakitnya hanya Allah sahaja yg tahu. hanya aku yg merasa. aku sangat berterima kasih dan terhutang budi pada roomate aku Noor Zahira Sobarudin dan teman sepejuangan, Hurul Ain, yg berada di kelas (ethics) ketika itu yg sanggup hantarkan aku ke PK. terima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki! tak lupa jgk pada kak Ina dan Cik Zaly yg dah tolong bawakkan aku ke klinik (klinik Soraya) utk cuci blister yg ada pada luka di badan dan pinggang aku dan tanggung kos rawatan aku semalam. aku sangat bersyukur punya teman-teman dan orang yg sgt prihatin pasal aku.


hari ni aku lebih sedar bahawa betapa bergunanya kawan-kawan masa kita berada dalam kesusahan. adanya kawan dapat membantu meringankan beban kita. walaupun diorang tak dapat kongsi sakit dengan aku tapi diorang byk motivate aku utk bersabar dan sentiasa bersabar walaupun sakitnya hanya aku sorang yg tanggung. terima kasih, kawan!

2 comments:

  1. ya Allah sue....
    bahayanya..
    sabar no...huhu..
    u can do it sue.
    skrg dah ok skit x?

    ReplyDelete
  2. hahaha
    tu la cuai sgt ni lah padahnya.
    hamik haku...haha
    smlm baru koyak kulit mati
    sekarang pedih2...

    ReplyDelete